Wednesday, May 23, 2012

KEMELUT RUMAHTANGGA ADI PUTRA MACAM DALAM DRAMA?

Adi dan isteri - foto mstar



Baru hari tu Kjee dah nak tulis. kenapalah si Adi Putra ni buat institusi rumahtangganya macam dalam drama yang dilakonkan? Kejap failkan cerai, kejap tarik balik. Samalah juga macam si pemain bolasepak fofular yang ntah apa ke nama, tak kuasa nak gi google.

Teringat Kjee satu masa dulu ketika Kjee tengah nak shooting satu drama. Kalau tak silap Kjee, judulnya Pelamin Untuk Ayah, arahan Zainal Othman. Pelakonnya Zulkiflee Zain, Anina Ahmad B dan Kjee. Dalam drama itu, ada adegan Zulkiflee Zain bernikah dengan Ainina.

Production Manager drama itu disuruh mencari seorang lelaki (pelakon tambahan) untuk bawak watak Tukang Nikah. Pada hari shooting adegan itu, dia bawak seorang Jurunikah yang original. Pak Haji tu gamaknya yang teringin nak berlakon dan sanggup jadi jurunikah dalam drama itu.

Bagaimananpun, masa dia duduk berdepan dengan pengantin lelaki (Zulkiflee Zain), tetiba Pak Haji tu nampak risau sangat2. Dia berbisik kepada teman2 pelakon tambahan yang datang bersamanya.

"Eh pelakon ni guna nama dia sebenar atau nama dalam drama?" Kawan2nya yang jugak tak tahu apa benda tencenggang2.

Kemudian Pak Haji tu kuatkan suara dan bertanya Zulkiflee Zain.

"Eh awak ni bukan guna nama betul yer untuk 'menikah' ni? Si 'pengantin' perempuan ni masih anak dara lagi. Manalah tahu, nanti tiba2 dia jadi isteri awak!" kata Pak Haji tu.

Kami semua ketawa. Pengarah terus mencelah.

"Eh nama rekaan Pak Haji. Nama dalam lakonan saja. Kenapa?" Tanya Pengarah Zainal Othman.

Pak Haji tu kata dia takut nanti 'ternikahkan' Zulkiflee Zain dan Ainina Ahmad B. Kami semua ketawa lagi. Zulkiflee Zain dan Ainina terus tunjukkan IC masing2. Nama yang digunakan adalah nama lakonan sahaja. 

Berbalik kepada aktor Adi Putra dan isterinya. Adi mengejutkan semua apabila dia memfailkan perceraiannya terhadap isterinya di Mahkamah Syariah selang beberapa hari selepas kembali dari mengerjakan Umrah. Alasan yang diberikan ialah tiada persefahaman.

Tak sampai beberapa hari kemudian, dia tarik balik permohonan itu kononnya kerana dia tersilap percaturan. Sepatutnya dia memohon untuk diberi kaunselling dulu. Dan semalam dia buat sidang akhbar yang senarionya, korang bacalah sendiri di bawah.

Janganlah campur adukkan realiti kehidupan dengan lakonan wahai Adi.

Ini berita Kjee copy paste dari mstar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KUALA LUMPUR: Pelakon Adi Putra menyifatkan masalah rumah tangga yang melanda dalam kehidupannya dengan isteri, Zuhaida Yusof (Aida), 37, seperti sebuah drama yang sering dilakonkan tetapi ia adalah realiti kehidupan sebenar.
Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 31, berkata, dia bersyukur kerana cepat menyedari tentang kesan yang akan berlaku sekiranya tidak menarik balik kes cerai yang difailkan pada 11 Mei lalu.
"Saya anggap keputusan menarik balik kes cerai terhadap isteri adalah satu keajaiban. Alhamdulillah kami sedar bahawa rumah tangga yang dibina perlu diteruskan dan kami masih memerlukan di antara satu sama lain.
"Terasa macam drama pula, tapi inilah realiti yang perlu dilalui. Dan jika ada pihak menganggap kami main-main dengan perkara ini, terpulanglah," katanya.
Adi dan Zuhaida mengadakan sidang media di sebuah kafe, Hotel Park Royal di sini, kira-kira pukul 9 malam Selasa bagi menjelaskan mengenai status mereka selepas timbul kontroversi kedua-dua mereka dikatakan sudah lagi tidak sehaluan.
Kira-kira 50 media hadir untuk bertanya pelbagai persoalan dan ia berjaya dijawab oleh mereka dengan tenang.
Adi yang memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah di sini pada 11 Mei lalu telah membuat keputusan menarik balik kes tersebut kira-kira pukul 8 pagi, Isnin lalu.
Adi Putra dan isterinya dikerumuni wartawan yang ingin mengetahui punca mereka menarik semula kes perceraian di mahkamah.
Tambah Adi, peluang selama sembilan hari yang diberikan pihak mahkamah sebelum meneruskan kes benar-benar membantu dirinya dan isteri untuk berfikir kembali mengenai hubungan mereka.
"Sepanjang sembilan hari diberi tempoh berdamai, kami tenangkan dan kemudian masing-masing meluahkan perasaan dan rasa tak puas hati. Alhamdulillah, akhirnya kami mencapai keputusan yang kami masih lagi memerlukan antara satu sama lain.
"Bagaimanapun saya tidak menyesal memfailkan penceraian itu, namun ia satu pengajaran berguna buat saya," ujarnya.
Sementara itu, Zuhaida yang kelihatan tenang berkata, dia dan suami telah mengambil iktibar terhadap masalah rumah tangga mereka dan berharap perkara sebegitu tidak lagi berulang.
"Memang macam-macam spekulasi timbul di luar sana mengenai rumah tangga kami.Cuma apa yang kami ingin tegaskan di sini, ia tiada kaitan dengan orang ketiga, mahupun hal anak," ujarnya.
Pasangan berkenaan yang pulang dari Tanah Suci, Mekah pada 8 Mei lalu telah bernikah pada 14 April 2006 tetapi masih lagi belum dikurniakan anak.
Aida sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Zul (Handy Black).

5 comments:

  1. tak retak ke hati sang isteri tu bila rumahtangga diibaratkan seperti drama... urmmm.. sang isteri masih mampu tersenyum, kuat sungguh semangatnya, kak Jee.

    kelakar pulak baca cerita tok kadhi tu, hehe.

    ReplyDelete
  2. Salam kenal kak jee...1st time singgah saya rasa macam familiar je..hehehe..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah tarik balik..kuasa Allah takde siapa yang tahu

    ReplyDelete
  4. ada satu pepatah yg baru "susah dgn isteri, senang dgn org lain" lu pk la sendirik..~peace~

    ReplyDelete
  5. salam kak jee...

    kak jee ni bukan pelakon dlm drama santan belada ke?? masa sy kecik2 dulu sy suka sgt tgk drama tu...

    ReplyDelete