DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, May 30, 2012

MUDAH JER BUAT CILI JERUK





Kalau makan mi atau mihun atau kwayteow goreng, kalau tak ada cili jeruk, rasa tak lengkap. Betul tak? Sekarang ni dah tak ramai peniaga yang hidangkan cili jeruk. Kalau kita mintak, diberikan cili merah atau cili padi yang dibubuh kicap cair.


Apapun, Kjee lebih berselera kalau makan mi goreng dan yang sewaktu dengannya bersama cili jeruk. Nak buat bukanlah susah, tapi peniaga sekarang dah tak kuasa melayan. Mungkin satu hari nanti akan pupus cili jeruk ni dari muka bumi. Ewah. Hehehe.

Masa Kjee meniaga dulu, Kjee main taram jer buat cili jeruk. Kjee potong cili hijau, lepas tu Kjee curah air panas, bubuh cuka sikit. Siap. Tak sampai dua hari, mulalah timbul selaput di bahagian permukaan air cili jeruk tu. Kekadang Kjee buang jer bila air bertukar warna.

Lama jugak Kjee guna kaedah itu. Tak ada pun orang complain sehinggalah Chef Yang Jamil singgah gerai Kjee satu ketika dulu.

Dia tanya. "Ni kau buat ker?" Kjee dengan senyum lebar mengaku. "Yelah...sapa lagi?" Dia jawab "Hampeh!! Penang Fried Kwayteow kau memang sedap tapi bab cili jeruk, kau gagal!!!" Terkejut giler Kjee.

"Mai aku ajar hang buat cara yang betul!" Maka sejak itu Kjee guna resipi Chef Yang Jamil. Terima kasih Chef. 

Kjee tak pernah bodoh sombong. Kalau ada orang beri tips macam mana nak masak lebih sedap, Kjee memang suka follow. 

Ini cara Chef Yang Jamil ajar Kjee. Belilah dalam setengah kilo cili hijau yang segar bugar. Cili api yang hijau pun sedap jugak. Tapi potong kasar2. Kekadang kalau maleh, potong dua atau biarkan sebiji sebiji. Cili hijau pulak harus yang kilat2 dan kalau dipicit keras lagi. Maknnya ia segar. 

Kjee pilih sebiji sebiji masa pergi pasar borong. Tukang jual jeling jer tapi Kjee tak ambil kesah. Biar penat asalkan orang makan puas hati. 

Pastu potong atau hiris bulat2. Tak payah halus2. Kasar2 jer. Tapi janganlah kasar sangat. Lepas potong, buang bijinya. Kjee buat cara ni. Kjee rendam seketika dalam bekas plastik. Pastu Kjee kaup perlahan2 tinggalkan biji cili.

Selepas itu, keringkan cili tu. Letak atas surat khabar dan biarkan airnya kering sejam dua. Apabila sudah pasti ia sudah kering betul2, masukkannya ke dalam botol atau balang kaca. Balang plastik pun okay jugaklah.

Semua foto di google


Masukkan gula (untuk ½ kilo cili hijau, Kjee letak kira2 dua sudu besar gula), sedikit garam dan tuangkan cuka masak sehingga menutup paras cili. Tunggu dua jam, cili itu dah okay untuk makan.

Cili jeruk cam ni tahan sampai dua minggu (tak payah simpan dalam fridge) kekadang lebih dengan syarat korang tak habiskan. Insya allah tak berkulat. Cuba le try. Makan ngan mi kari, mi sup atau mi goreng. Fuhhh best lah.

Tuesday, May 29, 2012

MINYAK KASTURI SYI'FA




Sesiapa yang sukar untuk mendapatkan minyak Kasturi Syi'fa, kini boleh hubungi Kjee. Harganya RM35. Pos laju di Semenanjung Malaysia ialah RM6. Untuk Sabah dan Sarawak, RM8.



Boleh sms Kjee di 0126780501 atau email fauziah.samad@gmail.com.

Kalau nak tahu khasiat minyak tersebut,  klik sini 

Insya Allah jika digunakan secara disarankan, boleh jauhi gangguan2 yang tidak diingini. Elok untuk mereka yang mempunyai anak2 kecil yang seringkali terganggu tidur malamnya. Jugak untuk ibu2 bapak2 adik2 abang2 makcik2 pakcik2 yang seringkali jugak terganggu tidurnya ekoran mimpi ngeri dan yang sewaktu dengannya.

Peraturan penggunaannya ada disertakan didalam kotak.

CLUB SANDWICH FOR BRUNCH




Hari ini tak berapa sihat. Jadi untuk breakfast, Kjee buat club sandwich jer agar tahan kenyang sampai petang sikit. So selamatlah kudrat sikit. My breakfast jadi Brunch - breakfast + lunch.

Malam tadi balik dari dinner, Unclepali singgah di pam minyak Petronas. Kjee suruh dia intai kalau ada roti gardenia seeds and grains. Tapi dia beli roti butterscotch. Kjee memang tak pernah try jenis ini. Tapi baunya macam harum. Harga RM4.20.

So tadi Kjee keluarkan smoke salmon atau ikan salmon salai dan juga lean beef (Jangan bimbang. Dua2 halal) dan prepare club sandwich. Unclepali tolong grill roti butterscotch. Sejak suka makan roti yang dibakar atas grill pan, kami dah tak pandang bread toaster lagi. Hehehe.

Selain Kjee lapiskan dengan smoke salmon dan lean beef (Unclepali grill sikit sebab dia memang kureng sikit bab yang dah tersedia disalai), cheddar cheese dan salad. 




Dah settle dah brunch dengan 1 mug Cameron Highlands Strawberry Flavored tea. Kalau ditanya memanglah kenyang. Maunya tak kenyang kan? Anyway, breakfast kena makan kenyang2. Pastu kalau skip lunch, dinner kul 6, okaylah tu.

Lepas ngap sandwich, Kjee teringat buah mangga (mempelam) yang beli di Taman Melawati semalam. Tiga kilo RM10. Kjee suruh Unclepali pilih yang 'berkarat' sedikit sebab ada orang kata, gerenti manis. Memang sungguh!!!

Lepas ni nak rehat jap. Cuaca di luar mendung. So hari ni kensel nak cuci baju.



Monday, May 28, 2012

ENGKU EMRAN BERI JAWAPAN YANG SEMUA NAK TAHU


foto google


Tak habis2 orang bercerita mengenai rumahtangga Erra Fazira. Antara kisah yang didengar, ada yang sudah terserempak dengan Engku Emran dengan seorang wanita lain. Khabarnya, kecil molek orangnya. Dan daripada hubungan dan body language yang agak intim, persoalannya siapakah wanita itu?

Yang terbaru, Erra khabarnya sudah buat kenyataan di sebuah akhbar mingguan (Kjee tak pasti yang mana satu sebab sejak akahir2 ni dah tak beli akhbar mingguan) kononnya dia masih isteri yang sah kepada Engku Emran.

Alhamdullilah. Bukan korang jer happy dengar. Kjee pun sama tumpang happy.

Anyway, semalam Kjee dapat satu email dari seorang insan yang Kjee rasa memang peminat setia Erra dan Engku Emran. Dia siap screen capture emailkan twitter yang menjadi seribu satu persoalan. Twitter milik akaun Engku Emran.

Korang tengoklak sendiri twitter tersebut. Antara kandungannya, Engku Emran memberi jawapan penuh teka teki apabila ditanya betulkah kisah2 yang tersebar kononnya dia sudah berkahwin lain.

"Alhamdullilah. Kalau betul apa salahnya. Janji adil dan saksama. Yang penting jujur. Semoga abang dan Kak Erra dapat baby boy soon." 

Hehehe dah puas hati semua yang nak tahu tu?




Restoran Silverpot Steamboat




Engku Emran kini seorang pengusaha restoran steamboat di Taman Tun Dr Ismail. Dia uruskan bersama seorang rakan kongsi. Nama restoran tu, Silverpot Steamboat. Bolehlah nampaknya Erra tolong promokan restoran suaminya tu nanti kan.





SHARIFAH AINI CUTI 5 JAM UNTUK BERSAMA MENTOR 6!

ehsan google
Terkejut malam tadi apabila Kjee tengok Datuk Sharifah Aini muncul sebagai juri tetap profesyenal untuk rancangan Mentor 6. Datuk dah keluar hospital ker sebab Kjee baru saja cadang nak melawat beliau bersama kawan baik Kjee, Aishah Ali esok.




Rupa2nya Datuk Sharifah Aini telah 'mengambil cuti' selama 5 jam semata2 kerana 'kasihkan anak2 beliau' yang berentap dalam Mentor 6! Itu katanya hanya di akhir rancangan!!

Sedih sangat Kjee apabila tengok pergelangan tangan Datuk ada 'tag' yang selalunya diikatkan kalau kita masuk hospital. Dan sebelah tangan kirinya pulak, masih ada jarum melekat. Aduhhh sedih sangat2.

But Like A True Professional, Datuk Sharifah Aini tetap maintain penampilannya walaupun tidak sihat. Agaknya selepas tamat rancangan itu, beliau terus dikejarkan semula ke Hospital Pakar Damansara.

Mudah2an Datuk Sharifah Aini segera sembuh. Dan tak perlu lagi 'mintak cuti' dari Hospital tersebut minggu depan ya. Insya Allah. Ameeen,


Saturday, May 26, 2012

MILIK SIAPAKAH HADIAH LUMAYAN SUPER SPONTAN JUMAAT DEPAN?


Yang pasti bukan Nana

Milik mereka?


Enjoy sangat2 tengok Super Spontan malam tadi. Dah hampir separuh jalan baru sedar boleh tonton di channel 134 HD kalau ada Astro Beyond. Nasib baik ada. Ala tak banyak pun bezanya antara HD dengan tidak kan?





Anyway, Kjee enjoy sangat2 sebab kumpulan Beruang Comel menang. Bukanlah Kjee peminat setia mereka tetapi at last ada jugak mereka menang pertandingan mingguan setelah 4 minggu bertarung dan dihina oleh Amir kemetot tu,.

Yang Kjee pelik ialah, apakah setiap peserta dalam dua2 kumpulan itu, tidak tahu bagaimana game itu dimainkan. Apabila Nana dah kena singkir barulah Harun Salim Bachik bagitahu yang mereka seharusnya menyingkirkan peserta yang kuat.

Suhaimi atau Tauke atau Rahim?


Ini bermakna, kehadiran Zizan dari Angsa Ganas dan juga Johan dari Beruang Comel sahaja yang akan bertarung di final. Peserta lain hanya nak cukupkan kuota atau korum. Atau dalam bahasa surat khabar, 'penyendal jer'.

Kjee rasa ada tangan2 ghaib yang mainkan peranan sehinggakan mungkin peserta semua tidak sedar, harapan mereka untuk melangkah ke tangga juara lebih senang kalau Johan dan/atau Zizan tidak masuk final. Tanpa Zizan dan Johan, Kjee rasa semua peserta lain ada peluang untuk jadi juara.

Apapun, tahniah kepada sesiapa jua yang terfikir idea untuk buat pertandingan ini walaupun Kjee tahu ia bukan original tetapi diciplak dari rancangan WHOSE LINE IS THIS ANYWAY yang pernah disiarkan dalam Astro Star World. Sama tapi tak serupa sebab telah dimasukkan belacan dan budu dan tempoyak.

atau Ropie?


Tahniah kepada Zizan, Johan, Rahim, Tauke, Suhaimi dan Ropie kerana anda semua sudah cukup hampir untuk membawa pulang hadiah tunai RM100,000 dan kereta Toyota Camry. Walaupun, semua tahu pemenangnya adalah antara Zizan dan Johan, namun janganlah perlekehkan untung nasib peserta lain.

Anything can happen at the last minute. Allah itu Maha Besar.


GROUP BASE ALA2 MISTERI NUSANTARA



Pokok besar yang agak menyeramkan
Siapa sangka belakang pokok2 ini ada restoran yang hebat


Kjee memang suka pergi ke restoran yang menjual pelbagai jenis makanan. Ada Chinese, Thai, Melayu dan juga India. Senang kan? Tiap kali pergi kita boleh rasa pelbagai jenis makanan. Tak perlu pening cari kedai2 lain. Yang penting halal dan sedap.

Walaupun sekarang ini terdapat banyak kedai Chinese Muslim tetapi bukan semuanya sedap. Kjee dah banyak try dan daripada 5 misalnya, hanya 1 sahaja kot yang Kjee betul2 puas hati. Kejam kan?



Anyway, Kjee pernah dengar pasal restoran Group Base (sekarang dah tukar jadi Thai Base) di Sri Damansara. Jangan tanya alamat sebab Kjee pun redah jer. Sabtu lepas ketika Angel kata nak ajak Kjee dan Mazidul gi Group Base, dia bagitaulah landmarknya. Belakang Maybank Sri Damansara.

Kjee ni pulak dah terbiasa masa jadi wartawan dulu, kalau tempat tu Kjee tak kenal, maka sehari sebelum tu, Kjee roundlah cari. Bukan apa. Cara ini kita taklah meraba2 dalam gelap. Jadi wartawan dulu tak boleh buang masa cari lokasi assisgnment.

And then masa pergi round ngan Unclepali Jumaat sebelum dinner malam minggu itu, Kjee punyalah pandang betul2 cari restoran tu tapi tak jumpa. So Unclepali round sekali lagi. Kemudian ternampak orang keluar dari satu deretan kedai.

Depan kedai tu semacam punya misteri nusantara. Ada pokok besar dan tinggi dengan pohon2 dedaun menutup depan kedai itu. Macam kedai yang lama sudah ditinggalkan sehingga pokok dan pohon2 nya tumbuh meliar.

Tetapi rupa2nya itulah Group Base!! Kjee tahu apabila pandang kat puncak pokok tu dan tertera kat bahagian atas kedai itu!! Pelik betullah. Agaknya itulah yang bawak 'ong' pada Group Base. Ada seorang kawan Kjee kata restoran itu milik seorang Cina Muslim.

Ini dinner di sana malam minggu lepas





Malam minggu lalu, kami makan berbelas jenis lauk pauk. Tetapi kawan2 Kjee kata, Mi Kari situ TERBAEK. Tapi masa pergi semalam, tak tahu kenapa Kjee order Nasi Goreng Cina dan Unclepali order Nasi Goreng Kampung. Kemudian Kjee nampak pelbagai jenis cake dipamerkan kat situ. Dan Kjee pilih sepotong Mango Cheese Cake.

Mango Cheesecake yang sedap sangat


Nasi Goreng Kampung

Nasi Goreng Cina


Kedua2 nasi goreng yang kami order memang sedap. Malah, Kjee yang memang tak kuat makan nasi (biasanya setengah pinggan pun susah nak habis), boleh habis lebih sikit dari setengah pinggan! Maknanya sedaplah tu.

Mango Cheese cake dia memang superb! Harga sepotong RM6.80. Rasanya lebih mahal daripada itu.

Masa makan nasi goreng, Kjee pandang meja berhampiran. Ada budak makan Mi Wantan dan seorang lagi makan mi Hokkien. Alamak jelesnya. Masa tu terfikir. Dalam banyak2 makanan yang dihidangkan, kenapalah aku pilih nasi goreng Cina.

No problem. Lain kali boleh datang lagi. Itu sudah pasti.

Kalau nak jamu selera dalam suasana lebih selesa, naiklah ke tingkat atas macam Kjee pergi malam minggu lalu. Ada aircon dan selesa. Bahagian bawah ala2 kedai kopi Cina dulu2, masa Kjee kecik.

Tengah makan, Kjee terlanggar sesuatu bawah meja. Kjee pandang. Alamak, meja yang Kjee makan tu ala2 mesin jahit Singer antik. Siap apa 'pedal' sekali. (Lihat gambar).

Menarik yer



Lain kali ke sana, nak try makanan lain pulak. Tapi awas. Parking amat2 susah dan restoran ini sentiasa sarat barat dengan pelanggan pelbagai kaum. Buka dari 8 pagi hingga 11 malam. Menunya bertukar2. Breakfas lain, lunch lain, tea time lain dan malam jugak lain.

Friday, May 25, 2012

LIHATLAH HASIL TANGAN UNCLEPALI

Hari ini Kjee nak bawak korang masuk kebun Kjee yang tak sampai sekangkang monkey di sekeliling rumah Kjee di Sungai Pelong. Inilah hasil kerajinan my Chenta Hati, Unclepali. Buat secara main2 tetapi lihatlah donia, hasilnya!!


Patutlah tiap pagi dan petang, Unclepali habiskan banyak masa siram pokok. Berbaloi baloi rupa2nya. Hehehe. Yang Unclepali tak snap ialah pokok limau purut, pisang tanduk, serai, lengkuas dan daun pandan. 

Sekarang ni kalau setakat nak masak asam pedas, no hal punya. 


Daun Kesom - lebat kan?!!!

Pokok Kari

Selasih

Durian Belanda
Pokok Gajus

Cili Padi

Cili Padi

Timun

anak pokok kacang botor
Bendi

Kacang Buncis

Belimbing Besi
Limau Kasturi

Thursday, May 24, 2012

MAJLIS QIAMULLAIL UNTUK INSAN SENI YANG TELAH PERGI

Astro Oasis Ajak Ke Majlis Tahlil Esok
Izelan Basar
PETALING JAYA: Sempena memperingati insan-insan seni yang telah meninggal dunia, Astro Oasis akan menganjurkan majlis tahlil dan Qiamullail pada Jumaat ini (esok).
Ia akan diadakan pada pukul 7 malam di Masjid As-Syakirin, KLCC.
Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, melihat kepada sambutan yang diterima terhadap beberapa siri majlis Qiamullail yang dianjurkan sebelum ini, ia membuatkan pihaknya ingin menjadikannya sebagai acara tahunan.
"Pihak kami dapat melihat kesungguhan masyarakat untuk turut serta dalam aktiviti keagamaan dan kerohanian seumpama ini.
"Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, kami berharap penyertaan orang ramai untuk majlis kali ini akan bertambah," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online yang dikeluarkan di sini, Rabu.
Tambah Izelan, penganjuran majlis ini diharap mampu memupuk semangat mencintai masjid di kalangan masyarakat terutama golongan muda.
"Di samping memperingati pemergian insan-insan seni yang telah kembali ke Rahmatullah, kami juga berharap agar usaha murni yang dianjurkan ini mampu memberikan kesedaran kepada anggota masyarakat tentang iktikaf di masjid dan Qiamullail yang boleh diteruskan secara individu dan istiqamah selepas ini," ujarnya yang mengundang seluruh umat Islam menyertaimnya.
Majlis akan dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah yang akan diimamkan oleh Imam Masjid Asy-Syakirin dan disusuli dengan majlis tahlil dan bacaan surah Yasin.
Selepas solat Isyak, sebuah sesi tazkirah oleh Imam Muda Arrazi akan diadakan.
Kemuncak program ini adalah sekitar pukul 3 pagi untuk melaksanakan solat tahajud yang dipimpin oleh Imam Muda Aran dan Imam Muda Hassan dan akan berakhir selepas solat Subuh. - mstar online

SKIM RM464. CARA JADI INSAN ber'UANG'!

If they can, we also can!







ASSALAMULAIKUM..INI BUKAN IKLAN BERBAYAR!!!
Pernah tak korang dengar pasal ACTIVE INCOME dan PASSIVE INCOME? 














Active income itu adalah gaji yang korang terima apabila bekerja. Setelah berpuluh2 tahun bekerja dengan mendapat income atau pendapatan yang cukup selesa, tiba2 setelah pencen, anda mendapati income itu tiada lagi. Apa harus anda lakukan? 

Segera laburkan duit KWSP buat bisnes tangkap muat semata2 kerana nak 'beranakkan duit' itu? Kjee ada seorang kawan yang laburkan semua RM80,000 duit simpanannya dalam KWSP untuk meniaga makanan. Ini adalah kerana dia dengar kalau meniaga makan, hari2 boleh dapat cash money.

Malangnya, setelah 3 bulan, meniaganya lingkup. Ala2 meniaga 'buluh kasap'. Untung tiada, modal lesap! Menangis tak berlagu. Tapi nak buat macam mana?

Kalau tak meniaga, patutkan anda menanggung risiko main saham dengan duit itu? Pandai ke nak main saham? Kalau rasa tak pandai, baik jangan bermain api. Risikonya tinggi dan boleh jadi sewel dalam sekelip mata!

Kerana itulah kita semua kena pasang telinga. Kita kena cari passive income iaitu pendapatan yang boleh kita perolehi tanpa banyak modal DAN IA BERTERUSAN. Tetapi dalam pada itu, kena usaha. Jangan duduk diam, goyang kaki dan harap duit datang menggolek.

Seorang rakan Kjee yang pergi ke Indonesia baru2 ini untuk menghadiri satu convention memberitahu, mereka (orang Indonesia) yang menghadiri konvensyen itu begitu berkobar2. "Ngak perlu kejar uang (wang). Harus uang kejar kita".



Apa caranya untuk Uang kejar kita? Kjee baru dapat tahu malam tadi. Terkejut Kjee dengan hanya bermodalkan uang sebanyak RM464 setiap bulan, kita bakal menjadi manusia ber'UANG'!!! 

Kenapa korang ketawa? Korang tak nak ke menjadi insan ber'uang' dalam jangkamasa yang korang sendiri tetapkan. Ini boleh berlaku dalam masa seminggu, dua minggu, sebulan, mahupun setahun! You are your own boss man! Korang tetapkan sendiri. Nak cepat ataupun lambat hidup penuh keselesaan!!

Apakah ini bisnes Labu peram ala Pak Man Telo? Isyh isyh isyh, no no no. Itu bisnes haram. Yang Kjee ceritakan ini bisnes halal dan toyyibban. 

Kjee dah dua tahun pencen. Duit simpanan Kjee dalam KWSP taklah lumayan sangat sebab Kjee hanya bekerja sepenuh masa selama lebih kurang 12 tahun. Yang lain semua kerja ala2 ada kerja ada gaji yang tiada potongan KWSP. So pepaham jer lah kan? Dapat sikit lesapnya pasti cepat. Hehehe.

Umur dah melebih setengah abad ni, dah tak selera lagi majikan nak bagi kerja. So macam mana Kjee nak hidup 10 tahun lagi? Nak harapkan anak yang sorang tu support bila dia dah kerja nanti? Isyhhh tak sanggup rasanya. Kalau dia support jugak, sampai bila? Dia pun nak start keluarganya sendiri nanti. Betul tak?

So, apabila Kjee diperkenalkan dengan skim RM464 ini, Kjee sangat2 teruja. Sebulan RM464 jer babe. Bulan kedua tolak RM10 jadi RM454. Bulan ketiga tolak lagi RM30, korang cuma bayar RM434. Kemudian bulan ke-4, tolak lagi RM40, so korang hanya bayar RM424. Bulan ke-5, baru start balik bayar RM464.

Tak faham sistem tolak menolak ni? Hah kalau nak faham, kita kena duduk sama2. Biar korang dengar Kjee story lebih lanjut. Dua jam jer Kjee story sambil minum teh free dua cawan, korang pasti faham. 

Menurut apa yang Kjee belajar tadi, dengan hanya susun strategi dan ajak atau kumpulkan 12 orang kawan sahaja, Kjee boleh peroleh pendapatan bulanan RM13,xxx.00 sebulan!!

Korang tak minat ker? Tak minat tak kesah. Tapi Kjee minat sangat2 sebab kerja ni tak susah. Orang separa OKU macam Kjee ni pun boleh lakukan. Kalau korang tak nak buat full time, buat jer part time. Mustahil korang tak ada 12 orang kawan kan?

Kalau korang minat, jom join Kjee. Boleh kol atau sms 0126780501. Atau email fauziah.samad@gmail.com.

Tak payah tunggu lagi. Tapi kalau korang dah selesa dengan ACTIVE INCOME dan tak perlukan PASSIVE INCOME, tak dapat den nak nolong. 

WALAIKUMSALAM


Wednesday, May 23, 2012

JOM TAMBAH SAHAM UNTUK AKHIRAT









Musim itu sudah hampir tiba. Musim yang kita nanti2kan iaitu bulan2 menjelang Ramadhan Al Mubarak. Ketika inilah kita harus mempergiatkan amalan dan jugak sedekah sebagai saham kita di sana nanti.






Kjee tak tahu samada korang sedar akan kehadiran satu kumpulan insan berhati mulia yang telah bergerak cergas membuatkan ramai anak2 yatim mengenepikan kesedihan dan kesunyian menjelang Hari Raya. Mungkin terlalu sukar untuk membuat anak2 yang sudah kehilangan tempat bermanja, melupakan ibu atau ayah yang telah pergi. Tetapi memang ada cara yang boleh membuatkan mereka sedikit gembira.

Hari Raya untuk anak2 yang dibawah umur bererti baju baru, kuih raya dah duit raya. Itulah mungkin yang mereka nikmati ketika ibu dan ayah masih hidup.

Tiba2 setelah ibu dan ayah tiada, kehidupan mereka bertukar dan mungkin mereka dijadikan penghuni rumah anak yatim. Kebiasaannya (maaf jika Kjee salah), anak2 yatim di rumah2 anak yatim persendirian ataupun dibantu Kerajaan akan menerima banyak sumbangan pakaian menjelang Raya.

Tetapi sedihnya, sebilangan besar pakaian yang mereka terima adalah pakaian terpakai atau baju second hand yang didermakan orang sebab anak2 mereka tidak lagi boleh memakainya. Pakaian itu tidaklah lusuh dan memang boleh dipakai lagi. Terima kasih kepada mereka yang sudi menderma.

Bagaimanapun, tidakkah pernah terlintas di hati sanubari kita, seandainya anak2 kita pulak di usia sama menjadi anak2 yatim. Apakah mereka akan bergembira sekiranya memakai pakaian second hand di pagi Raya? Mereka pasti tidak mahukan pakaian Raya berjenama untuk disarungkan di pagi Raya. Yang penting ia pakaian yang baru seperti mana dibeli atau dijahitkan ibu ketika ibu dan ayah masih ada.

Justru, menyedari betapa kita yang berkemampuan lebih sedikit, maka tertubuhlah kumpulan ini yang menggelarkan diri mereka TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA. Mereka kembali lagi untuk tahun 2012.

Dibawah ini adalah rayuan dari TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA untuk diwar2kan kepada dermawan2 semua. Segala sumbangan baju hendaklah dibuat terus kepada alamat dibawah sekali. 

Harap2 saudara/saudari bloggers semua dapat sama2 menyertai kempen yang dijalankan oleh TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA. War2kanlah dalam blog anda. Insya Allah, segala usaha kita kan diberkati Allah swt.






PENGENALAN
Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata (Team SBBMSAM) adalah gerakan kasih sayang yang unik dan prihatin daripada kalangan rakan maya facebook dari seluruh dunia.

Team ini menjalankan kerja sukarela bagi mengumpul sumbangan Baju Melayu Lelaki / Baju Kurung Perempuan yang BARU untuk disumbangkan kepada Rumah Anak-anak Yatim, Rumah Perlindungan Warga Emas, Pelajar Miskin dan Asnaf di sekolah-sekolah terpilih seluruh Malaysia.

Program ini adalah aktiviti kebajikan dan bukan bertujuan untuk mencari keuntungan.
Team ini bermula pada tahun 2010 kemudian diteruskan pada 2011. Kini atas sokongan berterusan rakan-rakan facebook yang prihatin dan berhati mulia, telah memasuki tahun ke tiga (2012).


Gembiranya anak2 yatim ini terima sumbangan baju baru untuk Hari Raya

Encik Ahmad Saabun bertemu anak2 yatim yang menerima sumbangan 





TUJUAN DAN MATLAMAT
Mengumpul sumbangan pakaian hari raya daripada rakan-rakan facebook berdasarkan keperluan darpadai sasaran yang akan diputuskan nanti.

Memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk sama-sama beramal jariah menjelang Ramadan dan Aidilfitri akan datang bagi membantu pelajar miskin dari sekolah dan rumah anak yatim yang terpilih untuk mendapat sepersalinan baju raya menjelang sambutan Aidilfitri

URUS SETIA
Team ini dikendali oleh satu urus setia yang komited menjalankan tugas pada luar masa pejabat.

KAEDAH DAN CARA
Melalui pages Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata dan laman web rasmi www.sehelaibaju.com kami dari masa ke semasa akan menguar-uarkan keperluan baju-baju tersebut berserta dengan saiz dan ukuran baju-baju yang diperlukan.

Bagi individu yang ingin menyumbang adalah digalakkan merujuk kepada saiz-saiz yang dipaparkan di laman web kami sebelum membeli pakaian berkenaan.

Semua bungkusan pakaian yang walaupun sehelai, hendaklah dipos ke alamat urus setia seperti di bawah:

TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
D/A: Tuan Norakmal bt Abdullah)
Royale Millennium (M) Sdn Bhd
No 551, Tingkat 3, Wisma DMG,
Jalan Samudera Utara 1
Taman Samudera
68100 BATU CAVES SELANGOR
Tel. : 603-6186 3949 (waktu pejabat) atau

No telefon urus setia untuk dihubungi:
Ahmad Saabun: 016-2151192
Harif@NagaTimur: 013-2275450/017-6086987/018-2036320
Norakmal Abdullah: 019-3652834
Mohd Rozmie (JimieRay): 012-4982295

TEMPOH KEMPEN
Bagi tahun ini kempen bermula dari 20hb Mei 2012 hingga 10 Ogos 2012.
Kiriman yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dapat diserahkan kepada penerima memandangkan telah begitu hampir dengan tarikh sambutan Aidilfitri

PENAFIAN
Kami sama sekali tidak menerima kiriman BAJU TERPAKAI dan WANG TUNAI.

Semoga usaha kecili kita ini akan memberi sinar gembira buat insan-inisan yang amat memerlukan pakaian baru untuk Aidilfitri. Bagi kami tiada maknanya kita seisi keluarga bergembira sedangkan pada masa sama masih ada insan lain yang bernasib malang...

Kirimlah walau sehelai pakaian baru untuk mereka.
Semestinya keperihatinan anda itu akan menambah saham akhirat anda, insyaAllah.

Sila layari www.SehelaiBaju.com untuk maklumat lanjut.

KEMELUT RUMAHTANGGA ADI PUTRA MACAM DALAM DRAMA?

Adi dan isteri - foto mstar



Baru hari tu Kjee dah nak tulis. kenapalah si Adi Putra ni buat institusi rumahtangganya macam dalam drama yang dilakonkan? Kejap failkan cerai, kejap tarik balik. Samalah juga macam si pemain bolasepak fofular yang ntah apa ke nama, tak kuasa nak gi google.

Teringat Kjee satu masa dulu ketika Kjee tengah nak shooting satu drama. Kalau tak silap Kjee, judulnya Pelamin Untuk Ayah, arahan Zainal Othman. Pelakonnya Zulkiflee Zain, Anina Ahmad B dan Kjee. Dalam drama itu, ada adegan Zulkiflee Zain bernikah dengan Ainina.

Production Manager drama itu disuruh mencari seorang lelaki (pelakon tambahan) untuk bawak watak Tukang Nikah. Pada hari shooting adegan itu, dia bawak seorang Jurunikah yang original. Pak Haji tu gamaknya yang teringin nak berlakon dan sanggup jadi jurunikah dalam drama itu.

Bagaimananpun, masa dia duduk berdepan dengan pengantin lelaki (Zulkiflee Zain), tetiba Pak Haji tu nampak risau sangat2. Dia berbisik kepada teman2 pelakon tambahan yang datang bersamanya.

"Eh pelakon ni guna nama dia sebenar atau nama dalam drama?" Kawan2nya yang jugak tak tahu apa benda tencenggang2.

Kemudian Pak Haji tu kuatkan suara dan bertanya Zulkiflee Zain.

"Eh awak ni bukan guna nama betul yer untuk 'menikah' ni? Si 'pengantin' perempuan ni masih anak dara lagi. Manalah tahu, nanti tiba2 dia jadi isteri awak!" kata Pak Haji tu.

Kami semua ketawa. Pengarah terus mencelah.

"Eh nama rekaan Pak Haji. Nama dalam lakonan saja. Kenapa?" Tanya Pengarah Zainal Othman.

Pak Haji tu kata dia takut nanti 'ternikahkan' Zulkiflee Zain dan Ainina Ahmad B. Kami semua ketawa lagi. Zulkiflee Zain dan Ainina terus tunjukkan IC masing2. Nama yang digunakan adalah nama lakonan sahaja. 

Berbalik kepada aktor Adi Putra dan isterinya. Adi mengejutkan semua apabila dia memfailkan perceraiannya terhadap isterinya di Mahkamah Syariah selang beberapa hari selepas kembali dari mengerjakan Umrah. Alasan yang diberikan ialah tiada persefahaman.

Tak sampai beberapa hari kemudian, dia tarik balik permohonan itu kononnya kerana dia tersilap percaturan. Sepatutnya dia memohon untuk diberi kaunselling dulu. Dan semalam dia buat sidang akhbar yang senarionya, korang bacalah sendiri di bawah.

Janganlah campur adukkan realiti kehidupan dengan lakonan wahai Adi.

Ini berita Kjee copy paste dari mstar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KUALA LUMPUR: Pelakon Adi Putra menyifatkan masalah rumah tangga yang melanda dalam kehidupannya dengan isteri, Zuhaida Yusof (Aida), 37, seperti sebuah drama yang sering dilakonkan tetapi ia adalah realiti kehidupan sebenar.
Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 31, berkata, dia bersyukur kerana cepat menyedari tentang kesan yang akan berlaku sekiranya tidak menarik balik kes cerai yang difailkan pada 11 Mei lalu.
"Saya anggap keputusan menarik balik kes cerai terhadap isteri adalah satu keajaiban. Alhamdulillah kami sedar bahawa rumah tangga yang dibina perlu diteruskan dan kami masih memerlukan di antara satu sama lain.
"Terasa macam drama pula, tapi inilah realiti yang perlu dilalui. Dan jika ada pihak menganggap kami main-main dengan perkara ini, terpulanglah," katanya.
Adi dan Zuhaida mengadakan sidang media di sebuah kafe, Hotel Park Royal di sini, kira-kira pukul 9 malam Selasa bagi menjelaskan mengenai status mereka selepas timbul kontroversi kedua-dua mereka dikatakan sudah lagi tidak sehaluan.
Kira-kira 50 media hadir untuk bertanya pelbagai persoalan dan ia berjaya dijawab oleh mereka dengan tenang.
Adi yang memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah di sini pada 11 Mei lalu telah membuat keputusan menarik balik kes tersebut kira-kira pukul 8 pagi, Isnin lalu.
Adi Putra dan isterinya dikerumuni wartawan yang ingin mengetahui punca mereka menarik semula kes perceraian di mahkamah.
Tambah Adi, peluang selama sembilan hari yang diberikan pihak mahkamah sebelum meneruskan kes benar-benar membantu dirinya dan isteri untuk berfikir kembali mengenai hubungan mereka.
"Sepanjang sembilan hari diberi tempoh berdamai, kami tenangkan dan kemudian masing-masing meluahkan perasaan dan rasa tak puas hati. Alhamdulillah, akhirnya kami mencapai keputusan yang kami masih lagi memerlukan antara satu sama lain.
"Bagaimanapun saya tidak menyesal memfailkan penceraian itu, namun ia satu pengajaran berguna buat saya," ujarnya.
Sementara itu, Zuhaida yang kelihatan tenang berkata, dia dan suami telah mengambil iktibar terhadap masalah rumah tangga mereka dan berharap perkara sebegitu tidak lagi berulang.
"Memang macam-macam spekulasi timbul di luar sana mengenai rumah tangga kami.Cuma apa yang kami ingin tegaskan di sini, ia tiada kaitan dengan orang ketiga, mahupun hal anak," ujarnya.
Pasangan berkenaan yang pulang dari Tanah Suci, Mekah pada 8 Mei lalu telah bernikah pada 14 April 2006 tetapi masih lagi belum dikurniakan anak.
Aida sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Zul (Handy Black).

Monday, May 21, 2012

SARAPAN DI HARI TERAKHIR BULAN JAMADILAKHIR, ESOK PUASA SUNAT




Esok ramai umat Islam puasa sunat menyambut bulan Rejab. Kjee juga antara yang teruja sangat. Insya Allah kalau kesihatan mengizinkan.


Dan tadi Kjee sarapan yang simple jer. Sandwich.




Kjee guna roti Gardenia Grains and Seeds. Roti sihat. Sebenarnya sejak beli beradmaker sejak dua tahun lalu, Kjee dah tak pernah beli roti lagi. Tapi masa singgah kat Jaya Grocer semalam, ternampak roti ni. Teringin pulak. Elok untuk kesihatan.

So tadi Unclepali tolong grill roti sementara Kjee siapkan lettuce (daun salad) dan beef luncheon. Ini pertama kali kjee beli beef luncheon setelah banyak kali makan di restoran dan hotel. Sekarang dah ada product halal keluaran Singapura. I like it better than Corned Beef. Texturenya lebih halus.



Kemudian di Jaya Grocer, Kjee nampak peket ini. Ceese mix untuk Mac and cheese, Carbonara ataupun boleh dijadikan  white sauce (tambah sikit tepung dan butter) untuk lasagna dan recipe yang sewaktu dengannya. Lupa berapa harganya. Tapi rasa2nya between RM7 atau RM8.