Tuesday, April 3, 2012

BENDI GORENG BERLADO DAN SUP CAKAR AYAM







Hari ni Kjee masak simple jer sebab tak berapa sihat. Tapi walaupun tak sihat, gagahkan jugak diri sebab malas nak keluar makan. Kjee buat sup cakar atau kaki ayam dan bendi goreng berlada. Selalunya Kjee buat guna terung tapi nampak kat blog Che Mat Gebu hari tu, teringin pulak.

Unclepali goreng ikan pelaling kesukaannya. Dia juga buat sambal belacan makan dengan kerdas. Sorry, tekak ni masih belum boleh terima kerdas. Hehehe.






Anyway, tadi Kjee makan nasi satu senduk jer sebab tak selera. Cara Kjee makan kalau ada sup ayam macam gambar kat bawah tu. Kjee tahu ramai tak suka makan cakar atau kaki ayam. One man's meat is another man's poison. Tapi kami bertiga, suka sangat.

Bendi berlado tu, Kjee dapat idea nak buat sebab nampak kat blog Che Mat Gebu hari tu. Selalu Kjee buat guna terong. 

Korang tahu bagaimana nak bagi bendi tak 'berlendir' kalau celur untuk buat ulam makan dengan sambal belacan atau buat berlado? Hah ini tip Kjee dapat dari makcik Kjee. Cuci bersih2 bendi dan jangan potong tangkai atau bontot dia sampai habis. Tip dia pun jangan dipotong. Kemudian celur bubuh sedikit garam dan gula. Gula untuk bagi warna hijaunya tidak pudar.

Selepas dicelur seketika (jangan lama2 nanti lembik sangat tak sedap), cepat2 tos dan dilalu air paip supaya stop the cooking process. Air paip buat bendi tu terus sejuk dan tidak menjadi lembik.

Kemudian, potonglah tangkai (bontot) dan tip. Kemudian susun atas pinggan. Kjee curahkan cili tumis atau cili berlado keatas bendi dan ditaburkan udang kering yang telah digoreng garing. Sedap sangat dan membuka selera. Resipi Bendi berlado bolehlah follow resipi Terung Berlado di sini.


Cara fav Kjee makan sup ayam dengan nasi


Tanpa daun sup tak bangkit aroma tapi tak ada stok lah pulak

9 comments:

  1. hmmm menyelerakan.Sup cakar ayam tu lama saya tak buat..peberet .

    ReplyDelete
  2. wahhhh...sama la pulak..suka makan nasi ngan sup macam tu..kalau belah klate,makan ngan sup daging ikan bilis goreng,kangkung celur kacang tumbuk,sambal cili di panggil nasi air

    ReplyDelete
  3. salam kakjee...memang kena lah mkn nasi dgn sup kalau tak sihat...mula2 keliru kakjee kata sup cakar ayam...jowo ngomong 'ceker' utk kaki ayam.

    ReplyDelete
  4. saya dah cuba buat resepi terung bakar cam kjee.. sedap sangat

    ReplyDelete
  5. 'ceker' ayam mmg terbaik .. saya suka sekali.. walaupun ada sesetengah org kata geli nak makan 'ceker' ayam

    ReplyDelete
  6. sedapnya bende goreng berlado tergoda nengok...nak buatlah utk mkn malam nanti..

    ReplyDelete
  7. sdpnye..sy pun suka sup cakar ayam tu.kalau sy mkn mesti mak kata tu sbb sy ni jenis suka sangat berjalan.he3

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Jee..
    hmm sedap nyer bendi grg berlado n paling sedap sup kaki ayam mkn ngan nasi mkn ngan cili kicap lagi best.
    Semoga Kak Jee cepat sembuh take care :)

    ReplyDelete
  9. cara kakjee makan sup sama dengan saya..saya suka makan banjir banjir macam tu

    ReplyDelete