Monday, April 30, 2012

DRAMA SEBABAK YANG BORING


Ini gambar hiasan jer...tak ada kena mengena dengan orang kahwin kat Siam tau


Malam ni Kjee ada satu story pendek nak story kat korang. Pendek jer. Drama tak bersiri yang ada satu babak jer. Betul ni. Korang nak percaya ke tidak, aku tak kesah.




Ceritanya begini.

Pada satu hari, ada satu pasangan ni. Gatal dah nak bernikah. Pasangan ini  sebenarnya, tidak ada masalah nak nikah kat kampung halaman salah satu daripada mereka. Tetapi mereka memilih untuk menikah nun jauh di utara atas sebab2 sulit yang hanya dia orang orang jer tahu. Dia orang seberang untuk nikah naik bot.

Pastu lepas bikah, baliklah semula ke bandaraya. Pakat dan bincang2 nak pergi daftar kat pihak berkuasa Agama di tempat mereka tinggal. Tapi apabila dengar masing2 nanti kena denda RM1,000 sebab bernikah di luar kawasan, tak jadi lah pulak nak daftar. Duit tak cukup beb nak bayar denda.

Pastu duduk pakat2 dengan sedara mara terdekat macam mana tak nak bayar denda tapi mahu pernikahan diikitiraf di negara ini.

So mereka pun pergilah ke pejabat kadi dan mengaku belum pernah nikah. Mohon dinikahkan. Tok Kadi pun nikahkan mereka setelah semua keperluan untuk bernikah berjaya disediakan. Cuma apa yang Kadi tak tahu, dia orang ni sebenarnya sah suami isteri.

So, apa yang Kjee nak story ialah perkara macam ni (nikah dua kali dengan orang yang sama) ada berlaku. Kjee boleh tunjukkan bukti insan yang buat cam tu.

Itu jer lah cerita dalam drama sebabak. Renung2kanlah dan kalau nak kait2kan ke, suka hati korang lah. 

THE END. CUT!!

Nak ke Narathiwat kena naik bot ker? foto2 ni semua gua google

9 comments:

  1. Aida khalida? Rita rudaini ... artis ramai org kebanyakkan pun ramai gak... kawin senyap2 cerai heboh semalaya

    ReplyDelete
  2. Oooo saya paham... saya paham.. KJee pernah cerita dlm entry yg lepas.

    ReplyDelete
  3. cam si fasha dgn jajai je...

    ReplyDelete
  4. Fasha Sandha... tunjukkan je bukti kakjee.. mesti k. jee disayangi 1 Malaya...

    ReplyDelete
  5. Saya pun paham. Baru nikah dan sanding. Tapi kalau yg tu takkan rm1000 takleh byr kot.

    ReplyDelete
  6. Ramai je sebenarnya yg akad nikah 2x kak Jee.. students especially... kita manusia masing2 Allah duga dengan dugaan yg berlainan.. org yg melihat mungkin x tahu masalah org yg menghadapi.. so for as long as it is not a sin, IMHO, kita dengar, kita pandang, kita redha dan kita doa sajalah.. passing a judgment may not be our right :)

    ReplyDelete
  7. tibe² teringatkan fasha.. sebab kak jee pernah story dulu...

    ReplyDelete