Sunday, April 15, 2012

MI KARI, PULUT MANGGA, PULUT DURIAN DAN SAGU GULA MELAKA





Walaupun Kjee dan Nadia tak berapa sihat, dengan izin Allah, sempat jugak kami sediakan minum petang untuk  Makcik Atie, ibu saudara Kjee yang datang bersama suaminya Uncle Brahim. Kemudian adik ipar Kjee,  Haji Amir datang bertandang dengan anak2nya Aimran, Aizran dan Aifran.



Dah lama sangat tak makan mi kari. Last Kjee buat masa meniaga 3 tahun lalu. Nasib baiklah rasa masih maintain. Ewah puji pulak. Hehehe. Nak resipi Mi Kari Ala Nyonya, sila klik sini.

Masa ikut Unclepali gi beli ais tadi, Kjee ternampak orang jual durian di tapak pasar malam Paya Jaras. Sekilo RM8. Isinya kuning. Kjee rembat dua biji. Sebelum itu, Kjee dah suruh Unclepali beli mangga manis, kononnya nak buat pulut Mangga ala Thai. Hmmm ada dua desert guna bahan asas pulut yang sama.





Kalau nak resipi Pulut Mangga, klik sini. Kalau nak buat pulut durian, cara buat sama jer. Hantam sajalah labu, kita yang buat dia. Hehehe.

Pagi tadi sebaik sahaja selesai masak kuah mi kari, Kjee buat pulak sagu gula Melaka. 

So in the end, satu main meal dan tiga manisan! Gambar sagu gula Melaka tak sempat nak amik gambar. Esok Kjee amik gambar nak upload.


Related Posts:

  • SUP KAKI AYAM CAMPUR FUCUK, CARROT DAN KENTANG Sejak azali kami sekeluarga suka makan lauk Sup Kaki Ayam. Sejak zaman Kjee kecik-kecik. Arwah bapak kata his Chinese friend kata, elok untuk sendi-sendi kaki. Lendir-lendir pada kaki ayam itu (setelah direbus lama) b… Read More
  • ASAM PEDAS AYAM STAIL JOHOR Sejak akhir-akhir ni, agak pening jugak memikirkan lauk pauk ayam dan ikan. Daging dah tak boleh lagi masuk rumah sejak UnclePali kena Gout. No more red meat, kata Dr Aida. Walaupun UnclePali kata, tak k… Read More
  • AYAM KUKUS CARA HAINAN Tak semua orang suka makan Nasi Ayam Hainan dimana ayamnya dikukus bukan goreng. Salah satu insan tersebut, my other half aka UnclePali. Dia lebih rela switch ke makanan lain kalau tiada pilihan ayam goreng. Dia tak b… Read More
  • ORANG RAYA KITA PUN RAYA JUGAK Oleh kerana hari ini hari perayaan, maka Kjee dan Nadia pun sama-sama raikannya dengan membuat hidangan Nasi Tomato, Kurma Ayam dan Acar Rampai. Tapi jangan korang berlumba ke rumah Kjee sebab kami tak buat open house… Read More
  • AYAM MASAK HALIA DAN BAWANG PUTIH Apabila angin dalam badan dah banyak sangat berkumpul, Kjee suka masak lauk ni. Hiris halia muda dan bawang putih banyak-banyak. Tak sampai beberapa jam lepas makan, berebut-rebut angin keluar. Hehehe. Dulu Kjee pern… Read More

8 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Jee,
    tengok hidangan begini, orang yang sakit pun terus sembuh kakkkkk.....

    ReplyDelete
  2. rajin sungguh kak jee ye..tak sihat pun byk mknan yg di sediakan..kak jee mmg best!kak jee saya zuraida dari penang yg msg kak jee dulu..best bc blog kak jee ni...

    ReplyDelete
  3. Malass okeh nak komen.....balik Sedenak dulu lahh...nite, assalammualaikum.... ((keji betul, kerang kat mi kari tuu....sabarr jee lahh))...

    ReplyDelete
  4. wah...spesial nye mee kari tu...pulut mgga & durian...my favorite...i like...hbby saya mmg slalu beli durian kt situ kak jee...harga..reasonable..sedap..~ztee~

    ReplyDelete
  5. kakjee,

    cakap x berapa sehat tapi banyak tu menu terhasil...nampak sedap sungguh. terliur ni.lagi2 tang durian tu. sungguh menggoda

    ReplyDelete
  6. wow kak jee, terliur saya tengok.. nak try tapi ingredient kat sini takdak, takut jadi lain pulak.

    ReplyDelete
  7. menggodanye mee kari tu...meleleh air liur tgk..huhu

    ReplyDelete
  8. saya dh try mee kari nyonya resipi kak gee.....mmg sedap!! Simple and delicious...thanks k. gee...:)

    ReplyDelete