Sunday, April 29, 2012

LUNCH YANG TAK PEDAS

Dua hari lepas, jiran sebelah rumah beri Kjee cendawan atau kulat tahun. Setahun  sekali baru ada, kata Zamri. Isterinya Ila pergi kutip kat tanah sebelah bekas ladang itik rumah kami.



Kjee memang suka sangat cendawan ini. Dah bertahun tak makan. Sedap kalau goreng atau buat sup. Tadi Kjee masak campur carrot dan taufoo lembut. Sedap. Boleh bubuh ayam, daging ataupun udang. Juga boleh bubuh chicken cube.

Menu lunch hari ini selain sup cendawan ialah Steam Siakap, Udang goreng Kunyit dan ayam goreng. Semua Nadia masak. Kjee hanya jadi mandor.

Cendawan liar...kata orang namanya Cendawan Tahun. Ya Ker?

Selepas dibersih dan disiang

Campur taufoo lembut dan carrot


Steam Siakap 

Udang Goreng Kunyit


Related Posts:

  • PULUT SERUNDING KELAPA MUDAH          Kuih Pulut Serunding ini rasanya kuih bermusim. Di Kuala Lumpur, boleh diperolehi dengan mudah ketika bulan Ramadhan. Tetapi di bulan Ramadhan, apa makanan yang tak ada di Kolump… Read More
  • SAYUR ASPARAGUS GORENG BELACAN                Ini untuk buktikan yang Kjee ada masak untuk Berbuka Puasa sepanjang Ramadhan yang lalu. Cuma Kjee malas jer nak jadikan entri.          … Read More
  • SAMBAL UDANG PETAI               Hari ini teringin nak makan Sambal Udang. Oleh kerana Kjee tak sihat, UnclePali kata biar dia pergi beli yang dah siap sahaja. Tetapi memang mudah aje cakap. Apakah hasi… Read More
  • BERJAYA BUAT BUTTER PRAWNS YANG ENAK BANGET! I made it! Semalam Kjee berjaya dera Unclepali dan Nadia take over kerja memasak. Dan hasilnya semalam? Yezza... Butter Prawns, Mihun Putih dan Apam Indon! By the time habis memasak, kedua2nya dah macam nak pengsan. … Read More
  • SPICY GARLIC PRAWNS          Kjee punyalah teringin nak makan Spicy Garlic Prawns ni sejak tiga minggu lepas. Dua tiga hari sekali masuk Hero Market atau Fish Mart kat Taman Melawati. Susahnya nak jumpa udang yang… Read More

9 comments:

  1. Kalau di Batu Kurau kami panggil kulat tahun ...saya suka buat sup letak kunyit sikit dengan lada hitam.Tak suka campur dengan sayur lain sebab nak rasa manis kulat tu ....

    ReplyDelete
  2. tak pernah jumpa n tak pernah makan..

    patutlah kalau beli campbell soup tu ada jenis wild mushroom..yang inilah kot.

    Kakjee ada resepi marinate lamb yang best best tak?

    ReplyDelete
  3. first time tengok kulat ni.. nampak sedap supnya

    ReplyDelete
  4. kalo kat negeri sembilan di panggil cendawan busut. salu org nogori masak lemak cili padi tapi dikeringkan. lama tak makan.. mmg susah nak dpt cendawan nih..

    ReplyDelete
  5. nampak macam cendawan busut..sedap ni time kuncup2.. dah kembang tak berapa sedap..

    ReplyDelete
  6. kat N9 panggil cendawan busut memang sdp buat masak sup dan masak lemak cili api nak2 yg belum kembang lagi tu _ wintanhir-

    ReplyDelete
  7. cendawan fav saya masa kecik2..kutip keliling rumah je..skrg ni tak pernah nmpk dah cendawan ni di kg saya...teringinnya!!

    ReplyDelete