Bubur Nasi di Maju Palace |
So mana ada jual bubur nasi sedap?
Ni kat papa Rich |
Kjee ada dua restoran pilihan iaitu Papa Rich dan Maju Palace Restaurant. Dulu Kjee ingat bubur nasi kat Pak Li Kopitiam, okay. Tapi selepas makan di Papa Rich dan Maju Palace Restaurant (di Tkt 5, Maju Junction), dah tak minat makan tempat lain.
Actually bubur nasi yang Kjee buat jugak sedap. Bukan nak puji diri sendiri. Tapi korang tak percaya cubalah try buat. Resipinya di sini.
Ini yang Kjee punya |
Kalau di Maju palace Restaurant, dia orang bubur Century Eggs, resipi Kjee bubuh telor asin! Bukan bubur nasi makan dengan telor asin. Itu biasa orang buat. Tapi Kjee punya pecahkan telor asin ke dalam bubur yang tengah mendidih!
Korang tahu tak cara nak buat bubur nasi atau porridge yang PERFECT?! Istilah PERFECT bagi Kjee ialah bubur itu mesti halus. Tidak boleh rasa bijirin nasi langsung. Tapi taklah sampai kena kisar atau blend.
Okay ini caranya. Kalau yang ada pressure cooker (periuk tekanan), memang boleh masak bubur nasi hingga menjadi hancur, halus dan sedap. Yang tiada, korang boleh rendam dulu beras yang hendak dibuat bubur itu, sekurangnya 4 atau 5 jam. Pastu tak payah tunggu lama2 nak masak. Kalau tak rendam, korang tunggulah sampai bubur tu masak secara biasa iaitu 4 atau 5 jam!
Kemudian apabila beras sudah kembang, baru dimasak. Dan ia tidak perlu ambil masa yang terlalu lama. Dan masa masak beras tu, campakkan daging yang telah dipotong kecik2. Daging jer tau. Kalau buat ayam tak sedap. Kalau nak buat bubur nasi ayam, kena rebus dulu ayam tu, dicarik2 dan hias atas bubur yang dah siap.
Bubur nasi Kjee selain daripada letak daging, sedikit santan dan juga telor asin (lihat resipi), juga harus dihidangkan dengan bawang goreng, daun badan dan daun sup yang telah dimayang halus.
And then mesti ada cili pi yang dihiris halus2 dan campur sikit nampla atau kicap cair. Hmmm barulah sodap!
Alamak. Kecur pulak. Kejap lagi nak lari ke Papa Rich terdekat iaitu di Bandar Sri Damansara. Belum lunch lagi ni. Tadi pergi Kuala Selangor, on the way balik dah pulun semangkuk cendol VVIP Pak Bakar dan sebungkus nasi lemak kampung.
Kalau dah terdesak, Kjee buat yang instant jer. Peket Maggi atau Knorrs |
salam kakjee..oo paparich sedap ye?nnt nak cuba order. nampak menyelerakan bubur tu kakjee.
ReplyDeleteYes sedap. kalau tak sedap, Kjee tak cari dua kali. mintak waiter bagi cili api potong. hmmm lagi sodap!
ReplyDeletekak jee..dah tgk resipi tu, tapi nk tanya..kalau guna daging kisar cap ramly tu ok x? ke kena guna daging biasa?
ReplyDeleteAs'salam Kak Jee....
ReplyDeleteSetuju ngan kak Jee. Bubur nasi kat Papa Rich sedapp!! Tapi kalau buat sendiri mmg lagi sedap!
Terima kasih di atas tips masak bubur nasi kasi lagi halus dan cepat.
Suka Suka ngan tips tuu... amat bermakna utk Nina ;)
Kjee syorkan guna daging biasa.
ReplyDeleteadoyaiii terliur tngk bubur ni, sesekali layan menu mcm ni mmng sedapkan KJee...nak wat gaklah..lama tak makan bubur.
ReplyDeletesukeeerrr.....
ReplyDeletesaya panggil moi sup.
kat kelantan panggil nasi air..tapi kalau salah sebut dapat nasi ayam (nasi aye).
sedapnye!!
ReplyDeleteadik sy suka sangatlah masak bubur nasi nie....dia ckp senang sebb tak payah masak lauk lain. huuuu
kakjeee.........cheq telior tgk n3 nih...
ReplyDeleteMasa cari resepi utk bubur nasi, tetibe jumpa page nie. InsyaAllah nk cube buat
ReplyDelete