DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, April 30, 2012

DRAMA SEBABAK YANG BORING


Ini gambar hiasan jer...tak ada kena mengena dengan orang kahwin kat Siam tau


Malam ni Kjee ada satu story pendek nak story kat korang. Pendek jer. Drama tak bersiri yang ada satu babak jer. Betul ni. Korang nak percaya ke tidak, aku tak kesah.




Ceritanya begini.

Pada satu hari, ada satu pasangan ni. Gatal dah nak bernikah. Pasangan ini  sebenarnya, tidak ada masalah nak nikah kat kampung halaman salah satu daripada mereka. Tetapi mereka memilih untuk menikah nun jauh di utara atas sebab2 sulit yang hanya dia orang orang jer tahu. Dia orang seberang untuk nikah naik bot.

Pastu lepas bikah, baliklah semula ke bandaraya. Pakat dan bincang2 nak pergi daftar kat pihak berkuasa Agama di tempat mereka tinggal. Tapi apabila dengar masing2 nanti kena denda RM1,000 sebab bernikah di luar kawasan, tak jadi lah pulak nak daftar. Duit tak cukup beb nak bayar denda.

Pastu duduk pakat2 dengan sedara mara terdekat macam mana tak nak bayar denda tapi mahu pernikahan diikitiraf di negara ini.

So mereka pun pergilah ke pejabat kadi dan mengaku belum pernah nikah. Mohon dinikahkan. Tok Kadi pun nikahkan mereka setelah semua keperluan untuk bernikah berjaya disediakan. Cuma apa yang Kadi tak tahu, dia orang ni sebenarnya sah suami isteri.

So, apa yang Kjee nak story ialah perkara macam ni (nikah dua kali dengan orang yang sama) ada berlaku. Kjee boleh tunjukkan bukti insan yang buat cam tu.

Itu jer lah cerita dalam drama sebabak. Renung2kanlah dan kalau nak kait2kan ke, suka hati korang lah. 

THE END. CUT!!

Nak ke Narathiwat kena naik bot ker? foto2 ni semua gua google

Sunday, April 29, 2012

LUNCH YANG TAK PEDAS

Dua hari lepas, jiran sebelah rumah beri Kjee cendawan atau kulat tahun. Setahun  sekali baru ada, kata Zamri. Isterinya Ila pergi kutip kat tanah sebelah bekas ladang itik rumah kami.



Kjee memang suka sangat cendawan ini. Dah bertahun tak makan. Sedap kalau goreng atau buat sup. Tadi Kjee masak campur carrot dan taufoo lembut. Sedap. Boleh bubuh ayam, daging ataupun udang. Juga boleh bubuh chicken cube.

Menu lunch hari ini selain sup cendawan ialah Steam Siakap, Udang goreng Kunyit dan ayam goreng. Semua Nadia masak. Kjee hanya jadi mandor.

Cendawan liar...kata orang namanya Cendawan Tahun. Ya Ker?

Selepas dibersih dan disiang

Campur taufoo lembut dan carrot


Steam Siakap 

Udang Goreng Kunyit


Friday, April 27, 2012

JOM PROJEK BERSIH MEMBERSIH AKA SPRING CLEANING


KENA TANGKAP ~ DENDA RM2,000 DAN/ATAU 6 BULAN PENJARA




Mahkamah Halang Penganjur, Orang Awam Memasuki Dataran Merdeka
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai daripada memasuki Dataran Merdeka pada hari Sabtu.
Majistret Zaki Asyraf Zubir telah membuat perintah itu pada kira-kira pukul 8.30 malam, Khamis, berikutan permohonan oleh pihak polis. - mStar online

Court bars rally organisers, public from entering Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: The Magistrates court has issued an order preventing the organisers of Bersih 3.0 and members of the public from gathering at Dataran Merdeka on Saturday.
Police obtained the order at about 8.30pm Thursday to maintain peace and public order, said City police chief Deputy Comm Datuk Mohmad Salleh on Friday.
The court order bars organisers and members of the public from gathering at Dataran from midnight Friday until May 1, he said at a press conference.
"Anyone caught defying the court order will be arrested and charged under Section 188 of the Penal Code which carries a maximum fine of RM2,000 or six months jail or both on conviction," he told reporters.
However, members of the press are exempted, he said.
Aside from Dataran Merdeka, the other areas that this court order covers include areas along Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja and Jalan Kelab. These roads ring Dataran Merdeka.
"No roads leading to Dataran will be totally closed on Saturday, unless the situation warrants it," he said. - The Star online




HAPPY BIRTHDAY UNCLEPALI




Kelakar tak Nadia beli cake ini untuk birthday Papa dia Selasa lepas? Nak tahu kenapa kek ini jadi pilihan? Nadia suka makan so dia kata buat apa membazir beli kek yang dia tak suka makan.


Happy Birthday Abang. Sorry tahun ni tak celebrate sebab Jee tak sihat. Love you soooo much. Thanks for being such a wonderful, almost perfect (oppsss) husband.

BLUEBERRY AND DRIED CRANBERRY POUND CAKE

Ini Dried Cranberry Pound Cake. Tabur almonds sedap. Rangup.
Dried Cranberry Cake




Selama ini, Kjee angkat bendera putih surrender bab buat kek. Buat kek ni sebenarnya kena banyak practice. Insya Allah akan menjadi. Tetapi masalahnya, sejak dulu lagi penghuni umah Kjee tak tunjuk minat nak makan kek. Cuma sejak akhir2 ni jer.



Apabila Nadia dah selalu sangat sibuk nak makan cake dan beli kat bakeri Chocolate Delights, Sungai Buloh, maka Kjee teruja nak mula baking.

Minggu lepas (sebelum Kjee kena stroke), Nadia buat Dried Cranberry Pound Cake. Resipinya Kjee dapat dari Dapur Tanpa Sempadan. Tak sampai sehari, habis kek itu kami baham. Unclepali punyalah suka.

So semalam ketika Kjee bagitau Unclepali samada dia sanggup buatkan kek untuk Kjee sebab Kjee teringin nak makan, dia punyalah excited. Buat cake cam hari tu ke, tanya Unclepali?

So malam tadi Unclepali dah siap sedia nak buat cake. Tetapi sebaik sahaja dia keluarkan digital weighing scale, Nadia balik dari kelas. Terus Nadia sambung. Kjee tengok muka Unclepali kecewa sangat sebab dia dah beriya2 nak buat. 

Anyway, jadi jugaklah cake sebagaimana dirancang. Kali ini Kjee bubuh 120gms fresh blueberry yang Kjee beli di Jaya Grocers minggu lepas dan kira-kira 75gms dried Cranberry, baki dari buat cake itu minggu lepas.

Kek ini memang sedap dan mudah sangat nak buat. Kjee ingat lagi masa kecik2 dulu kalau arwah bonda buat kek. Jenuh kena pukul dulu putih telor yang diasingkan dari kuningnya. Pastu kena cream butter dan gula sampai kembang. Sebab itulah minat buat kek terus terkubur.

Minggu lepas, Nadia terkejut apabila ikut resipi Uncle Mat Gebu dia (opppsss Uncle ke abang hah Mat?). Simplenya Mama, kata Nadia. Ingatkan susah nak buat kek.

Anyway, kek yang dipotong nampak tak cantik sebab penghuni rumah tak sabar nak tunggu kek sampai sejuk baru potong. Kek ni is just nice. Tak terlalu manis dan cukup gebu.

Anyway, Kjee copy paste resipi Che Mat dibawah yer. Terima kasih Che Mat. Tangan masih terketar2 nak menaip.

BLUEBERRY/DRIED CRANBERRY POUND CAKE
SUMBER:DAPUR TANPA SEMPADAN

BAHAN-BAHANNYA :-)
180 gram mentega
140 gram gula perang @ soft brown sugar
2 biji telur gred A
220 gram tepung gandum* (Kjee guna tepong kek)
1 camca teh baking powder* (tak bubuh)
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak) (tak bubuh)
120 gram mix fruit (Kjee guna fresh Blueberry/Dried Cranberry)
100 ml susu segar (Kjee guna evap milk. saja suka2)
1 camca teh esen vanilla (atau boleh guna esen orange)

CARA MEMBUATNYA :-)


Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin bulat berukuran 8 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Atau jika guna bunt pan, lenser dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung, biar tinggal lapisan nipis yang melekat pada bahagian dalam tin. Ketepikan.
Putar mentega dengan gula perang hingga pucat. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Jarak waktu antara sebiji telur ialah satu minit. Sementara itu, gaul mix fruit dengan tepung yang telah diayak, gaul rata.
Perlahankan kelajuan, masukkan mix fruit + tepung tadi berselang seli dengan susu segar, hingga habis, tambah esen vanilla dah gaul rata. Tuang dalam tin dan bakar selama 45 - 50 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong untuk hidangan...


Fresh Blueberry and Dried Cranberry Pound Cake

Manis sangat fresh blueberries. Cake tak sempat sejuk dah potong. hehehe

Wednesday, April 25, 2012

TAHNIAH NADIA



Inilah surprise yang Nadia kata dia akan dapat hari ini. Alhamdullilah syukur.  Dia study Islamic Banking And Finance di UniRazak. Tinggal dua sem kot. Januari 2013 dia start internship. Ingatkan dapat 1 tetapi dua. 

HARAP MAAF


EHSAN GOOGLE


Salam semua. Kjee minta maaf kerana tak update blog sejak beberapa hari lepas. Kjee tak sihat sejak awal pagi  Isnin. So kalau dah sihat nanti, kita bertemu lagi yer. Terima kasih kerana sudi jenguk blog ini walaupun tiada entry baru.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan product Transfer Factor, ramekins atau acuan roti jalan,  sila email di kedai@fauziahsamad.com atau sms 0126780501/0123816091. Harap tidak telefon sebab Kjee tak sihat untuk berbual. Terima kasih.


Saturday, April 21, 2012

BOLEH PINJAM PTPTN TANPA BAYAR BALIK. CAMNER?


Nadia masa terima diploma dulu


Masih lagi berbicara mengenai topik PTPTN. Kali ini Kjee nak ajar (ewah) semua, tak kisah mahasiswa, bakal mahasiswa dan jugak ibu bapa, mengenai cara2 untuk belajar dengan pinjaman PTPTN dan TIDAK PERLU BAYAR balik selepas tamat pengajian nanti.




Anak Kjee (itulah contoh terdekat bukan nak berlagak memberitahu semua yang Kjee ada anak masuk Uni), tidak memohon pinjaman PTPTN ketika dia mengambil diploma dulu. Pembelajarannya menerusi biasiswa FAMA atau panjangnya Father Mama scholarship.

Masa dia amik diploma, fees dia tak mahal sangat iaitu kalau tak silap Kjee tak sampai RM15,000. Masa itu Kjee meniaga.. Bukan meniaga juta2 tetapi meniaga kat gerai sahaja. So, mampu tak mampu, Kjee keluarkanlah jugak duit kerana Kjee tidak mahu membebankannya dengan pinjaman yang banyak sekiranya dia sambung belajar ke peringkat ijazah.

Apabila dia mendapat keputusan cemerlang dan menyatakan hasratnya untuk terus belajar, barulah dia buat pinjaman PTPTN. Kalau untuk diploma, Nadia mengambil kursus Hotel Management, tetapi apabila mengejar ijazah, dia memilih Bachelor in Islamic Banking and Finance. Beza macam langit dengan bumi dengan apa yang dia belajar untuk diploma dulu.

Untuk kursus itu, Nadia perlu cari wang sebanyak lebih kurang RM45,000. Mana nak cekau. Kjee pulak dah tak meniaga. So dia tak ada pilihan melainkan meminjam PTPTN. Khabarnya, setelah tamat pengajian, dia harus bayar lebih kurang RM350 sebulan selama 15 tahun!

Masa Kjee meniaga dulu, ada seorang customer muda yang seringakali makan di gerai Kjee. Namanya E-dot. Dia anak orang senang tetapi dia tetap mengambil pinjaman PTPTN kerana tidak mahu berterusan menyusahkan ibu dan ayahnya.

E-dot kalau tidak silap Kjee, membayar RM500 sebulan untuk pinjaman yang dia ambil hampir RM60,000 (kursus Engineering). Kjee tanya dia kenapa dia bayar balik pinjaman setelah dia sudah tamat pengajian? Masa itu (kira-kira 4 tahun lalu), ramai peminjam ngelat dan cuba lari daripada membayar.

"Maaf Aunty. Saya akan bayar balik setiap sen yang saya pinjam. Saya tidak mahu menyusahkan bakal peminjam. Kalau saya bayar balik, adalah peluang pelajar lain menikmati pinjaman untuk belajar," kata E-dot.

Sebak Kjee mendengar kata2 E-dot. Ini cerita benar bukan rekaan. kalau korang mahu nombor telefonnya, Kjee boleh beri...dengan izinnya.

Well berbalik kepada Nadia. Dia bisik pada Kjee, seandainya ada kemampuan dan dengan izin Allah swt, dia mahu berusaha tidak mahu membayar balik pinjaman PTPTN selepas tamat pengajian dan sudah bekerja.

Terbeliak mata Kjee dengar kata2 Nadia.

"Kamu jangan nak menyusahkan papa kamu!! Dia yang jadi guarantor. Kamu tak bayar, macam mana papa nak bayar?!!" bentak Kjee.

Nadia sengih.

"Ada cara Mama. Nadia berjanji...Nadia akan belajar bersungguh2 dan cuba mendapatkan First Class Honours! Kalau dapat, Insya Allah, pinjaman akan bertukar menjadi biasiswa! Tak perlu bayar balik. It's not going to be easy but tolonglah doakan untuk Nadia," katanya.

Kjee menarik nafas yang panjang! Tak sangka anak yang Kjee bela dari sebesar tapak tangan sekarang buat Kjee menangis dan ketawa at the same time!

Susah ke nak dapat First Class Honours?

"Susah sangat2 Mama. Tapi kalau belajar bersungguh2, lupakan kehidupan sosial dan berlibur buat jangka masa tiga tahun lebih, Insya Allah bukan Nadia sahaja mampu mencapainya tetapi Nadia yakin ramai boleh menggengam sekalung Ijazah dengan First Class Honours," kata Nadia.

Oh itu ke caranya? Tak susah sangatlah rupanya kalau nak belajar free kan!! So apa ke jadah budak2 Uni tu buat demonstrasi suruh hapuskan PTPTN?

Hmmm sendiri mahu ingatlah! Mereka dah tahu pinjaman harus dibayar sebab masa belajar main2. Setiap sem, CGPA makin jatuh. Macam mana nak capai CGPA 3.75 keatas (kalau tak silap), kalau asyik sibuk babitkan diri dengan kegiatan2 yang tidak menjurus kepada pelajaran. 

So langkah paling mudah, join penghasut negara buat demonstrasi hapuskan pinjaman PTPTN. Bila dah gagal, tak payahlah bayar. Cerdik ke macam ni? Sepatutnya PTPTN itu amik contoh AhLong atau Loan Sharks. Tak bayar, potong tangan!!! Oppssss.

NOTA:

Daripada 11,764 Pelajar yang dikecualikan pembayaran semula PTPTN kerana pandai dan keputusan cemerlang, pecahannya adalah seperti berikut. Pelajar Melayu yang mencapai keputusan cemerlang hanya 2387 orang berbanding Pelajar Cina berjumlah 8818 orang dan Pelajar India hanya 456 orang.

Friday, April 20, 2012

TAK PERLU HAPUS PTPTN, CEPAT MASUK KAN DUIT KAMI JER!!


Lawatan pelajar2 UNIRAZAK ke MITI


Apa isu panas sekarang? Isu sebahagian kecil mahasiswa mahu PTPTN dimansuhkan? Hmm Kjee pun nak story korang sikit pasal ketidakpuasan hati Kjee pasal PTPTN ni. Tapi tunggu jap lagi.









Dah dua tiga hari Kjee lalu depan bangunan Sultan Abdul Samad yang berdepan dengan Dataran Merdeka. Pekerja2 sedang sibuk pasang kemah untuk satu konsert DiRaja sepatutnya berlangsung Sabtu ini. Sampai satu sudut padang, Unclepali panjangkan leher dia. Kjee rasa pelik.

"Tengok apa tu abang?" tanya Kjee.

"Hah? Nak tengok kemah2 budak Uni yang sibuk sangat berhimpun nak desak Kerajaan hapuskan PTPTN," jawab Unclepali. 

Kami nampak dua kemah kecik yang biasanya anak2 cacak kat tepi pantai. Pastu nampak tujuh atau lapan orang kameraman tengah mengelilingi satu kumpulan kecil orang.

Tapi lepas tu dah tak nampak apa lagi sebab trafiic lights dah hijau dan Unclepali kena drive cepat2.

Apa hal lah budak2 yang blogger politik gelar Mahasewel ni!! Anak Kjee pun Mahasiswa. Kjee tanya dia ada tak kengkawan dia setuju dengan sekelumit student yang berkumpul di Dataran Merdeka untuk desak PTPTN dihapuskan.

'Eh please...Nadia dan kawan2 tak rela mereka wakilkan kami!!!" jerit Nadia. Itu cerita dua hari lepas.

Tadi masa lunch di Ampang Point, Kjee bangkitkan lagi soal PTPTN ini. Pagi semalam Nadia meluru masuk bilik, tak sabar nak beritahu duit PTPTN sudah masuk!!

"Alhamdullilah. Kesian kawan2 Nadia," kata Kjee kepada Nadia. "Ya mama, makin lama makin lambat masuk duit PTPTN. Kawan2 Nadia kena ikat perut!" balasnya.










Hah itulah yang Kjee nak story kat sini. Harap2 ada di antara 'Mahasewel' yang baca entry Kjee ini. Sebenar2nya isu duit PTPTN lambat masuk akaun pelajar2 LEBIH PENTING daripada nak suruh Kerajaan memansuhkannya!!

Okay ini kisah anak Kjee dan kawan2nya yang belajar di IPTS iaitu UniRazak. Semester bermula Januari lepas. Semalam baru mereka dapat duit!! Bayangkan selama 4 bulan ini, apa mereka harus lakukan selain belajar?

"Sebilangan besar menagih simpati dari keluarga di kampung lah Mama. Tak tahu nak cakap macam mana tetapi kesian sangat kat mereka. 

"Ada yang senang2 suruh kami kerja part time. Tetapi tidak semua student yang mampu melakukannya dengan bebanan tugasan yang bertimbun. Ada yang cuba kerja part time seperti di kedai makanan segera. 

"Tetapi bayangkan, kelas kekadang habis pukul 8 malam. Kalau nak kerja part time, pukul berapa nak tidur, nak ulangkaji dan buat persediaan lain. Esok dah nak kena pergi kelas lagi!" kata Nadia.

So kengkawan Nadia memang marah sangat2 dengan PTPTN tetapi bukan marah dan mahu memberontak suruh Kerajaan mansuhkannya. Tetapi tolonglah percepatkan sedikit kemasukan pinjman ke dalam akaun mereka.

"Budak2 IPTS tidaklah semewah mereka di IPTA yang jugak buat pinjaman PTPTN. Yuran di IPTA jauh lebih murah dari IPTS. Kekadang duit berbaki untuk pelajar IPTS (dari pinjman PTPTN setiap semester) hanya cukup untuk makan, bayar sewa rumah dan tambang. Banyak kali juga tergelincir. Masa itu terpaksa call mak bapak minta tolong!" katanya lagi.

Menurut Nadia, budak IPTA terlalu mewah sampaikan boleh bertukar ganti handfon setiap sem. Mesti kata Nadia, ada orang kata kenapa tak masuk  IPTA yang lebih murah!

"Well, bukan senang nak masuk IPTA. Semuanya bergantung pada nasib. Results SPM Nadia sama dengan my rakan sekolah dulu. Dia dapat masuk IPTA tetapi Nadia tak bernasib baik," katanya lagi.

So Kjee rasa sebilangan besar budak2 mahasiswa di luar sana akan berterima kasih kepada Kerajaan seandainya duit mereka cepat masuk supaya mereka dapat belajar dengan tenang.

"Tak payahlah nak hapuskan PTPTN. Belajar di menara gading bukan satu kewajipan yang harus ditanggung Kerajaan. Mereka (yang mahu ia dihapuskan), harus berterima kasih kerana selama 11 tahun mereka telah menikmati pelajaran percuma.

"Kita harus bertanggungjawab ke atas masa depan kita selepas 11 tahun itu. Kalau mahukan masa depan yang baik, kita harus keluarkan modal. Ada yang kata kenapa Kerajaan tidak boleh beri pelajaran percuma di peringkat Uni?

"Kalau mahu, pasti boleh tetapi Nadia rasa semua tahu apa jadi kepada Kerajaan Greece. Pelajarannya percuma sampai ke hujung langit tetapi akhirnya negara itu muflis!"

Kalau ada yang mahu perjuangkan nasib kengkawan mereka berkaitan PTPTN, yang pertama sekali  harus desak agar kemasukan duit tidak lambat dan kedua, duit admin (pentadbiran) harus dihapuskan supaya tidak membebankan sangat pelajar.

Okay itu jer yang Kjee nak story. Nasib baik dapat interview budak yang tinggal serumah. Hehehe. 

FRENCH TOAST WITH APRICOT JAM



Selalu Kjee buat French Toast ni ala2 untuk tekak Melayu. Pecah telor, bubuh garam, pukul dan celup roti sebelum di bakar atas non stick pan.


Tapi pagi ni teringin pulak nak buat stail omputih yang bubuh fresh milk dalam telor, pukul dan celup roti. Pastu makan dengan jam. Mujur ada lagi jam yang diberi oleh Aimran, anak sedara Kjee masa dia balik dari London hari tu.

Unclepali pulak buat versi untuk tekak Melayu. Ala2 spicy gitu.

Kalau nak pan fry dalam non stick pan, bubuh secalit butter dan panaskan pan.  Tak perlu tunggu sampai butter betul2 cair sebab butter mudah terbakar. Nanti hasilnya roti jadi gelap.

Oh ya kalau tak nak makan dengan jam atau kaya, jangan lupa bubuh sedikit gula dalam telor yang telah dicampur dengan fresh milk. Selamat mencuba.



Thursday, April 19, 2012

DAGING GORENG KUNYIT PULAK




Lauk ni bukan sahaja enak dimakan tapi mudah nak buat. Sebab itulah hari ini Kjee buat pulak Daging Goreng Kunyit. Kelmarin Kjee buat guna sotong. Lihat sini.

Biasalah Kjee kan. Kalau baru belajar buat menu baru akan diulang sampai penat. Mungkin esok lusa buat ayam pulak. Hehehe



Cara buat Daging Goreng Kunyit ini berbeza dengan Sotong Goreng Kunyit. Lima tahun lalu Kjee pernah tanya maid Indon jiran Kjee cara buat lauk daging ini. Tak tahu pulak namanya Daging Goreng Kunyit.

Menurut maid, daging kena dipotong ikut suka. Pastu dicuci, tos dan perap seketika dengan kunyit dan garam. Pastu rebus sampai lembut dan airnya kering. Kemudian barulah digoreng daging itu, sambil dicampakkan bawang besar yang telah dihiris dan cili merah (atau cili padi). Bila dan nak padam api baru campakkan kacang panjang.

Itulah yang Kjee buat tadi walaupun Kjee guna daging batang pinang. Tapi rebusnya tak lama. Lembut jer (daging batang pinang memang lembut) dan airnya dekat nak kering, Kjee goreng pulak daging itu dan masukkan bawang merah besar yang telah dihiris, carrot yang dihiris mancis dan cili padi yang diketuk2. Lagi banyak cili padi lagi pedas dan sedap.

Kemudian Kjee goreng hingga carrot separuh masak. Kjee masukkan kacang panjang kira-kira dua minit sebelum padam api. 


TELITI DULU SYARAT DAN TERMA UNTUK CALON2 ABPBH SEBELUM BISING!





Kalau dah pernah jadi wartawan, apabila sudah pencen pun pasti nak menyibuk. Justru Kjee yang tidak puas hati dengan pihak yang mempertikaikan mengapa dan kenapa 'orang luar' dibenarkan dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian,  mulalah jalankan siasatan.

Benda ini kena bongkar dari akar umbi sebab yang tak puas hati tu macam nak himpunkan golongan yang memihak kepadanya supaya sama2 memberontak. Anyway, sumber2 Kjee yang layak dipercayai di akhabr Berita Harian beritahu, mereka TIDAK AKAN TUNDUK dengan desakan kaum minoriti ini.

Alhamdullilah. So tahun depan, kita tengok siapa yang dicalonkan dan siapa yang berhak menjadi idola kesayangan peminat.

Dalam Kjee selongkar2, Kjee dapatlah syarat2 dan terma untuk borang pencalon artis2 untuk Anugerah berprestij itu.


SYARAT DAN PERATURAN ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN (ABPBH2011)
----------------------------------------------------------------------------------------

Pencalonan bagi semua kategori dalam ABPBH2010 dipantau oleh Jawatankuasa Penganjur membabitkan semua artis yang aktif dalam kerjaya masing-masing sepanjang tahun ini iaitu Disember 2010 hingga November 2011 - membabitkan perfileman, muzik dan penyiaran (radio dan TV).



Selain itu, senarai calon juga adalah berdasarkan cadangan yang diberikan oleh syarikat penerbitan filem dan drama, stesen TV dan radio.



Secara umum, garis panduan yang ditetapkan oleh penganjur mengenai pencalonan bagi setiap kategori adalah seperti berikut;


1. KATEGORI PENYANYI LELAKI dan WANITA dan ARTIS BERKUMPULAN & DUET POPULAR
----------------------------------------------------------------------------------------



SYARAT ASAS:
* Pencalonan adalah berdasarkan mereka yang mempunyai satu album terbaru dengan memuatkan sekurang-kurangnya satu lagu rakaman terbaru. Calon juga layak untuk disenaraikan dalam kategori jika mempunyai sekurang-kurangnya satu single terbaru bagi tempoh Disember 2010 hingga November 2011.



SYARAT TERPERINCI (DETAIL)

1:1. Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu lagu single dalam bahasa Melayu sepenuhnya atau sekurang-kurangnya 80 peratus dalam Bahasa Melayu dan pernah disiarkan oleh mana-mana televisyen dan stesen radio tempatan sepanjang tempoh Disember 2010 hingga November 2011.



1:2. Penganjur boleh mendapatkan calon berdasarkan Carta Lagu Mingguan daripada stesen radio yang siarannya diterima di seluruh negara - Radio Era, XFM, HotFM, Suria FM dan Muzik FM.


1:3. Penganjur akan mendapat kerjasama daripada stesen televisyen dan radio negara untuk mengesahkan maklumat bahawa calon pernah menghasilkan single dan diperakui pernah disiarkan oleh mana-mana stesen radio terbabit.


1:4. Pencalonan juga dibuat berdasarkan kepada penyanyi atau kumpulan yang pernah membuat album dalam tempoh yang ditetapkan penganjur. Setiap album mengandungi sekurang-kurangnya dua lagu ciptaan baru.


1:5. Calon bukan warga negara Malaysia boleh dicalonkan jika memenuhi syarat berikut:
* Lagu atau single adalah ciptaan komposer, pemuzik dan penulis tempatan (warga Malaysia)
* Albumnya diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat penerbitan Malaysia, di Malaysia dan menggunakan pemuzik, komposer dan penulis tempatan rakyat Malaysia.



2. KATEGORI PELAKON FILEM LELAKI DAN WANITA POPULAR
------------------------------------------------------------
SYARAT ASAS
* Calon Pelakon Filem Lelaki dan Wanita berlakon dalam filem berbahasa Melayu yang sudah ditayangkan ATAU sudah mendapat tarikh tayangan daripada Unit Wajib Tayang daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk ditayangkan bagi tempoh Disember 2010 hingga November 2011. Setiap satu judul filem boleh mencalonkan empat pelakon lelaki dan empat pelakon perempuan.



SYARAT TERPERINCI


2:1 Pencalonan adalah daripada pelakon yang berlakon dalam filem berbahasa kebangsaan (bahasa Melayu/Malaysia) sepenuhnya atau sekurang-kurangnya 80 peratus menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama, yang memenuhi syarat dan peraturan daripada pihak berkuasa iaitu LPF dan FINAS dan sudah ditayangkan kepada umum sepanjang 12 bulan daripada tempoh yang ditetapkan oleh penganjur;


2:2 Penerbit filem boleh mencalonkan empat calon Pelakon Lelaki dan empat Pelakon Wanita berdasarkan syarat dan peraturan dalam perkara 2:1;


2:3 Penerbit filem boleh mencalonkan empat calon yang difikirkan sesuai masing-masing kategori Artis Baru Lelaki dan Artis Baru Wanita;


2:4 Calon bukan warga negara Malaysia boleh dicalonkan dalam kategori ini dengan syarat calon berkenaan bekerja dengan mana-mana produksi milik rakyat Malaysia, bertutur dalam dialog tidak kurang daripada 80 peratus bahasa Melayu dan ditayangkan sudah atau pernah di Malaysia pada tempoh yang ditetapkan penganjur.


3. KATEGORI PELAKON TV LELAKI DAN WANITA POPULAR
----------------------------------------------------
SYARAT ASAS
* Calon untuk kategori ini adalah mereka yang terbabit dalam mana-mana produksi sama ada telefilem, sitcom, drama bersiri atau drama berepisod yang diterbitkan dalam bahasa Melayu dan sudah disiarkan oleh mana-mana stesen TV tempatan bagi tempoh daripada Disember 2010 hingga November 2011.



SYARAT TERPERINCI
3:1 Pencalonan dibuat kepada calon yang terbabit secara aktif dalam mana-mana telefilem, drama bersiri, episod dan drama dalam bahasa
kebangsaan dan sudah disiarkan - tetapi bukan diulang siar, oleh mana-mana stesen TV dalam tempoh 12 bulan daripada tempoh yang
ditetapkan oleh penganjur.
3:2 Penganjur berhak mencalonkan mana-mana individu (pelakon) yang difikirkan layak berdasarkan kepada syarat dan peraturan dalam
perkara 3:1.
3:3 Mana-mana stesen TV dan syarikat penerbit TV juga boleh mencalonkan mana-mana individu (pelakon) yang difikirkan layak
berdasarkan kepada syarat dan peraturan dalam perkara 3:1.
3:3 Penganjur juga berhak mencalonkan mana-mana individu yang pertama kali muncul atau diperkenalkan dalam bidang lakonan sebagai
calon Artis Baru Lelaki atau Artis Baru Wanita asalkan ia menepati syarat dan peraturan dalam perkara 3:1.
3:4 Calon bukan warga negara Malaysia boleh dicalonkan dalam kategori ini tetapi tertakluk kepada syarat dan peraturan seperti dalam
Perkara 2 (2:4)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semua dah baca dan faham? Korang mesti faham. Bukan mudah artis luar hendak dicalonkan dalam ABPBH.

Pertama, kena berlakon/menyanyi dalam mana-mana syarikat penerbitan milik rakyat Malaysia, ditayangkan di Malaysia, (kalau lagu disiarkan di stesen radio dan TV Malaysia).

Kedua, filem dan lakonan mereka tertakluk kepada kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM). Kalau artis luar negara ini didakwa merosakkan industri seni Malaysia (seperti berlakon filem lucah, ganas yang melampau) takkan mungkin diluluskan oleh LPFM.

Ketiga, artis luar yang layak dicalonkan mestilah bertutur atau dialog menggunakan bahasa Melayu Bahasa Rasmi Malaysia) sekurang-kurangnya 80 peratus daripada lakonan dalam filem yang mereka bintangi atau lagu yang dinyanyikan. Sebagai contoh, kalaulah dialog Aaron dalam filem Gangster banyak menggunakan bahasa Inggeris atau Cina lebih daripada 30 peratus, dia memang sudah tak layak dicalonkan.

Kalau korang nak tahu, perkara ini bukan isu besar. Kalau ada pihak mempersoalkan pencalonan artis luar (bukan warga Malaysia), pihak ini juga harus mengaitkan keputusan syarikat produksi mengambil/menggunakan pelakon luar negara.

Pencalonan ABPBH berdasarkan calon popular. Kalau calon itu popular kerana membintangi filem Malaysia dan memenuhi syarat yang kita tetapkan, apa salahnya mereka dicalonkan?

Selain Aaron Aziz, pihak penganjur pernah mencalonkan pelakon luar negara atau penyanyi luar negara dalam ABPBH seperti Alex Komang (pelakon filem Puteri Gunung Ledang), Stephen Rahman Hughes (rakyat British, pelakon filem Hikayat Merong Mahawangsa. Disenaraikan peringkat awal tapi tak melepasi hingga peringkat Top 5), Adi Putra (pelakon KL Gangster/drama Dhia), Tamara (pelakon Indonesia dalam filem Cicak Man 2), Ramli Sarip, Kris Dayanti (berduet dengan Ajai), kumpulan 6xth (vokalisnya orang Medan, Indonesia) dan akan datang nanti Mika Tambayong (pelakon filem Gerimis Mengundang).

Hahaha yang last part ini kelakar sikit. Hetty Sarlini, bekas kekasih Zed Zaidi pun orang Singapura. Dia pernah dicalonkan dalam Pelakon TV Wanita dan Penyanyi Wanita. Tapi dia tak menang. Kenapa masa itu, Zed Zaidi tidak bising2? Opps.



CARA BUAT EGG ON TOAST - ATAS PERMINTAAN RAMAI



Ramai sangat yang nak tahu cara Unclepali buat egg on toast. Actually, bukan tiap kali Unclepali buat ia menjadi dengan perfect. Macam pagi ni. Tak tahu mood apa yang dibawaknya bersama ke dapur maka telor separuh masak jadi keras sikit jer. Tapi sedap gaklah.




Sepatutnya kuning telor atau yolk itu 'runny' atau masih cair. Itu pada Kjee baru perfect. Tapi mungkin ada yang suka kuningnya keras sikit walaupun taklah sekeras telor rebus biasa.

Mula2, Unclepali jerang air dalam cerek sampai betul2 mendidih. Kemudian dia bubuh 4 biji telor (dua each untuk Kjee dan dia) dalam koleh stainless steel. Kemudian dicurah air panas ke dalam koleh tadi. Lepas tu dia tutup dengan menutupnya (hari ini dia tutup dengan mangkuk/piring jer sebab tak dapat cari penutup stainless steel). Lepas itu, Unclepali set alarm kat handfon dia untuk 8 minit. 

Sambil menunggu telor itu siap, Unclepali grill roti yang telah disapu butter. Tepat 8 minit dia keluarkan telor itu dan pecahkan ke dalam mangkuk sebelum diletakkan atas roti.

Tadi Kjee makan dengan Blue Cheese yang enak.

1. Jerang air

2. Rendam telor

3. Tutup dengan tudung

4. Grill/bakar roti

5. Pecah telor dalam mangkuk

Mungkin ada yang suka kuningnya ¾ masak

In yang sedap. Yolk yang 'runny'




NOTA:

Baru Kjee perasan kenapa kuning telor itu menjadi keras. 

1. Kerana telor itu duduk di luar peti ais. Kalau duduk dalam peti ais (telor sejuk), cukuplah tempoh 10 direndam dalam air panas. Kalau telor bukan dari dalam fridge, set masa 7 minit saja. 
2. Tadi Unclepali letak koleh stainless steel atas dapur. Dah sampai minit ke-7, dia hidupkan api yang kecik sekali. Kjee kata kenapa, dia kata telor tu besar takut tak cukup menjadi.

Hah itu antara dua sebab kenapa telor separuh masak Unclepali hari ini jadi tiga suku masak.

Saja nak bagitau, roti benggali ini dibuat oleh Nadia sebelum ke Uni tengah hari semalam.

Tuesday, April 17, 2012

AYAM/SOTONG GORENG KUNYIT FAVORITE WARGA OPIS DI KL



Ini Mamat punya Ayam Goreng Kunyit Bersama Nasi.

Ini versi Kjee

Hari tu Kjee pergi makan nasi lemak Ujang kat Keramat Permai. Masa makan, Kjee bual2lah denga Ujang yang tak pernah kering dengan senyuman. Bila Unclepali tanya How's Business? Ujang jawab Alhamdullilah. Tapi tak boleh lawan adiknya Mamat yang meniaga Ayam Goreng kunyit kat tengah2 bandar KL.




Hah ayam goreng kunyit? Ayam goreng berempah dengan nasi kukus ker, Kjee tanya Ujang. 

"Bukan kak. Akak pergilah sendiri cari. Bisnes adik saya (Mamat bukan nama sebenar...hehehe nama timanganlah), kencang kak. Tak boleh lawan dia. Dia ada tiga pick-up van. Income dia 5-angka kak sehari! Bungkus jer. Berderet kak, pekerja opis beratur," kata Ujang.

So Kjee pun heranlah jugak. Meniaga nasi dibungkus dengan ayam goreng kunyit boleh dapat angka itu? Wow dasyat ni!!

So semalam terlanjur kami turun Kolumpo, Kjee pun ajaklah Unclepali cari gerai Mamat. Dia ada 3 gerai. Yang paling senang cari di tengah2 jalan antara Public Bank dengan NZ Restoren, berhampiran KLCC.

Sampai situ, Kjee nampak Mamat. Ujang dah bagitau awal2 adik dia tak besar cam dia. Kjee panik tengok hanya ada Mamat dan seorang pekerjanya. Dah habis ker? Mereka sedang mengemas macam dah nak balik. Kjee terus turunkan cermin kereta dan tanya samada ada lagi.

Mamat terus datang pada Kjee sambil kata ada sikit lagi. Hah? Jam baru pukul 1.30 tengah hari dah nak habis? Kjee order dua bungkus nasi lauk lebih. Dan Kjee beritahu Mamat, kalau sedap, Kjee datang lagi lain kali ambik gambar gerainya. Semalam tak boleh amik sebab tak ada tempat nak parking.

Bau semerbak dalam kereta sampai Kjee hampir2 nak suruh Unclepali park bawah pokok dan makan. Tetapi iman kami masih kuat. Mamat bagi lauk cukup banyak. Dua bungkus RM10. Tapi Kjee rasa dia sengaja bagi Kjee lauk banyak sangat sebab seronok sangat tengok Kjee yang dia rasa dia kenal. Hehehe.

Aanyway, walaupun kenyang makan lauk yang banyak sangat diberi Mamat semalam, hari ni Kjee suruh Unclepali gi beli sotong. Unclepali memang suka sangat sotong. Kjee nak buatlah macam Mamat buat.

Senang jer. Sotong dipotong2, dibersihkan dan diperap dengan garam dan kunyit. Kacang panjang dipetik2 jer sepanjang dua inci. Carrot dihiris mancis. Bawang besar dipotong dan dihiris (bukan membulat). Nak pedas so Kjee hirislah cili padi dalam segenggam.

Pastu Kjee panaskan minyak untuk goreng sotong. Minyak tak payah banyak sangat. Dalam ¾ cawan jer. Bila dah panas, Kjee masukkan sotong dan guna penutup untuk tutup kuali takut meletup. Sesekali Kjee balik2kan. Apabila sotong dah hampir2 nak masak (jangan terlalu masak nanti sotong liat), Kjee masukkan cili padi, bawang dan carrot dan golek2kan semua agar sama rata. 

Tengah nak makan sempat amik handfon tangkap gambar ni. hehehe


Kemudian kalau suka bubuhlah serbuk perasa. Kjee tak tamabah garam lagi sebab masa perap sotong dah bubuh lebih sikit garam.  Apabila carrot dah agak layu, masukkan kacang panjang, kacau biar rata dan padam api. Hidang dengan nasi panas.

Semalam Mamat bagi sambal belacan. tetapi Kjee tak buat sebab Kjee bubuh lebih hirisan cili padi.

Hehehe senang jer buat kan. A one dish meal. Kjee rasa makanan ini ala2 sotong papkrik Thai. Tapi Mamat tak bubuh sos tiram, kicap nampla ataupun daun limau purut. 

Resipi yang Kjee buat hari ini bukan resipi Mamat bagi. Ini resipi Kjee sendiri setelah makan Mamat punya. Unclepali kata sama jer rasanya. Boleh guna ayam atau daging jugak.

Inilah favorite warga office di KL sekarang. Kalau tidak, masakan Mamat boleh perolehi jualan RMX0,000.00 untuk tiga gerainya sehari!! Yang angka 'X' kat depan tu korang isi sendiri. Hehehe

Monday, April 16, 2012

SAGU GULA MELAKA PENCUCI MULUT DI MUSIM PANAS





Ramai kata susah nak dapat consistency yang lembut apabila membuat sagu gula Melaka. Kalau ia kenyal, rasanya kurang enak. Ia harus lembut sahaja apabila ditelan. Tak perlu kunyah. 

Mungkin ramai tahu buat sagu gula Melaka. Tetapi Kjee yakin ramai jugak tak tahu macam mana nak dapat hasil yang lembut dan licin masuk ke tekak.

Sebenarnya tak susah buat kalau kita ikut cara pembikinan yang betul. Sebelum ini ada orang beri Kjee resipi. katanya 1 cawan sagu, 2 cawan air. First time Kjee buat, jadi kenyal. Tak tahulah samada hamba allah tu berikan Kjee resipi yang betul.

Anyway, atas dasar tak pernah puas hati dengan kegagalan, Kjee buat kali kedua tetapi Kjee standy by air panas dalam cerek. Dan masa buat (kali kedua) Kjee main tambah jer air sehinggakan Kjee rasa dapat consistency yang betul.

Kemudian menyesal pulak apabila tidak sukat betul2 air yang ditambah tadi. Yalah, kita kan suka nak kongsi resipi dengan kengkawan. So tak bolehlah main hentam jer bagi resipi kan?

Anyway, kali ketiga, Kjee buat macam ni. Kjee rendam dulu sagunya lebih kurang setengah jam. Kemudian Kjee jerang air dalam periuk mengikut ratio 1:4. Maknanya 1 sagu dan 4 air. Apabila airnya mendidih, Kjee masukkan sagu yang telah direndam dan ditoskan.

Kacau pantas2 guna api sederhana selama kira-kira 7 minit atau sampai tidak kelihatan 'mata ikan'. Mata ikan itu ialah sagu mentah yang masih kelihatan dalam biji2 sagu yang sedang dijerang itu. Maknanya, kita kena adjust sendiri sampai sagu betul2 masak.

Lepas itu, padam api dan tuang ke dalam acuan2 kecil, ramekins ataupun dalam satu bekas yang besar. Kemudian sejukkan di luar sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Ada orang makan sagu gula melaka dengan curahan santan dan gula melaka. Tai Kjee lebih suka makan dengan curahan susu cair (evaporated milk) dan gula Melaka yang telah dimasak menjadi sirap dan dibubuh daun pandan.

Hidangkan ia sejuk. Amat sedap makan di musim panas.




Sunday, April 15, 2012

MI KARI, PULUT MANGGA, PULUT DURIAN DAN SAGU GULA MELAKA





Walaupun Kjee dan Nadia tak berapa sihat, dengan izin Allah, sempat jugak kami sediakan minum petang untuk  Makcik Atie, ibu saudara Kjee yang datang bersama suaminya Uncle Brahim. Kemudian adik ipar Kjee,  Haji Amir datang bertandang dengan anak2nya Aimran, Aizran dan Aifran.



Dah lama sangat tak makan mi kari. Last Kjee buat masa meniaga 3 tahun lalu. Nasib baiklah rasa masih maintain. Ewah puji pulak. Hehehe. Nak resipi Mi Kari Ala Nyonya, sila klik sini.

Masa ikut Unclepali gi beli ais tadi, Kjee ternampak orang jual durian di tapak pasar malam Paya Jaras. Sekilo RM8. Isinya kuning. Kjee rembat dua biji. Sebelum itu, Kjee dah suruh Unclepali beli mangga manis, kononnya nak buat pulut Mangga ala Thai. Hmmm ada dua desert guna bahan asas pulut yang sama.





Kalau nak resipi Pulut Mangga, klik sini. Kalau nak buat pulut durian, cara buat sama jer. Hantam sajalah labu, kita yang buat dia. Hehehe.

Pagi tadi sebaik sahaja selesai masak kuah mi kari, Kjee buat pulak sagu gula Melaka. 

So in the end, satu main meal dan tiga manisan! Gambar sagu gula Melaka tak sempat nak amik gambar. Esok Kjee amik gambar nak upload.


Saturday, April 14, 2012

ZZ PERTAHANKAN DIRI DALAM PANCA INDERA MINGGUAN MALAYSIA




Kjee dapat berita yang Zed Zaidi akan menjawab dalam satu temubual Eksklusif dalam Panca Indera, mengenai topik seni hiburan paling hangat sekarang iaitu 'Kenapa Aaron Aziz jadi pilihan' dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian.


Jangan lupa beli Panca Indera, sisipan hiburan akhbar Mingguan Malaysia esok. Bangun pagi2 dan beli sebab sekarang ni kalau lambat sikit, susah nak dapatkannya.

Khabarnya, kalau korang baca, tentu korang kesian kat Zed dan artis tanahair. Ya ker? Manalah Kjee nak tau. Nujum Pak Belalang kita cuti bersalin. Hehehe

ALFATIHAH BUAT FARIZA MOHD NOOR aka FIJA




Sahabat dan adik Kjee, Fariza atau lebih mesra disapa Fija meninggal dunia awal pagi tadi akibat barah otak di Johor Baru. Jenazah allahyarham akan disemadikan sebelum Zohor hari ini.


Inilah gambar Fija bersama anaknya Damia ketika gadis itu menjalani pembedahan jantung tahun lepas. Al Fatihah.