Tuesday, June 5, 2012

BUBUR NASI BEST DIMAKAN DI HARI PANAS!!


Bubur Nasi di Maju Palace


Korang rasa makan apa sedap2 di musim panas ni? Ya betul!!! Bubur nasi atau porridge atau congee. Dalam otak Kjee ni tengah berkira2 nak makan bubur nasi atau porridge atau congee ni. Nak buat sendiri bukan taak pandai tapi tak kuasa!




So mana ada jual bubur nasi sedap? 

Ni kat papa Rich


Kjee ada dua restoran pilihan iaitu Papa Rich dan Maju Palace Restaurant. Dulu Kjee ingat bubur nasi kat Pak Li Kopitiam, okay. Tapi selepas makan di Papa Rich dan Maju Palace Restaurant (di Tkt 5, Maju Junction), dah tak minat makan tempat lain.

Actually bubur nasi yang Kjee buat jugak sedap. Bukan nak puji diri sendiri. Tapi korang tak percaya cubalah try buat. Resipinya di sini

Ini yang Kjee punya


Kalau di Maju palace Restaurant, dia orang bubur Century Eggs, resipi Kjee bubuh telor asin! Bukan bubur nasi makan dengan telor asin. Itu biasa orang buat. Tapi Kjee punya pecahkan telor asin ke dalam bubur yang tengah mendidih!

Korang tahu tak cara nak buat bubur nasi atau porridge yang PERFECT?! Istilah PERFECT bagi Kjee ialah bubur itu mesti halus. Tidak boleh rasa bijirin nasi langsung. Tapi taklah sampai kena kisar atau blend.

Okay ini caranya. Kalau yang ada pressure cooker (periuk tekanan), memang boleh masak bubur nasi hingga menjadi hancur, halus dan sedap. Yang tiada, korang boleh rendam dulu beras yang hendak dibuat bubur itu, sekurangnya 4 atau 5 jam. Pastu tak payah tunggu lama2 nak masak. Kalau tak rendam, korang tunggulah sampai bubur tu masak secara biasa iaitu 4 atau 5 jam!

Kemudian apabila beras sudah kembang, baru dimasak. Dan ia tidak perlu ambil masa yang terlalu lama. Dan masa masak beras tu, campakkan daging yang telah dipotong kecik2. Daging jer tau. Kalau buat ayam tak sedap. Kalau nak buat bubur nasi ayam, kena rebus dulu ayam tu, dicarik2 dan hias atas bubur yang dah siap.

Bubur nasi Kjee selain daripada letak daging, sedikit santan dan juga telor asin (lihat resipi), juga harus dihidangkan dengan bawang goreng, daun badan dan daun sup yang telah dimayang halus. 

And then mesti ada cili pi yang dihiris halus2 dan campur sikit nampla atau kicap cair. Hmmm barulah sodap! 

Alamak. Kecur pulak. Kejap lagi nak lari ke Papa Rich terdekat iaitu di Bandar Sri Damansara. Belum lunch lagi ni. Tadi pergi Kuala Selangor, on the way balik dah pulun semangkuk cendol VVIP Pak Bakar dan sebungkus nasi lemak kampung.

Kalau dah terdesak, Kjee buat yang instant jer. Peket Maggi atau Knorrs

Related Posts:

  • Gerai Putu Piring Sedap Di KL acuan Teringat lagi Kjee masa kami tiga beranak ke Merlimau, Melaka masa Pilihanraya Kecil tak lama dulu. Kjee ternampak satu gerai orang jual putu piring di Merlimau. Unclepali buat emergency brake dan berhenti. Dia pun … Read More
  • 356. Ikan Bakar Mat Teh, Pasar Keramat Gerai Ikan Bakar Mat Teh Tak terliur ker? Macam2 ikan ada Korang mesti ingat macam mana agaknya Kjee boleh pergi cari makan sampai ke ceruk2 yang orang jarang singgah. Itulah, tekak Kjee ni cerewet sangat. Apa guna maka… Read More
  • 375. Lunch & Dinner Yang Nadia sponsor Nasi Ulam Ikan Nasi kerabu Ikan Nasi kerabu Ayam Duck Steak Duck Steak Sedap rasanya apabila makan my princess yang sponsor. Mudah2an Allah swt beri Nadia lebih banyak rezeki dan boleh belanja Mama dan Papa makan … Read More
  • 278. JJCM - Hidangan Kelantan di Hayaki Kopitiam Nsi Dagang Ikan Nasi kerabu Kopi O Ais - rasa perfect!!! Restoren Hayaki di Platinum Walk, Danau Kota tu rupa2nya Kopitiam. Baru perasan tadi masa tengok bil. Kjee yakin pemiliknya orang Melayu Kelantan atau Tre… Read More
  • 310. JJCM - Makanan Sunda ayam penyet empal sapi ayam bakar sayur assem Hjh Rokiah dan anak tersayang First time ketika Hari Ibu, dapat raikan bersama ibu mertua tersayang Hajah Siti Rokiah. Kebetulan beliau datang untuk kenduri pernika… Read More

10 comments:

  1. salam kakjee..oo paparich sedap ye?nnt nak cuba order. nampak menyelerakan bubur tu kakjee.

    ReplyDelete
  2. Yes sedap. kalau tak sedap, Kjee tak cari dua kali. mintak waiter bagi cili api potong. hmmm lagi sodap!

    ReplyDelete
  3. kak jee..dah tgk resipi tu, tapi nk tanya..kalau guna daging kisar cap ramly tu ok x? ke kena guna daging biasa?

    ReplyDelete
  4. As'salam Kak Jee....

    Setuju ngan kak Jee. Bubur nasi kat Papa Rich sedapp!! Tapi kalau buat sendiri mmg lagi sedap!
    Terima kasih di atas tips masak bubur nasi kasi lagi halus dan cepat.
    Suka Suka ngan tips tuu... amat bermakna utk Nina ;)

    ReplyDelete
  5. adoyaiii terliur tngk bubur ni, sesekali layan menu mcm ni mmng sedapkan KJee...nak wat gaklah..lama tak makan bubur.

    ReplyDelete
  6. sukeeerrr.....
    saya panggil moi sup.
    kat kelantan panggil nasi air..tapi kalau salah sebut dapat nasi ayam (nasi aye).

    ReplyDelete
  7. sedapnye!!

    adik sy suka sangatlah masak bubur nasi nie....dia ckp senang sebb tak payah masak lauk lain. huuuu

    ReplyDelete
  8. kakjeee.........cheq telior tgk n3 nih...

    ReplyDelete
  9. Masa cari resepi utk bubur nasi, tetibe jumpa page nie. InsyaAllah nk cube buat

    ReplyDelete