Semalam masa pergi pasar Tanjung Karang, Kjee jenguk2 jugaklah kalau ada petai. Tapi malangnya tak ada rezeki. Tapi Kjee beli jugak dekat 2 kilo udang yang segar dan agak kasar2. Saja buat stok. Bukan senang nak dapat udang segar kan?
Pemberian jiran2 |
And then tadi, sebaik sahaja Kjee keluar dari bilik air setelah mandi, Kjee dengar anak2 jiran bagi salam. Macam biasa kalau ada surat merekayang rajin tukang hantar lepas dapat dari posman. Kjee jenguk kat tingkap bilik, dan nampak mereka genggam dekat 12 papan petai!
Alhamdulilah. Punyalah suka. Tak sampai 10 minit si adik pulak datang hulurkan secekak bayam yang baru dipetik dari belakang rumah mereka!
Unclepali sengih2 dengan dailog: "Malam ni tak payah dinner kat luar yer." Pepaham jerlah. Maknanya dia nak suruh Kjee masaklah tu.
So sepantas kilat Kjee ke dapur. Unclepali pun sama2 tolong. Dan jadilah lauk pauk dinner kami malam ini. Sambal tempoyak udang bersama petai, bayam masak bening, ikan goreng dan sambal belacan. Unclepali insists buat sambal belacan sebab dia nak makan dengan petai rebus.
Kjee buat sambal tempoyak simple2 jer. Ikut suka Kjee dan tiada ikut resipi sesiapa. Kjee tumbuk cili api dan cili merah. Tak payah bubuh bawang.
Kemudian masukkan ke dalam frying pan. Masukkan dua sudu tempoyak dan sedikit air dan kacau sampai sebati. Kemudian masukkan petai dan dijerang atas dapur sampai petai separuh empuk.
Pastu Kjee campakkan 1 piece asam keping, daun kesom dan biarkan ia masak seketika, bersama sedikit garam dan pak aji. Kemudian masukkan udang yang telah dibuang kulit dan vein kat belakang. Golek2kan udang tu kira-kira 10 minit jer. Udang segar kalau dimasak lama2 nanti jadi keras.
Tempoyak yang Kjee gunakan tadi adalah tempoyak yang Kjee buat tahun lalu. masih manis sebab duduk jer dalam fridge selama ini. Ada dua botol besar. Ada sesapa nak?
Lawak plak part melambai2 tu.... :D Btw, telan air liur tgk gmbr2 tu...
ReplyDeletefuhhhh udang tempoyak tu yg mengancammm
ReplyDeletemak aih...kecur weh!!!
ReplyDeleteCuba kjee snap gmbr petai melambai2 tu suka tgk gmbr tanam2an
ReplyDeleteapa kak jee masak smeua nampak sedap...terliur betul!
ReplyDeletesedapnyee tempoyak udang tuu....ishh nak buat laa kat umah ade da tempoyak...balik je la cari petai kot2 ader....
ReplyDeleteSalam kakjee...memang mengoda sungguh hidangan KakJee..siap tempoyak lagi...hhhmm alahai kena cari tempoyak la.....
ReplyDeletetelan air liur tengok sambal kak je nih ... :p
ReplyDeleteSalam Kak Jee,
ReplyDeleteWallawey.....teramatla sedapnya segala juadah tu, hatta petai rebus skalipun.
Cam terasa2 jer dimulut.
sedapnya kak jee, masakan ringkas tapi menyelerakan
ReplyDeletelepas baca entry kak jee terus rasa nak cari petai.sedapnya masak tempoyak tu digandingkan dgn petai! nyumssss
ReplyDeletekak jee..suka baca ayat yang last tu..Ada sesapa nak?...haaaaa saya angkat tangan ni..aduii dah telan air liur dah ni huhu
ReplyDeleteSalam kak jee, tempoyak buat sendiri ..nak..nak..ha..ha.. Selalu beli kat pasar malam paya jaras tu jer...
ReplyDeleteKita kan Kjee, kalau makan petai, i like it raw. Perghhhhhh.... takat 2 papan tu, cam tak de benda je... hehehe... walhal kan, kita baru je pandai makan petai. Dulu tak reti... ahahaha... apa daaa...
ReplyDeleteSalam kenal ...
ReplyDeleteSedapnya kak Jee...terliuqnyaaaa.