Kemudian mata Kjee terpandang pokok2 betik dengan buah2nya yang sarat barat di luar tingkap setentang dengan sinki my dry kitchen.
Semalam, Nadia beritahu Kjee dia ternampak dua ekor monyet (kera kot) sedang bergayut pada pokok betik tu sambil makan buah betik yang separuh masak. Patutlah kekadang Kjee tengok daun betik bertaburan. Ingatkan tupai punya kerja.
"Kesian monyet tu, Mama. Lepas makan, dia hangkut buah yang separuh lagi. Agaknya nak bawak balik bagi anak2 dia makan," kata Nadia. Daripada tonasi suara dia Kjee tahu Nadia sebak. Dia ni memang tak boleh tengok apa2 senario berkaitan binatang yang menyayat hatinya.
Nadia siap warning Kjee atau papa dia supaya jangan halau monyet2 tu sebab kita dah ambilalih habitat mereka. Nadia cukup bengang dengan anak2 jiran yang baling batu kat monyet2 tu.
"Nakal dia orang mama. Kalau monyet tu amik batu balik balik kat dia orang, kan bagus! Tadi salah satu batu terkena bumbung rumah jiran belakang tau. Pakcik itu menjerit. Lintang pukang budak2 tu lari. Padan muka," kata Nadia puas.
Kjee memang sehati sejiwa dengan Nadia. Malah Kjee tak kesahlah kalau monyet2 nak jamu selera dengan buah2 betik yang ada. Kami pun bukan minat sangat makan betik. Ada lebih kurang 10 batang pokok di sekeliling rumah kami. Semua pokok2 ini ditanam oleh jiran dalam kawasan rumah Kjee ni sebelum Kjee pindah.
Apa yang Kjee risau ialah kalau monyet2 itu mengganas, masuk dalam rumah dan.... isyhhh takut Kjee nak fikir. Sebab itulah, tingkap dan pintu dapur sentiasa ditutup kalau kami tiada di ruang tersebut.
Kjee pernah melihat monyet2 itu bergerak dalam kumpulan besar sampai hampir 50 ekor berhampiran rumah Kjee, baru2 ini. Tapi Kjee percaya kalau kita tak ganggu mereka, mereka pun tak akan ganggu kita. Insya Allah.
Teringat kata2 Raif, cucu sedara Kjee yang sulong masa datang bertandang hari tu. "I want to see animals!". Agaknya dia ingat rumah nenek dia dalam zoo. hehehe
Teringat kata2 Raif, cucu sedara Kjee yang sulong masa datang bertandang hari tu. "I want to see animals!". Agaknya dia ingat rumah nenek dia dalam zoo. hehehe
Kak Jee, betul tu.. kalau kita tak ganggu mereka*!Ar H$ktak ganggu kita.. tapi risau jugak sbb ada gangguan dari bdk2 nakal tu, nanti tak pasal2 org lain pulak yg kena.. Kak Jee hati2 selalu. Dari pembacaan saya di blog Kak Jee, kwsan rumah Kak Jee ni byk haiwan liar, takut juga yg berbisa. Sy cadangkan Kak Jee cari satu kayu, tak pastilah namanya kayu apa, ibu kayu kot, letakkan di alang pintu atau brhampiran pintu. Ini petua utk mnghalang haiwan2 yg tak diingini masuk ke rumah...
ReplyDeleteKak jee
ReplyDeleteOrg tua kat sini bg petua..sembang dgn monyet tu..kata kat dia jangan la kacau rumah aku...nak main pi la jauh2 or pi kat tempat lain.
Tinggi nyer encik B ni berposing ye kak jee... atas pagar ye
ReplyDeletesalam rindu kakjee..teringat zaman kitorang duk umah kuarters gomen kt jalan ampang (betul2 sebelah roadhouse grill tu)mmg bnyk sgt monyet! pernah masa tu kita lam pantang anak pertama..monyet besar masuk nk amik baby kt lam buaian..sebaik sempat abah ngan cikli nmpak..kalu x mau hilang baby kita kena culik monyet..adehh! sebelum tu masa duk kuaters kt bukit mahkamah pn bnyk gak monyet masuk dapur curi makanan bwh tudung saji..baik punyer posing atas meja makan..muahaaha!!
ReplyDeleteeii golii nya gmabr bewak tu kak jieee
ReplyDeletesalam, kak pahala sedekah. tapi hati hati ya. beruk monyet jantan dia kalau manusia ppuan terutama tgh period dia boleh gila naik nafsu.ni pak abu yg jaga kebun pesan hati hati. namanya binatangkan..
ReplyDeleteso bila pegi kebun tak le merayau sorang sorang.
lagi satu make sure kunci tak sepah sepah, tingkap keta tutup n kunci. kawan kat umah universiti quarters masuk dlm grill besar sejengkal, lubang grill habis digeledahnya. lipstik dan bedak pun dicuri hahah..
bagus la di kongsi makan dan tidak dianaiaya beruk tu. tapi kena la hati dan jgn expect less dari binatang ini.
sekadar pesanan..
kak jee...dulu rumah saya pun banyak monyet ,takut juga sebab bila kita goreng pisang dia kalau boleh nak masuk ambik ....saya dah la penakut....sekarang dah tak ada dah ...x tau lari ke mana
ReplyDelete