Wednesday, June 6, 2012

ENAKNYA TEMPOYAK UDANG BERSAMA PETAI BARU DIJOLOK




Tak ada plan pun nak dapat rezeki makan lauk petai malam ini. Hari2 Kjee panjangkan leher dari tingkap opis kecik Kjee di rumah tengok pokok petai yang sarat dengan buah. Tiap pagi sambil duduk depan komputer, Kjee lambai balik kat petai2 tu apabila angin tiup dan nampak macam petai tu melambai kat Kjee. Hehehe..




Semalam masa pergi pasar Tanjung Karang, Kjee jenguk2 jugaklah kalau ada petai. Tapi malangnya tak ada rezeki. Tapi Kjee beli jugak dekat 2 kilo udang yang segar dan agak kasar2. Saja buat stok. Bukan senang nak dapat udang segar kan?

Pemberian jiran2





And then tadi, sebaik sahaja Kjee keluar dari bilik air setelah mandi, Kjee dengar anak2 jiran bagi salam. Macam biasa kalau ada surat merekayang rajin tukang hantar lepas dapat dari posman. Kjee jenguk kat tingkap bilik, dan nampak mereka genggam dekat 12 papan petai!

Alhamdulilah. Punyalah suka. Tak sampai 10 minit si adik pulak datang hulurkan secekak bayam yang baru dipetik dari belakang rumah mereka!

Unclepali sengih2 dengan dailog: "Malam ni tak payah dinner kat luar yer." Pepaham jerlah. Maknanya dia nak suruh Kjee masaklah tu.



So sepantas kilat Kjee ke dapur. Unclepali pun sama2 tolong. Dan jadilah lauk pauk dinner kami malam ini. Sambal tempoyak udang bersama petai, bayam masak bening, ikan goreng dan sambal belacan. Unclepali insists buat sambal belacan sebab dia nak makan dengan petai rebus.

Kjee buat sambal tempoyak simple2 jer. Ikut suka Kjee dan tiada ikut resipi sesiapa. Kjee tumbuk cili api dan cili merah. Tak payah bubuh bawang.

Kemudian masukkan ke dalam frying pan. Masukkan dua sudu tempoyak dan sedikit air dan kacau sampai sebati. Kemudian masukkan petai dan dijerang atas dapur sampai petai separuh empuk. 

Pastu Kjee campakkan 1 piece asam keping, daun kesom dan biarkan ia masak seketika, bersama sedikit garam dan pak aji. Kemudian masukkan udang yang telah dibuang kulit dan vein kat belakang. Golek2kan udang tu kira-kira 10 minit jer. Udang segar kalau dimasak lama2 nanti jadi keras.

Tempoyak yang Kjee gunakan tadi adalah tempoyak yang Kjee buat tahun lalu. masih manis sebab duduk jer dalam fridge selama ini. Ada dua botol besar. Ada sesapa nak?





Related Posts:

  • LEMAK PEDAS REBUNG DENGAN UDANG Ini lauk kampung yang sangat-sangat digemari orang bandar. Kalau singgah restoran atau gerai yang jual pelbagai jenis lauk untuk makan tengah hari, Kjee selalu lihat, lauk ini habis dulu. Masak lemak cili padi rebun… Read More
  • BENDI GORENG DENGAN UDANG HALUS Kalau jamu selera di Zaiton Tomyam, Taman Ahmad Razali, Ampang, kami tidak akan lepas peluang order Bendi Goreng selain Asam Pedas Melaka mereka yang meletop! Tapi di Zaiton Tomyam, bendinya di goreng bersama soto… Read More
  • TERUNG TUMIS PEDAS DENGAN UDANG KERING Kjee fikirkan selama ini terung hanya makanan orang Melayu dan India di Malaysia. Tetapi apabila Kjee pergi ke beberapa restoran Cina Islam, baru Kjee tahu orang Cina jugak suka makan terung. Dan mereka masak terun… Read More
  • LODEH KERING JAWA YANG SEDAP DIRATAH JER Lauk Lodeh Kering atau Bonda panggil Sambal Goreng ini adalah masakan Jawa favorite sorang lagi insan Jawa dalam rumah Kjee. Tidak lain tidak bukan si Nadia. Kalau jumpa lauk ni, dia sanggup ratah jer. Nasi pi ma… Read More
  • LAUK UDANG MASAK LEMAK DENGAN PERIA? Ini lauk kejadian minggu lepas. Sepatutnya Masak Lemak Peria sama Udang. Tetapi setelah siap gambar ditangkap UnclePali (gambar atas), Kjee terus naik darah. Dah jadi Masak lemak Udang dengan peria. Sepatutnya peria jadi… Read More

15 comments:

  1. Mohamad Salleh OthmanJune 6, 2012 at 8:53 PM

    Lawak plak part melambai2 tu.... :D Btw, telan air liur tgk gmbr2 tu...

    ReplyDelete
  2. fuhhhh udang tempoyak tu yg mengancammm

    ReplyDelete
  3. mak aih...kecur weh!!!

    ReplyDelete
  4. Cuba kjee snap gmbr petai melambai2 tu suka tgk gmbr tanam2an

    ReplyDelete
  5. apa kak jee masak smeua nampak sedap...terliur betul!

    ReplyDelete
  6. sedapnyee tempoyak udang tuu....ishh nak buat laa kat umah ade da tempoyak...balik je la cari petai kot2 ader....

    ReplyDelete
  7. Salam kakjee...memang mengoda sungguh hidangan KakJee..siap tempoyak lagi...hhhmm alahai kena cari tempoyak la.....

    ReplyDelete
  8. telan air liur tengok sambal kak je nih ... :p

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Jee,

    Wallawey.....teramatla sedapnya segala juadah tu, hatta petai rebus skalipun.

    Cam terasa2 jer dimulut.

    ReplyDelete
  10. sedapnya kak jee, masakan ringkas tapi menyelerakan

    ReplyDelete
  11. lepas baca entry kak jee terus rasa nak cari petai.sedapnya masak tempoyak tu digandingkan dgn petai! nyumssss

    ReplyDelete
  12. kak jee..suka baca ayat yang last tu..Ada sesapa nak?...haaaaa saya angkat tangan ni..aduii dah telan air liur dah ni huhu

    ReplyDelete
  13. Salam kak jee, tempoyak buat sendiri ..nak..nak..ha..ha.. Selalu beli kat pasar malam paya jaras tu jer...

    ReplyDelete
  14. Kita kan Kjee, kalau makan petai, i like it raw. Perghhhhhh.... takat 2 papan tu, cam tak de benda je... hehehe... walhal kan, kita baru je pandai makan petai. Dulu tak reti... ahahaha... apa daaa...

    ReplyDelete
  15. Salam kenal ...
    Sedapnya kak Jee...terliuqnyaaaa.

    ReplyDelete