Sunday, April 15, 2012

MI KARI, PULUT MANGGA, PULUT DURIAN DAN SAGU GULA MELAKA





Walaupun Kjee dan Nadia tak berapa sihat, dengan izin Allah, sempat jugak kami sediakan minum petang untuk  Makcik Atie, ibu saudara Kjee yang datang bersama suaminya Uncle Brahim. Kemudian adik ipar Kjee,  Haji Amir datang bertandang dengan anak2nya Aimran, Aizran dan Aifran.



Dah lama sangat tak makan mi kari. Last Kjee buat masa meniaga 3 tahun lalu. Nasib baiklah rasa masih maintain. Ewah puji pulak. Hehehe. Nak resipi Mi Kari Ala Nyonya, sila klik sini.

Masa ikut Unclepali gi beli ais tadi, Kjee ternampak orang jual durian di tapak pasar malam Paya Jaras. Sekilo RM8. Isinya kuning. Kjee rembat dua biji. Sebelum itu, Kjee dah suruh Unclepali beli mangga manis, kononnya nak buat pulut Mangga ala Thai. Hmmm ada dua desert guna bahan asas pulut yang sama.





Kalau nak resipi Pulut Mangga, klik sini. Kalau nak buat pulut durian, cara buat sama jer. Hantam sajalah labu, kita yang buat dia. Hehehe.

Pagi tadi sebaik sahaja selesai masak kuah mi kari, Kjee buat pulak sagu gula Melaka. 

So in the end, satu main meal dan tiga manisan! Gambar sagu gula Melaka tak sempat nak amik gambar. Esok Kjee amik gambar nak upload.


Related Posts:

  • CHICKEN CHOP WITH BLACK PEPPER MUSHROOM SAUCE Hari ini Kjee memang rasa kureng rajin nak masak yang renyah2. Selalu hari Ahad hari makan bersama2 keluarga.My princess ada kuliah. So kalau tak ada dia rasa tak ada mood nak masak sedap2 sebab dia… Read More
  • CLAYPOT CHICKEN RICE, CENDAWAN SHITAKE DAN IKAN JERUK TENGGIRI ALA SZECHUAN Akhirnya, dapat jugak Kjee buat one dish meal ni. Mudah aje tak perlu ada lauk lain. Claypot Chicken Rice antara makanan favorite kalau Kjee dibawa ke food court shopping complex. Makan kat mana aje foodcourt, r… Read More
  • NASI AMBENG JAWA KAY ELL Tiap kali makan Nasi Ambeng di mana-mana kecuali buat sendiri , hati Kjee akan berkata-kata. Isyhhh mahal lah. Satu pinggan atau bungkus, lengkap dengan mi goreng, paling murah RM5. Kalau kat restoran, ada m… Read More
  • MI HAILAM AIR TANGAN NADIA Kjee suka sangat makan Mi Hailam ni masa meniaga dulu. Kalau Nadia tak gi Uni, Kjee suruh dia masak. Kalau tidak Kjee masak sendiri. Tapi itu cerita 4 tahun lalu. Pagi tadi Kjee tanya Nadia samada dia mas… Read More
  • MY SECONDARY SCHOOL CHICKEN PIE Apabila terkenang zaman belajar memasak dalam kelas Home Science masa sekolah menengah dulu, rasa macam nak menangis ada, nak ketawa pun ada. Masa tu Kjee ingat lagi malam sebelum tidur, dah kelamkabut paksa mak siap… Read More

8 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Jee,
    tengok hidangan begini, orang yang sakit pun terus sembuh kakkkkk.....

    ReplyDelete
  2. rajin sungguh kak jee ye..tak sihat pun byk mknan yg di sediakan..kak jee mmg best!kak jee saya zuraida dari penang yg msg kak jee dulu..best bc blog kak jee ni...

    ReplyDelete
  3. Malass okeh nak komen.....balik Sedenak dulu lahh...nite, assalammualaikum.... ((keji betul, kerang kat mi kari tuu....sabarr jee lahh))...

    ReplyDelete
  4. wah...spesial nye mee kari tu...pulut mgga & durian...my favorite...i like...hbby saya mmg slalu beli durian kt situ kak jee...harga..reasonable..sedap..~ztee~

    ReplyDelete
  5. kakjee,

    cakap x berapa sehat tapi banyak tu menu terhasil...nampak sedap sungguh. terliur ni.lagi2 tang durian tu. sungguh menggoda

    ReplyDelete
  6. wow kak jee, terliur saya tengok.. nak try tapi ingredient kat sini takdak, takut jadi lain pulak.

    ReplyDelete
  7. menggodanye mee kari tu...meleleh air liur tgk..huhu

    ReplyDelete
  8. saya dh try mee kari nyonya resipi kak gee.....mmg sedap!! Simple and delicious...thanks k. gee...:)

    ReplyDelete