Monday, June 11, 2012

MENTOR 6 LAHIRKAN BAKAT BARU OR MENIRU?

Foto ehsan mStar


Kemenangan Puteri Caroline dalam pertandingan Mentor 6, sekali gus bermakna seorang anak seni yang klon Mentornya telah dilahirkan! Tahniah Caroline kerana mirip Ella bukan sahaja dari segi suara, penyampaian mahupun karektor!

Tetapi itukah yang kita mahu lihat? Kelahiran artis klon?

Ketika Mentor 6 mula menyingkap tirainya 3 bulan lalu, Kjee dah buat ramalan hanya Anas, protege Faizal Tahir dan Puteri Caroline yang bakal berentap di final pertandingan itu. Zatul, protege Fauziah Ahmad Daud akan hanya menjadi filler atau bahasa surat khabar, penyendal.

Malangnya, setelah pertandingan masuk ke minggu ketiga, Kjee dah mula fed-up. Pertandingan itu sepatutnya mengeluarkan bakat baru, bukan bakat meniru!

Kjee tak nafikan Puteri Caroline sebenarnya mempunyai bakat yang lebih hebat daripada Ella. Tetapi kerana tiada pendedahan yang secukupnya, maka Caroline telah menetapkan Ella sebagai acuannya.

Banyak kali juri tetap Datuk Sharifah Aini dan Datuk Hj Ramli MS menegur Caroline supaya berhati2. Kata mereka Caroline mempunyai bakat yang cukup unik tetapi jangan terlalu terpengaruh dengan Ella. Tetapi malam tadi, Caroline masih mengekalkan imej serupa. Nasib baik dia tidak menyanyikan lagu popular Ella malam tadi. Pasti ramai akan bertepuk gemuruh kerana nyanyiannya pasti lebih sedap!

Maaf. I have nothing against Ella. She is one of my favorite female artistes. Tetapi alangkah baiknya seandainya Caroline diberi peluang mencorakkan identitinya sendiri She sings so well untuk lagu omputih yang sukar kita dapat pada sebilangan besar penyanyi yang ada. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan Mentornya pun ketinggalan berbanding dengan Caroline.

Begitu jugak dengan Anas. I have had so much hope for this boy masa mula2 muncul dalam Mentor 6. Gayanya yang sempoi dan bersahaja cukup meyakinkan. But then, masuk minggu ketiga dan seterusnya, Kjee hanya nampak bayangan Faizal Tahir. Masa itu, Kjee dah ramal, budak ini tidak akan jadi juara.

Kalaulah stress (tak kesahlah kalau FT pun mengaku dia stress), menyebabkan punca Anas gostan instead of ke depan, Kjee rasa anak muda ini harus banyak didedahkan dengan sessi kaunselling untuk melawan stress. Untuk jadi seorang anak seni yang serba boleh dan berjaya, stress adalah musuh utama yang harus mereka lawan!

Malam tadi, walaupun Kjee akui Caroline begitu konsisten dalam nyanyian serta persembahannya sepanjang malam (kecuali untuk segmen bersama Zamani dan Slam), pilihan Kjee bukanlah Caroline ataupun Anas. Hati kecil Kjee kata Caroline akan muncul juara. Tetapi juara sebenarnya, pada pertimbangan Kjee ialah Zatul!

Why? Because Mentor dia sama nama dengan Kjee? Atau Kjee memang 'cium molot' dengan Ogy sejak dia belasan tahun?

Nooo! Because Zatul telah menepati matlamat! Matlamat Mentornya untuk melahirkan seorang penyanyi baru, bukan klon!!

Kjee tak ingat siapa nama dua penyanyi Indonesia yang hadir di Konsert Mingguan Mentor hari tu, yang rata2 memilih Zatul, ketika ditanya Ally Iskandar, siapa pilihan hati mereka. Masa tu ada peminat Caroline dan Anas tak puas hati dan kata dua2 penyanyi Indon tu tak pandai menilai.

Tetapi mereka sebenarnya pandai sangat2 menilai! Mereka mungkin merasakan kehadiran Anas dan Caroline hanya untuk menggantikan Ella yang sudah over the hill atau menambahkan satu lagi Faizal Tahir.

Hanya Zatul yang stand on her own right! Dia tidak langsung dibayangi oleh Ogy Ahmad Daud. Saban minggu dia mengejar status. Dan peningkatannya cukup menakjubkan sehinggakan malam tadi, Datuk Haji Ramli MS yang begitu sukar untuk memberikan komen yang 'menyedapkan telinga', openly buat remarks yang beliau cukup kagum dengan 'kegigihan dan semangat' yang dipamerkan Zatul dan Ogy!

Dan sebelum ini Datuk Sharifah Aini juga pernah melontarkan remarks yang Ogy seorang Mentor yang cukup baik! Dan Mentor yang baik hanya mengeluarkan kata2 seperti ini di akhir pertandingan: "Saya akan pastikan Zatul masuk kelas vokal untuk mantapkan lagi suara dia. Saya akan tunaikan janji ini kepadanya!"

Anyway, sekalung tahniah kepada Caroline kerana menjuarai pertandingan Mentor kali ini. Tunjukkanlah kehebatan anda seterusnya. Keluarlah dari kepompong Ella. You have much better talent!!! Insya Allah.

ehsan mStar



13 comments:

  1. saya ingatkan zatul boleh menang malam td.. lgpun banyak perubahan dia dr mula sampai akhir.. xde klon sape pun... suara pun makin bagus.. mungkin bukan rezeki zatul kat mentor, harap dia lbh cemerlang lepas ni.. rezeki masih terbuka diluar...

    ReplyDelete
  2. Kjee. rambut sama hitam.. hati n citarasa lain2 hehe

    ReplyDelete
  3. Kak Jee, ulasan macam ni la yang saya tunggu tunggu! Yang lain tu nampak sgt klon mentor derang. Mungkin rezeki zatul di masa lain, mana tau kan..

    ReplyDelete
  4. setuju dgn kak jee. zatul lebih layak. dia telah keluar dr imej lama yg ada klon siti nurhaliza dan bbrp penyanyi lain. kak ogy mmg telah berjaya mendidik zatul menjadi penghibur. caroline ok tp masih byk lg "suara" dia yg tak keluar, mcm di"tekan" oleh imej ella.

    ReplyDelete
  5. saya pun sokogan Zatul..tapi tak menang..nak buat camno..dengan pilihan yang telah di buat oleh juri awam, rakyat malaysia dan juri pro...

    ReplyDelete
  6. pada mulanya.. saya juga mengharapkan anas akan menjadi juara.. tapi.. dari minggu ke minggu.. zatul nampak semakin mantap.. dan nampak sangat kak ogy menurunkan segala ilmu yang diperlukan sebagai seorang penghibur yang bukan menjadi "penyanyi" semata-mata... suara caroline memang bagus.. tapi.. memang nampak sangat klon ella..

    actually.. melalui lagu baru yang dinyanyikan oleh caroline tu.. dia dah boleh menyerlahkan caroline yang sebenarnya.. tapi sayang.. penampilan yang tetap begitu (seperti mentor dia)... saya mengharapkan caroline menyanggul rambut untuk lagu terakhir.. mungkin nampak lebih "Caroline" dan bukan "Ella"

    ReplyDelete
  7. bagi saya mungkin bukan rezeki zatul malam tadi. tak semestinya juara akan menyerlah selepas ini. tgk aje kris allen dan adam lambert..:-)
    all the best zatul..keep your own identity..
    fnasir

    ReplyDelete
  8. I wholeheartedly agree with your evaluations, Sis.....

    ReplyDelete
  9. saya pun rasa ZATUL yg menang... adusss sedih... persembahan giler best.. mantop!

    ReplyDelete
  10. Aunty...saya pun suka zatul tu... mase first aunty post pasal kak ogy akan jadi mentor sy pun terasa yg dia akan jadi mentor yg hebat. awal2 xde sape nk vote...semakin lame vote naik sikit demi sikit... bagi saya itu kejayaan yg sebenar... Pada faizal tahir pulak memang tak profesional sbb makin ke pringkat akhir dia makin stress dan ptus asa dengan anas dan siap kate nk buat lagu untuk hazama. dan ini terbukti dari komen Dato Ramli MS suruh anas cari mentor yg lebih profesional. Dari apa yg saya amati pun saya setuju disini. =) Zatul memang terbaik untuk malam tu. Kak Ogy pun lagi terbaik. betullah, dia mentor hebat bile tetap mempertahankan kemajuan protegenya bila dia kata dia akan bagi kelas vokal kat zatul tu.. Saye suka blok kak jee dan Ogy juga!!! =D

    ReplyDelete
  11. Laaa dah habis eh Kjee? Kita satu pun tak tengok! Hok aloh... :D

    ReplyDelete