Lawatan pelajar2 UNIRAZAK ke MITI |
Dah dua tiga hari Kjee lalu depan bangunan Sultan Abdul Samad yang berdepan dengan Dataran Merdeka. Pekerja2 sedang sibuk pasang kemah untuk satu konsert DiRaja sepatutnya berlangsung Sabtu ini. Sampai satu sudut padang, Unclepali panjangkan leher dia. Kjee rasa pelik.
"Tengok apa tu abang?" tanya Kjee.
"Hah? Nak tengok kemah2 budak Uni yang sibuk sangat berhimpun nak desak Kerajaan hapuskan PTPTN," jawab Unclepali.
Kami nampak dua kemah kecik yang biasanya anak2 cacak kat tepi pantai. Pastu nampak tujuh atau lapan orang kameraman tengah mengelilingi satu kumpulan kecil orang.
Tapi lepas tu dah tak nampak apa lagi sebab trafiic lights dah hijau dan Unclepali kena drive cepat2.
Apa hal lah budak2 yang blogger politik gelar Mahasewel ni!! Anak Kjee pun Mahasiswa. Kjee tanya dia ada tak kengkawan dia setuju dengan sekelumit student yang berkumpul di Dataran Merdeka untuk desak PTPTN dihapuskan.
'Eh please...Nadia dan kawan2 tak rela mereka wakilkan kami!!!" jerit Nadia. Itu cerita dua hari lepas.
Tadi masa lunch di Ampang Point, Kjee bangkitkan lagi soal PTPTN ini. Pagi semalam Nadia meluru masuk bilik, tak sabar nak beritahu duit PTPTN sudah masuk!!
"Alhamdullilah. Kesian kawan2 Nadia," kata Kjee kepada Nadia. "Ya mama, makin lama makin lambat masuk duit PTPTN. Kawan2 Nadia kena ikat perut!" balasnya.
Hah itulah yang Kjee nak story kat sini. Harap2 ada di antara 'Mahasewel' yang baca entry Kjee ini. Sebenar2nya isu duit PTPTN lambat masuk akaun pelajar2 LEBIH PENTING daripada nak suruh Kerajaan memansuhkannya!!
Okay ini kisah anak Kjee dan kawan2nya yang belajar di IPTS iaitu UniRazak. Semester bermula Januari lepas. Semalam baru mereka dapat duit!! Bayangkan selama 4 bulan ini, apa mereka harus lakukan selain belajar?
"Sebilangan besar menagih simpati dari keluarga di kampung lah Mama. Tak tahu nak cakap macam mana tetapi kesian sangat kat mereka.
"Ada yang senang2 suruh kami kerja part time. Tetapi tidak semua student yang mampu melakukannya dengan bebanan tugasan yang bertimbun. Ada yang cuba kerja part time seperti di kedai makanan segera.
"Tetapi bayangkan, kelas kekadang habis pukul 8 malam. Kalau nak kerja part time, pukul berapa nak tidur, nak ulangkaji dan buat persediaan lain. Esok dah nak kena pergi kelas lagi!" kata Nadia.
So kengkawan Nadia memang marah sangat2 dengan PTPTN tetapi bukan marah dan mahu memberontak suruh Kerajaan mansuhkannya. Tetapi tolonglah percepatkan sedikit kemasukan pinjman ke dalam akaun mereka.
"Budak2 IPTS tidaklah semewah mereka di IPTA yang jugak buat pinjaman PTPTN. Yuran di IPTA jauh lebih murah dari IPTS. Kekadang duit berbaki untuk pelajar IPTS (dari pinjman PTPTN setiap semester) hanya cukup untuk makan, bayar sewa rumah dan tambang. Banyak kali juga tergelincir. Masa itu terpaksa call mak bapak minta tolong!" katanya lagi.
Menurut Nadia, budak IPTA terlalu mewah sampaikan boleh bertukar ganti handfon setiap sem. Mesti kata Nadia, ada orang kata kenapa tak masuk IPTA yang lebih murah!
"Well, bukan senang nak masuk IPTA. Semuanya bergantung pada nasib. Results SPM Nadia sama dengan my rakan sekolah dulu. Dia dapat masuk IPTA tetapi Nadia tak bernasib baik," katanya lagi.
So Kjee rasa sebilangan besar budak2 mahasiswa di luar sana akan berterima kasih kepada Kerajaan seandainya duit mereka cepat masuk supaya mereka dapat belajar dengan tenang.
"Tak payahlah nak hapuskan PTPTN. Belajar di menara gading bukan satu kewajipan yang harus ditanggung Kerajaan. Mereka (yang mahu ia dihapuskan), harus berterima kasih kerana selama 11 tahun mereka telah menikmati pelajaran percuma.
"Kita harus bertanggungjawab ke atas masa depan kita selepas 11 tahun itu. Kalau mahukan masa depan yang baik, kita harus keluarkan modal. Ada yang kata kenapa Kerajaan tidak boleh beri pelajaran percuma di peringkat Uni?
"Kalau mahu, pasti boleh tetapi Nadia rasa semua tahu apa jadi kepada Kerajaan Greece. Pelajarannya percuma sampai ke hujung langit tetapi akhirnya negara itu muflis!"
Kalau ada yang mahu perjuangkan nasib kengkawan mereka berkaitan PTPTN, yang pertama sekali harus desak agar kemasukan duit tidak lambat dan kedua, duit admin (pentadbiran) harus dihapuskan supaya tidak membebankan sangat pelajar.
Okay itu jer yang Kjee nak story. Nasib baik dapat interview budak yang tinggal serumah. Hehehe.
Setuju tuh kak jee..sepatutnya caj pentadbiran tuh yg dihapuskan..cekik darah betul..
ReplyDeleteTerbaek dari Kjee. Gua setuju PTPTN percepatkan bayaran dan bukannya dimansuhkan.. Sebabnya.., poket gua yang jadi mangsa adik2 gua bila duit tu lambat masuk.. Huhuhu..
ReplyDeleteGua pun sama MPP. Kopak sebab duit PTPTN anak lambat masuk.
ReplyDeletePsstt lu dah baca story dalam mstar pasal Maya Karin? cepat2 laa masuk meminang!! hehehe
salam kakjee..
ReplyDeletebudak obersi ni lagi best kjee..
3 bulan lebih awal dh dpt scolar..
beraya katak depa.. (gamaknyalah..)
harap2 lepas ni PTPTN akan bayar lebih awal..
bukan 3 bulan.. 3 hari sebelum sem bermula
pun jadilah kan.. kesian pulak dengar dorang kena ikat perut..
kenapa maya karin???tetiba nak nyampuk plak hahahah
ReplyDeletedh kaya sgt ke bdk2 U ni?......megong....dh ada jln senang nk dpt duit byr itu ini...boleh disuruh mansuhkan....mcm mana diaorg ni leh masuk U ni....akai tak da kaaa?
ReplyDeleteYang tak ada akai tu yang menyusahkan semua oranmg Zurina!
ReplyDeleteMohon share ye kak Jee...
ReplyDeletesepatutnya duit ptptn utk mereka yg betul2 tidak berkemampuan.Syarat utk meminjamnya begitu longgar.Akibatnya bila duit tu keluar ada yg menggunakannya utk bershopping dan enjoy .Klau pinjaman itu sendiri tidak di hargai .. bagaimana sikap utk membayarnya balik nanti ..Masa ank sy yg pertama blajar .. sy ingatkan wajib membuat pinjaman ptptn .Rupanya ianya adalah pilihan .Ank sy bukan main enjoy dgn duit nih .. shopping sakan .Melihat keadaan ini , utk anak ke dua sy nekad utk tidak membuat apa2 pinjaman ..biarlah perit sikit ...
ReplyDeleteSangat2 setuju. Ada pelajar yang joli katak dengan duit pinjaman.
ReplyDeletedia org suruh mansuhkan .. di gantikan dgn elaun .Mcm bebudak matrik dan asasi ..ok ler tu ..
ReplyDeletex jugak kjee, saya yang IPTA pon, cukup2 makan, n beli alat belajar jer.... mmg x dpt la merasa nak tukar2 hp ni semua, tapi alhamdulillah keluarga membantu....=)
ReplyDeleteanak saya pun belajar kat ipts sbb tawaran utk ipta tu x sama dgn kehendak dia.1st sem dapat PTPTN rm 5000.sem 2 terus dapat MARA sbb pointer cgpa melepasi target yg uni nak.alhamdulillah now dah habis belajar.pinjam mara RM52000 tapi kena bayar balik 10% je sbb cgpanya tinggi.pinjam kata2 dari pegawai kat kementerian tu...."kita bagi pengurangan sbb dia memang layak dapat macam tu.dia dah berusaha dan dia berjaya."
ReplyDeleteAs Salam.
ReplyDeleteSaya terpanggil untuk menjawab berkaitan kelewatan pembayaran PTPTN. Sebagai pegawai yang menguruskan pinjaman pelajar di salah sebuah IPTS, saya rasakan tidak timbul masaalah tentang kelewatan bayaran kerana setiap IPTA dan IPTS mempunyai jadual penghantaran keputusan peperiksaan pelajar serta tarikh proses bayaran. Jadual ini perlulah diikuti oleh pegawai yang menguruskan pinjaman di IPT bagi mengelak sebarang kelewatan bayaran kepada pelajar. Pegawai yang menguruskan pinjaman di setiap IPT juga perlu memaklumkan kepada pelajar tentang tarikh-tarikh tersebut. Sepanjang tempoh saya bertugas menguruskan pinjaman pelajar belum pernah timbul masalah kelewatan bayaran kerana kami sentiasa memastikan mengikut jadual yang ditetapkan. Bagi IPT yang membuat potongan Direct Debit untuk bayaran yuran pengajian juga akan dimaklumkan oleh pihak PTPTN kepada pegawai pinjaman IPT, tarikh untuk penghantaran potongan bayaran yang akan dibuat kepada bank yang terlibat.
Wassalam.
-Z-
Salam,
ReplyDeletePTPTN masuk lambat. Saya pernah rasa.. 3 bulan x bayar sewa rumah, terpaksa pohon bantuan zakat. Makan sehari sekali. Tapi apa pun dengan adanya PTPTN saya telah berjaya! Tak boleh nak bayangkan dimanakah saya berada kalau tak dapat pinjaman tu dulu. Terima kasih PTPTN!
kjee.... saya nak tahu la... berapa result pointer yg perlu untuk dapat kurangkan pembayaran balik ptptn? saya cari tak jumpa2 pun... dia mesti ada klau pointer gini ada percent pmotongan byar balik kan..
ReplyDeletecomment kat aiem hebatz ye kjee...
Salam hazim. Kalau tak silap kjee, perlu cgpa 3.75 keatas. Selain itu, tak ada cara lain. Tq.
ReplyDeletekak jee....mmg sya rasa nk jer blik malysia ketuk kepala2 bdk yg nk suh mansuhkn ptptn tu....kalu xkrn ptptn xmungkin sya dpt sambung blaja dulu....xmungkin sya brjaya ketahap tu...tapi sya xsuka nyer satu jer caj byaran utk perkhidmatan tu tinggi sgt.....bkn sume ank2 melayu mampu ke ipta&ipts dgn duit sndiri kalu x krn ptptn....
ReplyDeletesalam.saya juga merupakan student unirazak.isu pembayaran duit ptptn ni memang dah jadi lumrah bagi kami.tapi bagi saya bukan kerana ptptn tu tapi pihak management u itu sendiri yang menjadi masalah.kadang2 ada rumour di kalangan kami duit dah dapat,tapi masih lagi pihak u tahan.management uni pun harus perbaiki masalah camni.susah la masuk sem baru je nk kena pk duit nak pkai.
ReplyDelete