Thursday, June 28, 2012

KUIH BAKAR ORANG LAMA






Hari tu Kjee call adik Kjee kat Melaka mintak resipi Kuih Bakar Bombay. Dia pun hantarlah text mesej kat handfon. Lepas dapat resipi, Kjee terus projek. Maklumlah dah lama tak makan.




Dua hari kemudian dia hantar lagi sms tanya Kjee mintak dia kuih bakar tradisional atau Kuih Bakar Bombay, hari tu. Apabila Kjee kata Kuih Bakar Bombay, dia ketawa kata dah silap bagi resipi. Patutlah bila makan Kjee rasa lain sikit.

Bukanlah tak sedap tetapi rasa2nya dulu masa arwah Bonda buat, ada rasa dan bau minyak sapi! Hmmm nak buat camner. Kuih tu pun dah masak dan dah settle Kjee pulun. Hehehe.



Anyway, rasa2nya beza antara Kuih Bakar Tradisional dan Kuih Bakar Bombay taklah jauh sangat. Kalau tak silap Kjee Kuih Bakar Bombay akan guna sikit rempah ratus. Sikit jer. Kasi bangkit bau sikit jer.

Resipi Kuih Bakar Tradisional Bonda guna bekas yang sama iaitu korang boleh guna mangkuk, cawan, besen atau apa2 sajalah. Tapi semua bahannya disukat dalam bekas yang sama. Kjee guna mangkuk nasi cina untuk buat. Satu mangkuk masa Kjee sukat boleh muatkan 9 biji telor saiz B.

Okay jom kita intai resipinya.

Bahan2nya

1 mangkuk telor ayam
tiga suku mangkuk tepong gandum
1 mangkuk gula (Kjee kurangkan dua sudu besar)
1 mangkuk pati santan
10 helai daun pandan yang tua
minyak sapi
acuan kuih bakar

Cara

Daun pandan dicuci bersih, racik dan dikisar guna air sedikit sahaja. Cukup untuk gerakkan mesin pengisar. Kemudian ditapis airnya dan dicampur bersama santan. Kalau guna daun pandan yang hijau dan tua, tidak perlu tambah pewarna. Kjee tidak suka tambah. Biarkan dalam warna asal. Suka sangat baunya.

Satu mangkuk telor diblend bersama gula. Ini kerja mudah. Kerja tak mudah, telor dipukul sampai kembang guna whisk kemudian masukkan gula dan pukul lagi sampai kembang.

Kemudian masukkan santan yang telah dicampur dengan pati daun pandan. Kacau rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk. Jaga jangan bergentel. Kalau bergentel, tapis adunan.

Panaskan oven 180 darjah.

Kjee guna acuan kuih bakar tembaga. Panaskan acuan itu diatas dapur gas. Kecikkan api dan bubuh setengah suduh besar minyak sapi. Kalau suka boleh guna majerin tetapi rasanya masin. Apabila minyak sapi cair, perlahankan sedikit api. 

Kacau adunan tadi hingga sebati dan tuangkan hingga ke paras tiga suku acuan kuih bakar. Jangan penuh sangat. Masak atas dapur gas sampai tepinya agak berkerak. Kemudian dibakar selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong.



Related Posts:

  • ROTI JALA BIDAN TERJUN         Tak ada plan pun nak buat Roti Jala hari ini. Tetapi apabila UnclePali kata nak lunch Nasi Padang Kak Anne, di kedai makan nya di Paya Jaras, Sg Buloh, terus Kjee decide nak buat Roti J… Read More
  • BINGKA LABU YANG MUDAH DIBUAT Ini antara kuih bingka yang Kjee sangat-sangat suka. Rasanya macam kastad. Tetapi kerana ramai kata labu banyak angin lah, sejuk lah dan semua yang sewaktu dengannya, Kjee jarang-jarang lah buat. Selain sed… Read More
  • KUIH BINGKA LABU        UP beli labu kuning kulit hijau, dua minggu lalu sebab Kjee nak buatkan dia kerepek labu yang viral kat FB. Nampak macam senang tapi setelah dihiris halus2 dan jemur, terpaksa buang seba… Read More
  • BISKUT DAM        Kjee menahan airmata ketika buat biskut ini lepas Subuh tadi. Takut gugur airmata bukan kerana menahan kesakitan tetapi inilah Biskut Raya wajib arwah Bonda.       Se… Read More
  • CEMPEDAK GORENG TAK SERAP MINYAK        Kjee jarang-jarang beli Cempedak dan goreng sendiri. Lebih mudah beli yang sudah siap goreng. Tetapi ada kalanya bengang apabila yang beli itu berminyak. Selalu Kjee terpaksa tekap denga… Read More

16 comments:

  1. terliur nengok kuih bakar atas acu tembaga tu..sedapnya. kak jee satu mangkuk telur ayam tu bersamaan berapa biji kak jee, selalunya kuih bakar ni manis kalau kita kurangkan gulanya, jadi tak kuih nie

    ReplyDelete
  2. salam Bariah, mangkuknyg kjee guna tu muat2 sembilan bji telor. memang kalau kurangkan manis lari sikit rasanya tetapi kjee tak berapa minat manis.

    ReplyDelete
  3. saya akan cuba buat ni, explanation kak jee sgt details..thks

    ReplyDelete
  4. Saya pernah tgk arwah mak masak kuih bakar ni, guna telur itik, bubuh daun limau purut. Xtau la klu kuih bakar lain. Tapi saya pn xsempat belajar kuih ni sbb dia manis sikit,

    ReplyDelete
  5. kak jee...ade resepi tak kuih bakar yang dia ada sarang2 kat dlm dia..mcm keras skitlah...kuih tue mmg famous kat kuala ina...siap masuk paper ag...try searcg kat google takdr plak respinya...uhuhu...

    ReplyDelete
  6. waduh dapnyer kakjee..kemain susahkan nk cari kuih bakar jual yg sedaap kan kakjee! nnti nk try resipi kakjee ni nmpak senang nk ingat resipi..hehe!

    ReplyDelete
  7. Kak jee...utk tepung gndum,3/4 ke 3 mgkuk dan suku mgkuk? Confuse sudah,sbb utk 9 biji telor,3/4 tu mcm sikit sgt

    ReplyDelete
  8. Ikut jer resipi yg kjee beri tu. Betullah tu. Tak payah confuse. Kalau nk letak 3 mangkuk, letaklah. Tapi jgn lak marah kalau kuih jadi keras. Hehehe.

    ReplyDelete
  9. salam kak jee, nak tanya yg kuih bakar bombay tu ada tak resipinya? saya suka yg tu...and sekarang susah sgt nak cari kuih bakar berempah tu...

    ReplyDelete
  10. Assalam k,gee..saya nak save resepi k.gee dalam page sy..sedap sgt sy tgok...trliur tapi kesempatan nk buat tu xde lg..huhuhu tQ

    ReplyDelete
  11. Ada lagi satu versi bagi org melaka di mana mereka meletakkan kunyit hidup...

    ReplyDelete
  12. Kuih Bakar Bombay - telur itu dengan putih sekali atau kuning sahaja KakJee

    ReplyDelete
  13. Kak Jee, saya masa kecil macam perasan arwah Mak ada letak kayu manis yang ditumbuk, betul ke Kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak ipar kjee kata, itu cara org Utara. Arwah mak tak pernah letak.

      Delete