DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, June 29, 2012

MENU SEGERA ALA2 KITAR SEMULA!!

Amacam? Okay tak?



Hari ini Kjee sediakan menu ala2 kitar semula. Ya Puan2 semua. Ini antara kesekian kali mokcik ke dapur dalam mode kureng rajin. Tapi taklah semua. Satu jer.



Ingatkan tadi tak nak masak sebab lepas Unclepali solat Jumaat, kami nak ke Sri Gombak. So pepaham jer lah kan. Makan nasi campur atau anything sewaktu dengannya.

Tetapi sampai jer rumah dari bekfas tadi, Kjee ternampak sepapan telor yang diletak atas meja kat dapur. And then otar berputar teringat ada baki kari ayam dalam freezer. Kuah jer sebab ayam Nadia dah ratah sampai habis. Kjee simpan sebab ingatkan nak makan dengan lempeng pagi Ahad nanti.

Sambal Tumis Sardin

Telor Masak Kari atau Celup Dalam Kari. Hehehe

Siapa ta suka please duduk jauh2

Sedapnyyaaa. Unclepali buat


Tapi tetiba teringin nak makan kari telor! Yezzzaaa!!! Untuk Unclepali, Kjee buatkan sambal tumis sardin favorite dia.

And then giliran Unclepali pulak godek fridge. Dia terjumpa satu bekas lauk daging salai mangga ari tu yang dah tinggal sikit tapi sayang nak buang. Terus dia letak dalam periuk dan bubuh atas dapur. Kjee tak suka lauk berbaki dah beku dipanaskan dalam microwave. Ntahlah, pada Kjee tak sesedap dipanaskan atas dapur.

Kemudian Unclepali projek buat sambal mangga pauh muda dan ohhh masam and sedap. Kjee pulak terus rebus petai yang dihulurkan jiran semalam. Bestlah jiran tu. Tiap kali kait petai, mesti ada habuan untuk Kjee. Kelmarin dia beri jering muda. Ohhhh so very the sedap.

Alhamdullilah rezeki kami hari ini. Ingat nak goreng ikan jeruk tenggiri tapi tak jadi. Banyak sangat buat spoil selera. Hehehehe.

Masak lemak daging salai kitar semula


Thursday, June 28, 2012

KUIH BAKAR ORANG LAMA






Hari tu Kjee call adik Kjee kat Melaka mintak resipi Kuih Bakar Bombay. Dia pun hantarlah text mesej kat handfon. Lepas dapat resipi, Kjee terus projek. Maklumlah dah lama tak makan.




Dua hari kemudian dia hantar lagi sms tanya Kjee mintak dia kuih bakar tradisional atau Kuih Bakar Bombay, hari tu. Apabila Kjee kata Kuih Bakar Bombay, dia ketawa kata dah silap bagi resipi. Patutlah bila makan Kjee rasa lain sikit.

Bukanlah tak sedap tetapi rasa2nya dulu masa arwah Bonda buat, ada rasa dan bau minyak sapi! Hmmm nak buat camner. Kuih tu pun dah masak dan dah settle Kjee pulun. Hehehe.



Anyway, rasa2nya beza antara Kuih Bakar Tradisional dan Kuih Bakar Bombay taklah jauh sangat. Kalau tak silap Kjee Kuih Bakar Bombay akan guna sikit rempah ratus. Sikit jer. Kasi bangkit bau sikit jer.

Resipi Kuih Bakar Tradisional Bonda guna bekas yang sama iaitu korang boleh guna mangkuk, cawan, besen atau apa2 sajalah. Tapi semua bahannya disukat dalam bekas yang sama. Kjee guna mangkuk nasi cina untuk buat. Satu mangkuk masa Kjee sukat boleh muatkan 9 biji telor saiz B.

Okay jom kita intai resipinya.

Bahan2nya

1 mangkuk telor ayam
tiga suku mangkuk tepong gandum
1 mangkuk gula (Kjee kurangkan dua sudu besar)
1 mangkuk pati santan
10 helai daun pandan yang tua
minyak sapi
acuan kuih bakar

Cara

Daun pandan dicuci bersih, racik dan dikisar guna air sedikit sahaja. Cukup untuk gerakkan mesin pengisar. Kemudian ditapis airnya dan dicampur bersama santan. Kalau guna daun pandan yang hijau dan tua, tidak perlu tambah pewarna. Kjee tidak suka tambah. Biarkan dalam warna asal. Suka sangat baunya.

Satu mangkuk telor diblend bersama gula. Ini kerja mudah. Kerja tak mudah, telor dipukul sampai kembang guna whisk kemudian masukkan gula dan pukul lagi sampai kembang.

Kemudian masukkan santan yang telah dicampur dengan pati daun pandan. Kacau rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk. Jaga jangan bergentel. Kalau bergentel, tapis adunan.

Panaskan oven 180 darjah.

Kjee guna acuan kuih bakar tembaga. Panaskan acuan itu diatas dapur gas. Kecikkan api dan bubuh setengah suduh besar minyak sapi. Kalau suka boleh guna majerin tetapi rasanya masin. Apabila minyak sapi cair, perlahankan sedikit api. 

Kacau adunan tadi hingga sebati dan tuangkan hingga ke paras tiga suku acuan kuih bakar. Jangan penuh sangat. Masak atas dapur gas sampai tepinya agak berkerak. Kemudian dibakar selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong.



BARANGAN DI KEDAI KJEE










Minyak Kasturi Syifa. klik sini


Acuan pie tee dan penyepit tart nenas/pastri

Stok ini saja yang ada sekarang. saiz 3.5 inci


Botol acuan Roti Jala



Buku biografi Allahyarhamah Saloma. Klik sini


Product 4Life Transfer Factor. Nak tahu lebih lanjut, tengok bawah label Transfer Factor dalam blog ini.



BERMINAT/ SILA SMS/CALL KJEE DI 0126780501 ATAU EMAIL DI  fauziah.samad@gmail.com




Wednesday, June 27, 2012

JAILANI SIDEK JATUHKAN TALAK SATU


Foto mStar menunjukkan Raja Azmi keluar dari mahkamah Syariah dengan diikuti bekas suaminya


Sedih sangat. Setelah berpuluh tahun hidup bersama dan dikurniakan bukan sahaja anak2 tetapi cucu, rumahtangga Raja Azmi dan Jailani Sidek, hari ini menemui penghujung jalan. Berat mata memandang lagi berat bahu memikul.

Harap2, perpisahan ini sementara sahaja. Masih ada ruang untuk rujuk kembali, Insya Allah.

Berikut berita dalam mStar Online.


KUALA LUMPUR: Bekas jaguh badminton negara, Jailani Sidek,48, bercerai talak satu dengan isterinya, produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman,53, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, petang Rabu.

Lafaz cerai itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin kira-kira pukul 3.25 petang.

Antara alasan perceraian mereka ialah tidak lagi wujud kasih sayang selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Pasangan tersebut turut ditemani anak kedua mereka iaitu Puteri Suaida,23.

Berita penuh akan dilaporkan kemudian oleh wartawan mStar Online iaitu Wahiduzzamanyang berada di lokasi.

KARI AYAM REMPAH SIAP





Semalam masa menonton Chef Selebriti Malaysia, teringin pulak nak makan home made curry. Baru perasan dah lama tak masak kari. Mula2 ingatkan nak masak kari udang tapi Unclepali kata udang tu nanti dia nak buat Butter Prawns. Yalah udang tu memang Unclepali yang beli hari tu kat Kuala Selangor untuk buat Butter Prawns.

Jenguk2 dalam freezer ada banyak pulak stok ayam. So, apa lagi. Hari ni menu kami Kari Ayam. Kjee ke dapur sorang2 sebab Unclepali sibuk nak siapkan design logo yang ditempah oleh kawan dia. 

Ingatkan tadi nak buat rempah sendiri macam rancangan malam tadi tapi bila tengok bahan2 tak cukup, Kjee gunalah rempah siap x-extra pedas Babas. Hmm kata jer pedas tapi sebenarnya biase2 jer.

Macam mana nak buat kari sedap? Kjee ada beberapa tips. Yang pertama, rempah nitu mesti betul2 masak. Macam mana nak tahu ia betul2 masak?

Lunch tadi. Gandingkan dengan keropok ikan/papadom dan sambal belacan mangga dan petai rebus

Kjee tumis dulu bawang merah dan putih serta halia yang telah dimayang halus sampai wangi dan kekuning2an. Pastu baru Kjee masukkan rempah kering. Jaga api. Kacau2 dalam 1 minit jer, pastu cepat2 tuangkan air dalam setengah cawan. Kemudian kacau sampai sebati rempah tu dengan air dan perlahankan api.

(Ada orang tumis rempah yang telah dicampurkan sedikit air dan menjadi paste. Cara itu lagi selamat. Rempah tu susah sikit nak hangus. Tetapi pengalaman Kjee, rempah kering yang dimasukkan setelah tumis bawang dan halis, lebih sedap. Tetapi kena pandai kontrol api. Kalau rempah hangus, kari jadi pahit.)

Masak sehingga terbit minyak. Kalau tak puas hati selalunya Kjee tambah lagi air setengah cawan dan masak lagi. Apabila sudah terbit minyak, campakkan daun kari. Goreng seketika dan masukkan ayam. 

Masak hingga ayam kecut baru ditambah lagi air. Masa ini selalunya Kjee bubuh garam dan serbuk perasa serta kentang. Kentang tu mesti dipotong sama saiz supaya masaknya sekata.

Apabila dah mendidih dan ayamnya sudah agak lembut, baru Kjee masukkan santan dan biarkan ia terus mendidih sampai ayam dan kentang, empuk.

Dulu masa meniaga, ada yang tanya macam mana Kjee buat kari ayam jadi pekat? Kjee dulu jual roti jala makan dengan kari ayam atau daging. Jawapannya senang bah. Lebihkan rempah. Memang mahal sikit kos tapi kalau kari diguna untuk cecah roti jala atau lempeng, kuahnya mesti pekat.

Resipi penuh ada di sini. Tak kuasa nak salin balik. Baru lepas makan ni dah kenyang dan mengantuk pulak. Hehehe.


LEMAK PEDAS DAGING SALAI DAN MANGGA









First time salai sendiri daging. Selalu makan saja kat restoran. Entah betul ntah tidak cara Unclepali salai. Tapi rasa2 oklah kan?






Setahu Kjee orang salai ikan atau daging tu, letak jer atas bara yang panas. Itulah yang dilakukan Unclepali semalam. Masaknya pun cantik sangat.

Kjee buat masak lemak ikut cara arwah bonda. Hanya tumbuk lumat2 cili api dengan kunyit hidup, pastu campur santan pekat dan didihkan. Campak sebatang dua serai dan sehelai dua daun kunyit. Apaabila dah mendidih, baru masukkan daging salai yang dihiris nipis dan mangga muda.

Orang Negeri Sembilan masak memang tak bubuh bawang. Itu yang arwah Bonda beritahu dulu. Wallahualam.



Anyway, sebaik sahaja siap masak menjelang Isyak semalam, Nadia pun balik. Dia tolong rebuskan petai. Unclepali pulak buat sambal belacan mangga dan goreng sepat pekasam sampai rentung hehehe.

Hari ni ada baki sikit lagi setelah hulur semangkuk buat jiran sebelah pagar semalam.


HATI2 KAUM WANITA


ehsan google


Kejadian jenayah yang membabitkan wanita baik yang muda mahupun dewasa semakin berleluasa. Target penjenayah adalah wanita yang keseorangan baik di rumah mahupun di luar. Mungkin mesej dibawah ini boleh dijadikan panduan.



Terjemahannya ialah, kalau anda sedang memandu atau berjalan seorang diri dan dihampiri seorang kanak2 yang sedang menangis menyatakan dia sesat, terus bawa dia ke balai polis. Kanak2 ini mungkin menjadi alat penjenayah dimana sekeping kertas yang tertera alamat akan ditunjukkan kanak2 tersebut konon untuk membawa dia pulang ke rumahnya.

Dan besar kemungkinan alamat itu sebenarnya akan menjadi tempat 'persinggahan akhir' korang! Mintak dijauhkan Allah swt!








Monday, June 25, 2012

PABILA LARUT MALAM... SABTU LALU


Hasil usahanya selama 17 bulan!

Majlis pelancaran buka Biografi Saloma di Saloma Bistro malam Sabtu lalu, menemukan Kjee dengan ramai seniman dan seniwati veteran yang Kjee fikirkan, tak dapat Kjee temui lagi. Maklumlah, Kjee bukan lagi wartawan sekarang. Jadi sudah tak berpeluang menemui mereka.


Walaupun ramai yang hadir malam itu, Kjee hanya berpeluang menyapa seketika dengan Seniwati Hajah Mariani, Datin Hajah Umi Kalsom, Dato Mustafa Maarof, Seniman Kuswadinata, Melissa Saila, kakaknya Shasha model terkenal satu ketika dulu, Syed Ehzan (anak Allahyarhamah Seniwati Normadiah), Norlia Ramli dan cucu sulong Saloma yang Kjee lupa nak tanya nama. Rupa2nya Saloma juga sudah ada cicit dari cucu sulongnya.

Majlis pelancaran itu turut diserikan dengan pertunjukan fesyen dan juga nyanyian dari Abang Fauzee, isterinya Ayu Cendana, Rozita Rohaizat (anak Mariani) dan Halil Chik. Emcee majlis juruhebah Klasik FM, Hajah Noraini Ibnu.

'Hang Tuah' membawa masuk buku Saloma dengan diiringi lagu Puteri Bunian




Buku Biografi Biduan Negara Saloma

Sesiapa yang ingin memiliki buku 520 muka surat, berukuran 13 inci x 10 inci tebal 1.75 inci, seberat 3 kilo dan hard cover with jacket sila email fauziah.samad@gmail.com atau sms Kjee di 0126780501. Harganya RM289 (tidak termasuk pos).



NOTA UNTUK ABANG FAUZEE, MY ONE AND ONLY BROTHER


Dear Abang. I am so proud abang berjaya come out with this biography.

Before arwah mama (panggilan kami terhadap arwah Saloma) died, I interviewed dia. Her last dialog was along these lines.

"Mama sedih Jee. Aimi Jarr pernah kata dia nak tulis buku Mama. Tapi nampaknya, Mama tidak akan hidup untuk melihat buku itu." A few months later, Saloma died.

I met abang Aimi (now arwah) kira-kira tiga tahun lepas dan beritahu beliau apa yang dikatakan arwah mama. Abang Aimi Jarr diam. Mungkin terkejut sebab tidak mengetahui impian arwah

Thank you for fulfiling arwah Mama's dreams. Moga rohnya tenang di sana. 

Al Fatihah.

Lagu Pabila Larut Malam


Rozita Rohaizad


Halil Chik

Hajah Mariani bersama Rozita Alias, pegawai Finas

Bersama yang dirindui, Datin Umi Kalsom

Hajah Noraini Ibnu

Melissa Saila antara artis yang membesar depan mata Kjee

Mariam Abang Saufi...bertemu setelah terpisah hampir 35 tahun! Ibu saudara penyanyi Camelia

Penyanyi Gaya Zakry dan Hjh Wan Nor Azmah





RENDANG KELANTAN DAN NASI IMPIT




Semalam Kjee buat rendang Kelantan. Tak kesahlah kalau ada yang kata Kelantan mana ada rendang.  Bukan Kjee kata tapi apabila Kjee kata Kjee buat rendang Kelantan, ada yang kata orang Kelantan tak tau buat rendang. Well, whatever laahhh!

Kjee buat 3 ekor ayam yang besar2. Tak tahu berapa kilo sebab Unclepali yang beli. Dia kata semuanya RM40. Kjee tunggu jer dalam kereta sebab tak suka tengok orang tengah sembelih ayam. Sedih sangat tapi makan sanggup pulak.




Mesti korang nak tahu kenapa Kjee buat rendang sampai guna 3 ekor ayam. Buat kenduri ker? Isyhh tak lah. Ada seorang kawan Kjee ni yang bukan Melayu. Hari tu Kjee ada beri dia sedikit rendang ayam Kelantan untuk rasa. Dia suka sangat dan nak order. Isyhh Kjee bukannya terima order tapi dek kerana tengok dia dan keluarga dia suka sangat makan, Kjee tolong buatkan 2 ekor untuk dia saja.

Ini untuk my fren yang miintak Kjee tolong buatkan


Pastu 1 ekor lagi Kjee tambah sebab ada seorang sahabat call nak datang rumah. Kjee pun buatlah nasi impit. Sedap makan nasi impit dengan rendang tu. Kjee buat kuah rendang tu lebih sikit. Hampeh. Dia tak datang. So rendang yang Kjee buat untuk orang datang, masuk dalam freezer.

Semalam angin Nadia elok, dia hiris daun kunyit halus sangat sampai tak nampak dalam gambar. Tapi masa makan memang sedap sangat sebab ada aroma daun kunyit dan daun limau purut.

Buat rendang Kelantan tak renyah sangat. Bahan2 pun tak banyak songeh. Tak perlu lengkuas, tak perlu kerisik. Masaknya pun tak lama. Sebab itulah sejak dapat resipi dari arwah Bonda dulu, inilah rendang yang Kjee selalu buat tak kesah Raya ke tak Raya.

Bonda dapat rendang ni dari MAS inflight magazine masa dia travel entah kemana. Dalam buku tu tertulis Rendang Kelantan. So macam mana rendang dari negeri Siti Wan Kembang tu boleh 'merayau' seluruh dunia sedangkan orang Kelantan kata negeri itu tiada rendang. Naseb ko lah yer.

Kalau nak resipinya, klik sini



Sunday, June 24, 2012

CHILLED WILD BLUEBERRY CHEESE CAKE - NON BAKED




Tahun lepas Kjee buat chilled cheese cake pertama guna canned peaches. Tentu korang ingat Unclepali dan Kjee buat untuk birthday Nadia. Kjee prefer chilled non baked cheese cake daripada yang dibakar.








Sebabnya, Kjee tak berapa suka rasa cheese cake yang dibakar. Kjee tak suka cake yang ada cheese. Kjee lebih suka makan cheese cake yang dibuat ala2 mentah dan disejukkan dalam peti ais. Lebih terserlah rasa krim kejunya.

Dan semalam Kjee ala2 paksa Nadia buat Chilled Blue Berry Cheese Cake. Kekadang si Nadia ni, bila Kjee paksa suruh buat baru dia nak buat. Kalau tak paksa dia buat ala2 tak dengar atau kata Cheese Cake kat Group Base Restaurant sedap sangat. So tak payah buat, beli jer.

But I was adamant. Kalau Nadia tak buat jugak, buatnya Mama mati malam ni, mesti Nadia menyesal tak sudah. Hehehe ayat power.

Kjee dah lama cari recipe Chilled Blue Berry Cheese Cake. Semua yang Kjee jumpa tidak menepati selera. So Kjee pun tengoklah recipe Simple Chilled Cheese Cake resipi Amy Beh. Amy guna Evaporated milk yang Kjee suka sebab tak berapa fattening berbanding Whipping Cream. Yalah tu.

Inilah hasilnya. Apabila Cheese Cake tu dah siap dan chilled, Kjee pun sapulah Wild Blue Berry Jam dan Diabetic Black Currant Jam. Campur kedua2nya dan jadilah Chilled Blue Berry Cheese Cake versi Kjee.



Korang tentu nak tahu apa rasanya Cheese cake kalau guna susu cair atau evaporated milk. Rasanya sedaplah. Agak halus dan rasa sikit lebih kurang macam jelly. Risau jugak kalau2 Kjee terlebih bubuh gelatin. Tapi Kjee terus balik resipi dan memang betullah jumlah yang Kjee bubuh tu.

Ok jom semak resipi.

Bahan2nya:

untuk base
200 gms biskut Marie
110 gms mentega cair

untuk filling

250 gms keju krim (resipi asal 200 gms. saja gatal tambah)
145 gms gula kastor (Kjee guna 100 gms sahaja sebab nak bubuh blueberry cheese) 
270 ml susu cair sejuk (Kjee simpan 1 tin susu cair dalam fridge dua jam sebelum guna)
3 sudu besar serbuk gelatin
200 ml air panas
1 sudu kecil parutan kulit lemon
50 ml jus lemon
jem blue berry

Cara

1. Bubuh gelatin dalam mangkuk dan curahkan air panas. Larutkan dan sejukkan sikit.
2. Sediakan tin springform berukuran 20cm. Kjee alaskan base bekas atau acuan dengan kertas minyak.
3. Hancurkan biskut Marie. Kjee guna food processor. Selepas halus, masukkan mentega cair dan terus trrrr
    Lapiskan base springform tin dengan biskut tadi dan tekan hingga padat. Tepikan.
4. Putar cream cheese hingga ringan. Masukkan gula kastor dan putar lagi hingga ringan.
5. Putar susu cair yang telah disejukkan dalam peti ais hingga menjadi dua kali ganda.
6. Campurkan bersama cream cheese dan putar hingga rata.
7. Masukkan parutan lemon dan jus ke dalam gelatin. Campur hingga rata dan masukkan ke dalam adunan cheese. Kacau lagi sampai rata.
8. Tuangkan ke dalam tin springform. Ratakan guna spatula dan sejukkan dalam peti ais.
9. Masukkan kira-kira 5 sudu besar jem blue berry ke dalam mangkuk. Kalau terlalu pekat, campurkan  
    sedikit air masak. Curahkan ke atas cheese cake yang telah beku. Ratakan. Chill seketika lagi.

Boleh jua dibubuh apa jenis jam yang korang suka. Tetapi seandainya tidak guna jam, bolehlah bubuh gula ikut resipi asal.


Saturday, June 23, 2012

AL FATIHAH

Klik sini 


Monday, June 18, 2012

HIDANGAN HI TEA 17 JUN

Kuih Bakar Daging. Resipi klik sini.

Roti Jala dengan kuah durian. Guna acuan tiga muncung. Resipi sini.
Fresh Fruit Tart
Sambal Goreng Jawa

Bread and Butter Pudding with Vanilla custard sauce. 

Semalam tak sempat snap. Tapi macam nilah Unclepali buat semalam. Resipi klik sini.

SEMUA RESIPI ADA DALAM BLOG YANG KJEE POS SEBELUM INI.