Hmm ini Kjee copy paste dari mstar kalau korang belum tahu.
Ady Putra Sah Fail Cerai
PETALING JAYA: Pelakon kacak, Adi Putra mengesahkan telah menfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya, Aida Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei.
Akhbar Harian Metro pada Khamis melaporkan, Adi, 31, berkata, dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dan tindakan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
"Ketika saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, saya mohon segala yang baik daripada Allah terutama kebahagian dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami," katanya.
Dalam pada itu, Adi turut menafikan penceraian itu disebabkan oleh isu anak atau pihak ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk diceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain.
"Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.
"Tiada sefahaman itu pasti dan selebihnya saya tidak mahu bercerita panjang," ujarnya.
hermm.. jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan.. Semoga kebahagian milik kalian berdua.. Insyallah..
ReplyDeleteSetuju ngan si gadis manis...wink wink
ReplyDeleteadus... macam macam kan...
ReplyDeletekita doa yg terbaik buat mereka ye kak jee.saya pun tak ingat apa nama suami rita..kantoi la saya ni kan
ReplyDeleteRita Rudaini should find herself a MAN, not a BOY...
ReplyDeleteGadis Melayu
semoga dirahmati Allah.
ReplyDeletedah lama berdua ja...sunyi & bosan kot..
ReplyDeletemoga bahagia dgn jalan yg dipilih.yang penting tak perlulah burukkan pasangan masing2 di media macam sesetengah artis tu.
to ieda..
ReplyDeleteanak bukan pengukur kebahagiaan dlm rumahtangga..ada je artis yg kawin sekejap dan ada anak tapi berpisah jugak sebab tak bahagia
kalau boleh tak payahla nak meneka-neka dlm mslh rumahtangga orang lain
kalau salah dah jatuh fitnah
Nama suami Rita, Aidil Zafuan Abd. Radzak. Kita pun tak ingat sebenarnya Kjee, tapi kita google kejap.. ahaks.. walhal baru jap tadi baca paper. Ish short term memory dah ni... nak kena makan kismis banyak-banyak nampaknya. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat mereka semua...
ReplyDeleteApa yg jadi dalam rumahtangga, wallahualam hanya mereka yang tahu kan? Moga mereka dapat mencari penyelesaian tbaik
ReplyDelete