Kononnya, seorang pensyarah Uitm, terkandas di sebuah negara di Eropah dan telah mengutus email kepada teman2nya di Malaysia minta bantuan sejumlah wang yang banyak untuk membolehkan dia kembali ke Malaysia.
Begitulah sikit lebih kurang kisah yang Kjee baca dalam facebook sahabat Kjee bernama Z dari London tu. Kemudian tak lama selepas itu, Z (correct me if I'm wrong) keluarkan satu lagi posting kat FB menyatakan email itu adalah penipuan. Konon pensyarah terbabit tidak pernah meninggalkan tanahair ketika dan waktu email itu disebarkan di kalangan kawan2nya.
Penipuan canggih zaman ini gamaknya.
Kemudian senyap. Kjee tak pernah dengar ada orang menyebarkan apa2 cerita yang sewaktu dengan email yang diterima sahabat Kjee itu.
Dan malam tadi Kjee terkejut menerima email dari seorang kenalan FB bernama Anita. Dibawah ini, Kjee copypaste email yang Kjee terima.
"Hope you get this on time,sorry I didn't inform you about my trip to Spain for a program, I'm presently in Madrid and am having some difficulties here because i misplaced my wallet on my way to the hotel where my money and other valuable things were kept. presently i have limited access to internet,I will like you to assist me with the sum of (1750Euros - 2400Usd) just to sort-out my hotel bills and to get myself back home.i have spoken to the embassy here but they are not responding to the matter effectively,I will appreciate whatever you can afford to assist me with,I'll Refund the money back to you as soon as i return,let me know if you can be of any help.I don't have a phone where i can be reached.
Please let me know immediately.
Sincerely,
Please let me know immediately.
Sincerely,
ANITA.
Sebaik sahaja membaca email diatas, Kjee terus capai handfon dan scroll nombor telefon Anita. Walaupun kami tidak pernah bersua, namun Kjee mempunyai nombor telefon Anita kerana beliau pernah menjadi customer Kjee.
Panggilan tidak berjawab. Mungkin sudah tengah malam. Kemudian Kjee tak puas hati dan hantar sms kepadanya. Beliau terkejut dan mintak Kjee forwardkan email itu kepadanya. Tetapi Kjee tak forward sebab Kjee tahu account email Anita telah di'hack'. Dan sekiranya Kjee foward email itu, orang berkenaan akan tahu.
Jadi Kjee harap sesiapa yang dapat email seperti yang Kjee terima, please siasat ataupun hubungi insan atau kenalan yang dikaitkan dalam email tersebut.
Seperkara lagi, kalau boleh kerap tukar password email supaya sukar disalahguna. Sekian, terima kasih.
0 comments:
Post a Comment