Wednesday, April 4, 2012

BETUL KE KALAU BELI MINYAK DI LUAR BANDAR BOLEH DAPAT LEBIH DARI DI KL?



ehsan google


Kjee tak tahu sama korang ada lalui masalah sama apabila mengisi minyak. Dah banyak kali kami tiga beranak perhatikan. Setiap kali kami membeli minyak di LUAR Kuala Lumpur, kami akan mendapat lebih banyak minyak daripada yang dibeli dalam kawasan sekitar Kuala Lumpur.





Kjee ni patriotik sikit. So Kjee hanya membeli minyak nasional iaitu di stesyen Petronas. Kecualilah kalau minyak dah kritikal sangat levelnya maka Kjee belilah mana yang sempat. Itu pun dalam jumlah cukup2 saja untuk sampai ke stesyen Petronas berdekatan.

Beza antara membeli minyak di Kuala Lumpur (misalnya di Taman Keramat) dengan stesyen jenama sama di Kuang, berhampiran Sungai Buloh, amat ketara. Misalnya, Kjee selalu isi antara RM50 hingga RM60 buat satu2 masa. Mungkin masa itu ada satu atau dua 'calit terendah' pada meter minyak Kjee seperti tertera pada dashboard. 

Setelah diisi jumlah itu, Kjee dapati kalau di stesyen Kuala Lumpur, hanya dapat di sekitar 430 hingga 450 kilometer. Tetapi kalau di Kuang (dan juga di tempat lain seperti di highway Seremban), boleh dapat sehingga 610km!! Ini kenyataan bukan khayalan atau halusinasi!

Kjee pernah mengisi jumlah yang sama di bandar2 kecil atau ketika balik kampung di Pahang. Jumlah yang kami perolehi juga lebih banyak daripada di Kuala Lumpur. Sehinggakan Nadia pernah kata, lain kali kalau nak isi minyak kena pergi outstation!

Apakah ini juga bermakna, ada 'penipuan atau ketidakjujuran' berlaku di stesyen minyak di Kuala Lumpur dan bandar2 besar? Kjee seringkali ingatkan Unclepali kalau nak isi minyak, jangan tunggu sampai level minyak sudah sampai tahap kritikal. Manalah tahu kalau ketika tahap itu, kami berada dia bandar2 besar.

Kalau korang tak percaya, cubalah perhatikan tiap kali korang isi minyak. Buatlah perbandingan. Kalau Kjee boleh dapat perbezaan minyak yang begitu ketara jika diisi di luar bandar, Kjee rasa ini harus dijadikan suatu renungan. Maklumlah harga minyak bukan semakin murah sekarang.

Ini hanya pemerhatian Kjee. Entry ini ditulis bukan untuk menuduh mana2 pihak.

Tip untuk mengisi minyak. Isi minyak di awal pagi sebab ketika itu cuaca sejuk dan boleh perolehi lebih banyak minyak. Tekan perlahan2 ketika mengisi. Kalau tekan laju2, kononnya 'angin atau pressure' akan menolak meter dengan cepat. Jadi yang naik hanya meter bukan minyak. Ehhh faham ker? 


So lain kali kalau nak isi minyak, harus dalam keadaan tenang dan tidak stress atau dalam mode hendak menunjuk kerana anda bawak kereta jenama mewah. Cerita ini Kjee dengar dari kawan2. Entah betul entah tidak, Wallahualam. Hehehe.


PERHATIAN:
Kjee rasa ramai yang salah anggap apabila baca entry ini. Kjee bukanlah nak pertikaikan mengenai pengunaan minyak di bandar dan luar bandar. Memanglah minyak akan banyak dibakar kalau kita kerap terbabit dalam trafik jams dan sebagainya.


Apa yang Kjee ingin jelaskan dalam entry ini ialah kenapa kalau Kjee beli di Petronas Kuang (contohnya sebab Kjee tinggal di Sg Buloh), dengan pembelian sebanyak RM60 dengan berbaki dua calit terbawah pada meter minyak, Kjee boleh dapat hampir atau +- 570km. Tetapi kalau beli dengan jumlah yang sama (RM60 dengan dua calit terbawah), di Taman keramat (kawasan rumah lama Kjee), hanya dapat kira 440km?


Kereta Kjee (Perodua Alza) mempunyai catatan km pada meter minyak. Sebab itu Kjee tahu berapa banyak boleh diperolehi ketika membeli minyak. Kjee tak pasti samada kereta lain (bukan Perodua) ada catatan km pada meter minyak mereka.


Kjee mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Kjee kata mungkin ada manupulasi apatah lagi beberapa hari lepas, ada akhbar melaporkan 10 pemilik stesyen minyak telah ditangkap membuat manupulasi pada nozel atau meter pam mereka, Kjee tidak pasti.


Kjee harap tiada yang keliru dan terus membuat komen mengingatkan bahawa penggunaan minyak memang lebih dalam bandar berbanding luar bandar. Isu itu tidak timbul langsung dalam entry ini.


Maaf kerana menulis dalam dakwat merah. Kjee nak bezakan entry awal dengan penambahan maklumat ini. Terima kasih.


(DICATATKAN PADA JAM 11.30 MALAM 5 APRIL 2012)

12 comments:

  1. Kak Jee bagus kjee bersifat patriotik, dulu saya pon suka sngat isi petronas yalah ianya syarikat temapatan...

    sekali tu saya naik kereta kawan saya dia nak isi minyak dekat shell saya kata knpa x isi dekat petronas, memandangkan stesen petronas tu lagi dekat....

    dia kata isi minyak kat petronas rugi banyak gas, dan minyak dia cepat abis berbanding dengan shell... kawan saya yg lain pon setuju dan saya pon kira baru tahulah awaktu tuh...

    just nak share tapi kesahihannya sy pon x perasan bila sy isi minyak kat petronas tu cepat abis ke x???? sbb sy suka isi minyak campur2...hi3

    ReplyDelete
  2. pernah jugak ada org bgtau sesetengah stesen minyak adjust bg minyak kurang tapi saya tak plk nak betul2 check.

    ReplyDelete
  3. Kenapa kalu isi di luar KL, dapat minyak banyak? Kjee rasa ada yang tak kena dengan stesyen minyak petronas di KL. wallahualam.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Jee. Saya baru mula membaca blog kak Jee sejak akhir2 ini. Tertarik dengan entry di blog Mazidul terus terpaut sebab suka tengok entry pasal makanan :D

    Berkenaan dengan jumlah minyak berbeza jika dibuat bandingan stesen minyak KL dengan kawasan luar bandar, saya mungkin ada sedikit maklumat yang boleh dikongsi.

    Sebenarnya, setahun sekali, pengusaha stesen minyak perlu menjalani ujian nozel bagi setiap pam minyak mereka. Ujian tersebut dilakukan oleh jabatan meterologi dengan pemantauan kementerian pengguna. Dalam ujian tersebut, setiap pam dipastikan mengisi jumlah tepat satu liter seperti yang tertera pada pam. Satu bekas yang telah disahkan aras 1 liter nyer akan digunakan. Jika pam tersebut tidak tepat, vendor yang mengendalikan pam akan diminta mengubah tahap pengeluaran nozel tersebut hingga betul2 tepat. Barulah pam akan diendorse sebagai telah dilesenkan untuk kegunaan menjual minyak.

    Tidak ada isu pengusaha cuba melakukan penipuan kerana hakikatnya mereka sendiri tidak mempunyai kemahiran atau access untuk mengubahsuai nozel minyak. Penjualan minyak adalah tertaluk di bawah akta barangan terkawal dan akta bekalan maka kesilapan teknikal sebegini dianggap serius oleh kementerian. Tiada pengusaha yang berani melanggar peraturan ini atau cuba mengubahsuai pam untuk menipu pelanggan. Dan biasanya pihak syarikat minyak juga ada meminta laporan jualan minyak vs baki stok di dalam tangki. Jika ada keganjilan, pihak syarikat ada pasukan yang akan membuat siasatan supaya tindakan susulan boleh diambil.

    Jika Kak Jee merasakan ada mana2 stesen minyak diragui kebolehpercayaan pamnya, saya sarankan aduan dibuat menerusi nombor aduan pelanggan yang boleh diperoleh dari stesen minyak tersebut. Insyaallah bantuan atau penjelasan dapat dibuat.

    ReplyDelete
  5. As salam Kak Jee.
    Memang ada betulnya. DiPetaling Jaya tempat tinggal saya memang ada perbezaan diantara 2 pam minyak yang biasa saya isi. Yang satu menjimatkan KM dan yang satu lagi sebaliknya.
    Hari ini, KOSMO menimbulkan cerita ini, bermaksud memang ada penipuan yang dilakukan oleh segelintir Stesen minyak dengan mengubah meter minyak, secara tak langsung ini menguntungkan mereka dan merugikan pengguna.

    ReplyDelete
  6. Salam kak Jee. Rasanya semalam saya ada dengar berita pasal 10 (kalau tak slh) stesyen minyak yang kena tarik lesen sbb ubah nozel (menipu). Kat meter tulis lain, minyak yg keluar masuk kat kete kita lain.

    ReplyDelete
  7. Hi Kak Jee,
    Pada pendapat saya, isi minyak kat KL dapat kurang kilometer sbb byk kereta, byk traffic light so kereta bergerak lagi slow, byk brek , byk berenti and byk pusing2 slow2 cari parking. Kat luar bandar and highway, mungkin perjalanan lebih lancar.

    ReplyDelete
  8. Saya rasa betul kot Kak Jee sebab kalau isi minyak di KL RM50 cepat je takuk tu turun. Tapi kalau isi kat rumah saya di Batang Kali, untuk amaun yang sama cam lambat sikit nak surut minyaknya tu. Between shell & petronas pun ada beza gak kan..

    ReplyDelete
  9. bagi saya rasa sama je sbb mungkin kat bandar besar Jem, sering turun naik gear, menyebabkan penggunaan minyak banyak. dan sedikit pembetulan dari komen "Papa, Mama & Azra" Ujian tersebut dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan bukan jabatan meterologi sebab jabatan meterologi mengkaji cuaca, gempabumi dan sebagainya

    ReplyDelete
  10. ada gak kebenaran Kak Jee tu.pengalaman saya duk Perak ni selalu bila minyak dah tggl satu calit saya akan isi.selalu isi kat sini dalam RM75 tapi ituhari saya ke Klang bila isi RM80!!!!
    Pada 'Papa,Mama& Azra' mungkin ada penyelewengan.x mustahil tuk depa ubah nozel.depa leh ubah nozel ke asal bila kementerian datang cek.kementerian akan datang ikut jadual kecuali kalu ada aduan baru mengejut.
    dari pengalaman saya yg penah keje kilang sawit yg guna penimbang lori.masalah sama cam ni gak.bos saya lebihkan timbang kuar n bila kementerian nak datang ye ejas balik ke asal.
    mungkin depa x pandai nak ejas tapi pembekal mereka tahu nak ejas!!!mereka akan bergabung ngan pembekal sama2 dapat untung.

    ReplyDelete
  11. Satu info yang bagus untuk para pengguna...setahu saya minyak di pam minyak Petronas aditif nya berbeza dengan stesyen pam yang lain. Oleh yang demikian kualiti minyak sedikit atau banyak berbeza bagi setiap stesyen. Bagi saya isi minyak di BHP atau di SHELL menguntungkan sebab minyak banyak dan aditif minyak berkualiti tinggi sebab grednya berbeza dengan PETRONAS. TETAPI minyak mentah yang diambil di depoh yang sama dan bila sampai di syarikat minyak yang berbeza ada tahap aditif dan kualiti minyak pun berbeza. (Itu yang saya tahu)

    ReplyDelete
  12. ini adalah kerana sebab agak nye di luar bandar tanah sejuk. dan yg di bandar nie.. sebab panas. jalan tar aje sekeliling. jadi bila luar bandar tanah nye sejuk. jadi lebih minyak kita akan perolehi dalam meter minyak kita.
    itu angapan saya secara logik nye , sama dengan pengisian di buat pada pagi2 hari.
    ok selamat mencuba.

    ReplyDelete