Dua hari kemudian dia hantar lagi sms tanya Kjee mintak dia kuih bakar tradisional atau Kuih Bakar Bombay, hari tu. Apabila Kjee kata Kuih Bakar Bombay, dia ketawa kata dah silap bagi resipi. Patutlah bila makan Kjee rasa lain sikit.
Bukanlah tak sedap tetapi rasa2nya dulu masa arwah Bonda buat, ada rasa dan bau minyak sapi! Hmmm nak buat camner. Kuih tu pun dah masak dan dah settle Kjee pulun. Hehehe.
Anyway, rasa2nya beza antara Kuih Bakar Tradisional dan Kuih Bakar Bombay taklah jauh sangat. Kalau tak silap Kjee Kuih Bakar Bombay akan guna sikit rempah ratus. Sikit jer. Kasi bangkit bau sikit jer.
Resipi Kuih Bakar Tradisional Bonda guna bekas yang sama iaitu korang boleh guna mangkuk, cawan, besen atau apa2 sajalah. Tapi semua bahannya disukat dalam bekas yang sama. Kjee guna mangkuk nasi cina untuk buat. Satu mangkuk masa Kjee sukat boleh muatkan 9 biji telor saiz B.
Okay jom kita intai resipinya.
Bahan2nya
1 mangkuk telor ayam
tiga suku mangkuk tepong gandum
1 mangkuk gula (Kjee kurangkan dua sudu besar)
1 mangkuk pati santan
10 helai daun pandan yang tua
minyak sapi
acuan kuih bakar
Cara
Daun pandan dicuci bersih, racik dan dikisar guna air sedikit sahaja. Cukup untuk gerakkan mesin pengisar. Kemudian ditapis airnya dan dicampur bersama santan. Kalau guna daun pandan yang hijau dan tua, tidak perlu tambah pewarna. Kjee tidak suka tambah. Biarkan dalam warna asal. Suka sangat baunya.
Satu mangkuk telor diblend bersama gula. Ini kerja mudah. Kerja tak mudah, telor dipukul sampai kembang guna whisk kemudian masukkan gula dan pukul lagi sampai kembang.
Kemudian masukkan santan yang telah dicampur dengan pati daun pandan. Kacau rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk. Jaga jangan bergentel. Kalau bergentel, tapis adunan.
Panaskan oven 180 darjah.
Kjee guna acuan kuih bakar tembaga. Panaskan acuan itu diatas dapur gas. Kecikkan api dan bubuh setengah suduh besar minyak sapi. Kalau suka boleh guna majerin tetapi rasanya masin. Apabila minyak sapi cair, perlahankan sedikit api.
Kacau adunan tadi hingga sebati dan tuangkan hingga ke paras tiga suku acuan kuih bakar. Jangan penuh sangat. Masak atas dapur gas sampai tepinya agak berkerak. Kemudian dibakar selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong.
terliur nengok kuih bakar atas acu tembaga tu..sedapnya. kak jee satu mangkuk telur ayam tu bersamaan berapa biji kak jee, selalunya kuih bakar ni manis kalau kita kurangkan gulanya, jadi tak kuih nie
ReplyDeletesalam Bariah, mangkuknyg kjee guna tu muat2 sembilan bji telor. memang kalau kurangkan manis lari sikit rasanya tetapi kjee tak berapa minat manis.
ReplyDeletesaya akan cuba buat ni, explanation kak jee sgt details..thks
ReplyDeleteSaya pernah tgk arwah mak masak kuih bakar ni, guna telur itik, bubuh daun limau purut. Xtau la klu kuih bakar lain. Tapi saya pn xsempat belajar kuih ni sbb dia manis sikit,
ReplyDeletekak jee...ade resepi tak kuih bakar yang dia ada sarang2 kat dlm dia..mcm keras skitlah...kuih tue mmg famous kat kuala ina...siap masuk paper ag...try searcg kat google takdr plak respinya...uhuhu...
ReplyDeletewaduh dapnyer kakjee..kemain susahkan nk cari kuih bakar jual yg sedaap kan kakjee! nnti nk try resipi kakjee ni nmpak senang nk ingat resipi..hehe!
ReplyDeleteKak jee...utk tepung gndum,3/4 ke 3 mgkuk dan suku mgkuk? Confuse sudah,sbb utk 9 biji telor,3/4 tu mcm sikit sgt
ReplyDeleteIkut jer resipi yg kjee beri tu. Betullah tu. Tak payah confuse. Kalau nk letak 3 mangkuk, letaklah. Tapi jgn lak marah kalau kuih jadi keras. Hehehe.
ReplyDeletesalam kak jee, nak tanya yg kuih bakar bombay tu ada tak resipinya? saya suka yg tu...and sekarang susah sgt nak cari kuih bakar berempah tu...
ReplyDeleteAssalam k,gee..saya nak save resepi k.gee dalam page sy..sedap sgt sy tgok...trliur tapi kesempatan nk buat tu xde lg..huhuhu tQ
ReplyDeleteAda lagi satu versi bagi org melaka di mana mereka meletakkan kunyit hidup...
ReplyDeleteKuih Bakar Bombay - telur itu dengan putih sekali atau kuning sahaja KakJee
ReplyDeleteDgn putih sekali.
DeleteKak Jee, saya masa kecil macam perasan arwah Mak ada letak kayu manis yang ditumbuk, betul ke Kak.
ReplyDeleteKakak ipar kjee kata, itu cara org Utara. Arwah mak tak pernah letak.
Deletebaik Kjee
ReplyDelete