Apatalah lagi dengan kehadiran puteri comel Engku Aleesya. Malah apabila keluar pelbagai berita yang agak negatif, ramai peminatnya enggan mempercayai.
Dan pagi ini, ketika Kjee baca mStar online, Kjee rasa ini antara story yang peminat2nya mahu tahu. Korang baca sendiri yer.
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
Beliau meminta pihak yang menggembar-gemburkan hal berkenaan agar menghentikan perkara itu.
Menurut Erra, dia tidak pernah berjumpa dengan mana-mana kaunselor untuk meminta nasihat dan menganggap khabar angin terbaru itu sebagai mengarut.
"Macam-macam cerita orang bercakap mengenai perihal rumah tangga saya dan seolah-olah mereka lebih mengetahui apa yang berlaku berbanding diri saya sendiri.
"Jadi langkah yang lebih baik adalah untuk menutup mulut daripada banyak berkata-kata dan membiarkan apa sahaja kata-kata orang kerana saya tidak berdaya untuk menutup mulut mereka," ujarnya kepada mStar Online.
Sebelum ini, media melaporkan rumah tangga yang dibina mereka kononnya goyah apabila timbul pelbagai dakwaan yang mengaitkan pasangan itu.
Dalam pada itu, Erra berkata, kehidupannya suami isteri bukanlah seperti kisah dongeng sebaliknya mereka melalui seperti mana pasangan berkahwin yang lain.
Erra memberitahu, selisih faham antara suami isteri adalah perkara biasa dan ia juga terjadi dalam perkahwinannya.
"Itu adalah perkara biasa dalam kehidupan berkahwin dan tiada apa yang perlu diperbesar-besarkan," ujarnya.
Bagaimanapun kata Erra, dia agak terkilan apabila muncul gosip-gosip keterlaluan mengenai rumah tangganya dan berharap perkara itu dapat dihentikan.
semoga apa yg mereka perkatakan hanya gosip semata2..suka tgok Erra bahagia....
ReplyDeleteKenapalah tak boleh nak doakan yang baik-baik je kan? Yang pergi gossip tu nak buat apa... tak ada faedahnya pun.... Dalam perkahwinan ni, mana ada yang sentiasa happy je... there are ups and downs la kan... sedangkan lidah lagi tergigit... jadinya, alangkah baiknya kalau kita just doakan rumahtangga mereka kekal selamanya... amin...
ReplyDeleteSaya setuju diam itu lebih baik daripada canang satu dunia hal rumahtangga kepada umum..Benar Erra 'public fingure' namun bukan semua perlu ditayang kepada orang ramai...Jika benar mereka mengalami masalah..biarlah mereka selesaikan tanpa campur tangan orang luar..Selagi tiada pengesahan atau terpampang di kaca TV ( Berita Perdana di TV3 ke ) atau di akhbar - akhbar arus perdana ( muka depan Utusan @ Berita Harian ) tentang kebebanran..sama - sama kita doakan yang terbaik.....40 orang doakan negatif..negatifla jadinya..namun kalau 40 orang doa yang positif..insya -allah.Bertabah la Erra ....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesian erra..bagi lynn tak salah kalau kita g kaunselor pon..kadang2 byak benda kita tak faham..kena jumpe org yg arif untuk beri pendapat..tu pon salah satu kunci kebahagiaan..
ReplyDelete