Friday, April 27, 2012

BLUEBERRY AND DRIED CRANBERRY POUND CAKE

Ini Dried Cranberry Pound Cake. Tabur almonds sedap. Rangup.
Dried Cranberry Cake




Selama ini, Kjee angkat bendera putih surrender bab buat kek. Buat kek ni sebenarnya kena banyak practice. Insya Allah akan menjadi. Tetapi masalahnya, sejak dulu lagi penghuni umah Kjee tak tunjuk minat nak makan kek. Cuma sejak akhir2 ni jer.



Apabila Nadia dah selalu sangat sibuk nak makan cake dan beli kat bakeri Chocolate Delights, Sungai Buloh, maka Kjee teruja nak mula baking.

Minggu lepas (sebelum Kjee kena stroke), Nadia buat Dried Cranberry Pound Cake. Resipinya Kjee dapat dari Dapur Tanpa Sempadan. Tak sampai sehari, habis kek itu kami baham. Unclepali punyalah suka.

So semalam ketika Kjee bagitau Unclepali samada dia sanggup buatkan kek untuk Kjee sebab Kjee teringin nak makan, dia punyalah excited. Buat cake cam hari tu ke, tanya Unclepali?

So malam tadi Unclepali dah siap sedia nak buat cake. Tetapi sebaik sahaja dia keluarkan digital weighing scale, Nadia balik dari kelas. Terus Nadia sambung. Kjee tengok muka Unclepali kecewa sangat sebab dia dah beriya2 nak buat. 

Anyway, jadi jugaklah cake sebagaimana dirancang. Kali ini Kjee bubuh 120gms fresh blueberry yang Kjee beli di Jaya Grocers minggu lepas dan kira-kira 75gms dried Cranberry, baki dari buat cake itu minggu lepas.

Kek ini memang sedap dan mudah sangat nak buat. Kjee ingat lagi masa kecik2 dulu kalau arwah bonda buat kek. Jenuh kena pukul dulu putih telor yang diasingkan dari kuningnya. Pastu kena cream butter dan gula sampai kembang. Sebab itulah minat buat kek terus terkubur.

Minggu lepas, Nadia terkejut apabila ikut resipi Uncle Mat Gebu dia (opppsss Uncle ke abang hah Mat?). Simplenya Mama, kata Nadia. Ingatkan susah nak buat kek.

Anyway, kek yang dipotong nampak tak cantik sebab penghuni rumah tak sabar nak tunggu kek sampai sejuk baru potong. Kek ni is just nice. Tak terlalu manis dan cukup gebu.

Anyway, Kjee copy paste resipi Che Mat dibawah yer. Terima kasih Che Mat. Tangan masih terketar2 nak menaip.

BLUEBERRY/DRIED CRANBERRY POUND CAKE
SUMBER:DAPUR TANPA SEMPADAN

BAHAN-BAHANNYA :-)
180 gram mentega
140 gram gula perang @ soft brown sugar
2 biji telur gred A
220 gram tepung gandum* (Kjee guna tepong kek)
1 camca teh baking powder* (tak bubuh)
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak) (tak bubuh)
120 gram mix fruit (Kjee guna fresh Blueberry/Dried Cranberry)
100 ml susu segar (Kjee guna evap milk. saja suka2)
1 camca teh esen vanilla (atau boleh guna esen orange)

CARA MEMBUATNYA :-)


Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin bulat berukuran 8 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Atau jika guna bunt pan, lenser dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung, biar tinggal lapisan nipis yang melekat pada bahagian dalam tin. Ketepikan.
Putar mentega dengan gula perang hingga pucat. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Jarak waktu antara sebiji telur ialah satu minit. Sementara itu, gaul mix fruit dengan tepung yang telah diayak, gaul rata.
Perlahankan kelajuan, masukkan mix fruit + tepung tadi berselang seli dengan susu segar, hingga habis, tambah esen vanilla dah gaul rata. Tuang dalam tin dan bakar selama 45 - 50 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong untuk hidangan...


Fresh Blueberry and Dried Cranberry Pound Cake

Manis sangat fresh blueberries. Cake tak sempat sejuk dah potong. hehehe

3 comments:

  1. Assalam.sdpnye tgk kek tu..tp sy xde penimbang ler..bleh kjee bg sukatan guna cwn x..if kak jee larat le.sian pulak tgk kjee dok sakit2 kena type pulak..huhu..:)

    ReplyDelete
  2. kak gee, kat mana nak dapat fresh cranberry ni. huuhu

    ReplyDelete
  3. kjee beli kat jaya grocers. cuba cari kat cold storage.

    ReplyDelete