Saturday, May 26, 2012

GROUP BASE ALA2 MISTERI NUSANTARA



Pokok besar yang agak menyeramkan
Siapa sangka belakang pokok2 ini ada restoran yang hebat


Kjee memang suka pergi ke restoran yang menjual pelbagai jenis makanan. Ada Chinese, Thai, Melayu dan juga India. Senang kan? Tiap kali pergi kita boleh rasa pelbagai jenis makanan. Tak perlu pening cari kedai2 lain. Yang penting halal dan sedap.

Walaupun sekarang ini terdapat banyak kedai Chinese Muslim tetapi bukan semuanya sedap. Kjee dah banyak try dan daripada 5 misalnya, hanya 1 sahaja kot yang Kjee betul2 puas hati. Kejam kan?



Anyway, Kjee pernah dengar pasal restoran Group Base (sekarang dah tukar jadi Thai Base) di Sri Damansara. Jangan tanya alamat sebab Kjee pun redah jer. Sabtu lepas ketika Angel kata nak ajak Kjee dan Mazidul gi Group Base, dia bagitaulah landmarknya. Belakang Maybank Sri Damansara.

Kjee ni pulak dah terbiasa masa jadi wartawan dulu, kalau tempat tu Kjee tak kenal, maka sehari sebelum tu, Kjee roundlah cari. Bukan apa. Cara ini kita taklah meraba2 dalam gelap. Jadi wartawan dulu tak boleh buang masa cari lokasi assisgnment.

And then masa pergi round ngan Unclepali Jumaat sebelum dinner malam minggu itu, Kjee punyalah pandang betul2 cari restoran tu tapi tak jumpa. So Unclepali round sekali lagi. Kemudian ternampak orang keluar dari satu deretan kedai.

Depan kedai tu semacam punya misteri nusantara. Ada pokok besar dan tinggi dengan pohon2 dedaun menutup depan kedai itu. Macam kedai yang lama sudah ditinggalkan sehingga pokok dan pohon2 nya tumbuh meliar.

Tetapi rupa2nya itulah Group Base!! Kjee tahu apabila pandang kat puncak pokok tu dan tertera kat bahagian atas kedai itu!! Pelik betullah. Agaknya itulah yang bawak 'ong' pada Group Base. Ada seorang kawan Kjee kata restoran itu milik seorang Cina Muslim.

Ini dinner di sana malam minggu lepas





Malam minggu lalu, kami makan berbelas jenis lauk pauk. Tetapi kawan2 Kjee kata, Mi Kari situ TERBAEK. Tapi masa pergi semalam, tak tahu kenapa Kjee order Nasi Goreng Cina dan Unclepali order Nasi Goreng Kampung. Kemudian Kjee nampak pelbagai jenis cake dipamerkan kat situ. Dan Kjee pilih sepotong Mango Cheese Cake.

Mango Cheesecake yang sedap sangat


Nasi Goreng Kampung

Nasi Goreng Cina


Kedua2 nasi goreng yang kami order memang sedap. Malah, Kjee yang memang tak kuat makan nasi (biasanya setengah pinggan pun susah nak habis), boleh habis lebih sikit dari setengah pinggan! Maknanya sedaplah tu.

Mango Cheese cake dia memang superb! Harga sepotong RM6.80. Rasanya lebih mahal daripada itu.

Masa makan nasi goreng, Kjee pandang meja berhampiran. Ada budak makan Mi Wantan dan seorang lagi makan mi Hokkien. Alamak jelesnya. Masa tu terfikir. Dalam banyak2 makanan yang dihidangkan, kenapalah aku pilih nasi goreng Cina.

No problem. Lain kali boleh datang lagi. Itu sudah pasti.

Kalau nak jamu selera dalam suasana lebih selesa, naiklah ke tingkat atas macam Kjee pergi malam minggu lalu. Ada aircon dan selesa. Bahagian bawah ala2 kedai kopi Cina dulu2, masa Kjee kecik.

Tengah makan, Kjee terlanggar sesuatu bawah meja. Kjee pandang. Alamak, meja yang Kjee makan tu ala2 mesin jahit Singer antik. Siap apa 'pedal' sekali. (Lihat gambar).

Menarik yer



Lain kali ke sana, nak try makanan lain pulak. Tapi awas. Parking amat2 susah dan restoran ini sentiasa sarat barat dengan pelanggan pelbagai kaum. Buka dari 8 pagi hingga 11 malam. Menunya bertukar2. Breakfas lain, lunch lain, tea time lain dan malam jugak lain.

9 comments:

  1. K jee... Entry k jee psl groupbase ni buat sy teringat2..terasa2 je Prawn ala thai dia. Diorg mmg best.. Dulu ms sy keje (skrg tanam anggur dh) selalu ambik diorg utk function. Service/food diorg mmg superb. Klau dulu john partner dgn siti. Skrg xtau la. Hmm..bila pulak sy nk dpt terlepas ke groupbase lagi ya...jeles betul ngan k jee...

    ReplyDelete
  2. restoran ni semua makanannyer sedap sgt!!!

    ReplyDelete
  3. memang selalu makan kt situ dulu smpai budak2 keja kt situ memang familiar la muka kitorang laki bini. Pernah interview pekerja kt situ.. dia kata restoran tu ada 2 org tauke (share partner la kot) sorang cina sorang lagi melayu.. katanya datin. suka asam laksa.. sedap jugak

    ReplyDelete
  4. mee kari kat sana mmg superb antie...kita suka..kalau boring tak tau nak makan mana, gi terjah sini..mcm2 ada..berbalai dngn harga..:)

    ReplyDelete
  5. K.Jee, groupbase ni semua makanan dia sedap. Cer K.Jee cuba keowteow garlic dia sedap sgt,mee kari pn ok. Kalu bfast, roti canai dia mmg kelassss..sedap dr mamak buat. Kalu bln puasa..kna booking dlu tempat kalu x..melepas la. Buffet dibln puasa pn ok..ada byk pilihan makanan cuma RM38 jer.

    ReplyDelete
  6. fav place for me and musketeers...tp hubby lak was2 walopun sy dh ckp its chinese muslim rest...huhu

    ReplyDelete
  7. restoran feveret family org jg ni Kak Jee.. selalu gi mkn sini.... org suka asam laksa & mee kari... super duper lazat... ;)

    ReplyDelete
  8. kak jee....kak jee patut rasa nasi campur dia...mmg marbeles.....byk lauk...ada chinese food...malay food....indian food....sayur grg dia fresh....saya mmg suka mkn kt sana dgn family...:)

    ReplyDelete
  9. rasenya saya pernah mkn sini,sekali je
    lepas tu terus terlupa tmpt ni
    kena terjah lagi BSD ni

    ReplyDelete