Kjee tak tahu samada korang sedar akan kehadiran satu kumpulan insan berhati mulia yang telah bergerak cergas membuatkan ramai anak2 yatim mengenepikan kesedihan dan kesunyian menjelang Hari Raya. Mungkin terlalu sukar untuk membuat anak2 yang sudah kehilangan tempat bermanja, melupakan ibu atau ayah yang telah pergi. Tetapi memang ada cara yang boleh membuatkan mereka sedikit gembira.
Hari Raya untuk anak2 yang dibawah umur bererti baju baru, kuih raya dah duit raya. Itulah mungkin yang mereka nikmati ketika ibu dan ayah masih hidup.
Tiba2 setelah ibu dan ayah tiada, kehidupan mereka bertukar dan mungkin mereka dijadikan penghuni rumah anak yatim. Kebiasaannya (maaf jika Kjee salah), anak2 yatim di rumah2 anak yatim persendirian ataupun dibantu Kerajaan akan menerima banyak sumbangan pakaian menjelang Raya.
Tetapi sedihnya, sebilangan besar pakaian yang mereka terima adalah pakaian terpakai atau baju second hand yang didermakan orang sebab anak2 mereka tidak lagi boleh memakainya. Pakaian itu tidaklah lusuh dan memang boleh dipakai lagi. Terima kasih kepada mereka yang sudi menderma.
Bagaimanapun, tidakkah pernah terlintas di hati sanubari kita, seandainya anak2 kita pulak di usia sama menjadi anak2 yatim. Apakah mereka akan bergembira sekiranya memakai pakaian second hand di pagi Raya? Mereka pasti tidak mahukan pakaian Raya berjenama untuk disarungkan di pagi Raya. Yang penting ia pakaian yang baru seperti mana dibeli atau dijahitkan ibu ketika ibu dan ayah masih ada.
Justru, menyedari betapa kita yang berkemampuan lebih sedikit, maka tertubuhlah kumpulan ini yang menggelarkan diri mereka TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA. Mereka kembali lagi untuk tahun 2012.
Dibawah ini adalah rayuan dari TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA untuk diwar2kan kepada dermawan2 semua. Segala sumbangan baju hendaklah dibuat terus kepada alamat dibawah sekali.
Harap2 saudara/saudari bloggers semua dapat sama2 menyertai kempen yang dijalankan oleh TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA. War2kanlah dalam blog anda. Insya Allah, segala usaha kita kan diberkati Allah swt.
PENGENALAN
Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata (Team SBBMSAM) adalah gerakan kasih sayang yang unik dan prihatin daripada kalangan rakan maya facebook dari seluruh dunia.
Team ini menjalankan kerja sukarela bagi mengumpul sumbangan Baju Melayu Lelaki / Baju Kurung Perempuan yang BARU untuk disumbangkan kepada Rumah Anak-anak Yatim, Rumah Perlindungan Warga Emas, Pelajar Miskin dan Asnaf di sekolah-sekolah terpilih seluruh Malaysia.
Program ini adalah aktiviti kebajikan dan bukan bertujuan untuk mencari keuntungan.
Team ini bermula pada tahun 2010 kemudian diteruskan pada 2011. Kini atas sokongan berterusan rakan-rakan facebook yang prihatin dan berhati mulia, telah memasuki tahun ke tiga (2012).
Gembiranya anak2 yatim ini terima sumbangan baju baru untuk Hari Raya |
Encik Ahmad Saabun bertemu anak2 yatim yang menerima sumbangan |
TUJUAN DAN MATLAMAT
Mengumpul sumbangan pakaian hari raya daripada rakan-rakan facebook berdasarkan keperluan darpadai sasaran yang akan diputuskan nanti.
Memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk sama-sama beramal jariah menjelang Ramadan dan Aidilfitri akan datang bagi membantu pelajar miskin dari sekolah dan rumah anak yatim yang terpilih untuk mendapat sepersalinan baju raya menjelang sambutan Aidilfitri
URUS SETIA
Team ini dikendali oleh satu urus setia yang komited menjalankan tugas pada luar masa pejabat.
KAEDAH DAN CARA
Melalui pages Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata dan laman web rasmi www.sehelaibaju.com kami dari masa ke semasa akan menguar-uarkan keperluan baju-baju tersebut berserta dengan saiz dan ukuran baju-baju yang diperlukan.
Bagi individu yang ingin menyumbang adalah digalakkan merujuk kepada saiz-saiz yang dipaparkan di laman web kami sebelum membeli pakaian berkenaan.
Semua bungkusan pakaian yang walaupun sehelai, hendaklah dipos ke alamat urus setia seperti di bawah:
TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
D/A: Tuan Norakmal bt Abdullah)
Royale Millennium (M) Sdn Bhd
No 551, Tingkat 3, Wisma DMG,
Jalan Samudera Utara 1
Taman Samudera
68100 BATU CAVES SELANGOR
Tel. : 603-6186 3949 (waktu pejabat) atau
No telefon urus setia untuk dihubungi:
Ahmad Saabun: 016-2151192
Harif@NagaTimur: 013-2275450/017-6086987/018-2036320
Norakmal Abdullah: 019-3652834
Mohd Rozmie (JimieRay): 012-4982295
TEMPOH KEMPEN
Bagi tahun ini kempen bermula dari 20hb Mei 2012 hingga 10 Ogos 2012.
Kiriman yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dapat diserahkan kepada penerima memandangkan telah begitu hampir dengan tarikh sambutan Aidilfitri
PENAFIAN
Kami sama sekali tidak menerima kiriman BAJU TERPAKAI dan WANG TUNAI.
Semoga usaha kecili kita ini akan memberi sinar gembira buat insan-inisan yang amat memerlukan pakaian baru untuk Aidilfitri. Bagi kami tiada maknanya kita seisi keluarga bergembira sedangkan pada masa sama masih ada insan lain yang bernasib malang...
Kirimlah walau sehelai pakaian baru untuk mereka.
Semestinya keperihatinan anda itu akan menambah saham akhirat anda, insyaAllah.
Sila layari www.SehelaiBaju.com untuk maklumat lanjut.
perlukan bekal untuk ke akhirat sana dan ini adalah salah satu caranya...usaha jee n sehelai baju.com sgt murni...
ReplyDeleteTerima kasih Kak G dari kami di www.sehelaibaju.com
ReplyDelete