|
Amacam? Okay tak? |
Hari ini Kjee sediakan menu ala2 kitar semula. Ya Puan2 semua. Ini antara kesekian kali mokcik ke dapur dalam mode kureng rajin. Tapi taklah semua. Satu jer.
Ingatkan tadi tak nak masak sebab lepas Unclepali solat Jumaat, kami nak ke Sri Gombak. So pepaham jer lah kan. Makan nasi campur atau anything sewaktu dengannya.
Tetapi sampai jer rumah dari bekfas tadi, Kjee ternampak sepapan telor yang diletak atas meja kat dapur. And then otar berputar teringat ada baki kari ayam dalam freezer. Kuah jer sebab ayam Nadia dah ratah sampai habis. Kjee simpan sebab ingatkan nak makan dengan lempeng pagi Ahad nanti.
|
Sambal Tumis Sardin |
|
Telor Masak Kari atau Celup Dalam Kari. Hehehe |
|
Siapa ta suka please duduk jauh2 |
|
Sedapnyyaaa. Unclepali buat |
Tapi tetiba teringin nak makan kari telor! Yezzzaaa!!! Untuk Unclepali, Kjee buatkan sambal tumis sardin favorite dia.
And then giliran Unclepali pulak godek fridge. Dia terjumpa satu bekas lauk daging salai mangga ari tu yang dah tinggal sikit tapi sayang nak buang. Terus dia letak dalam periuk dan bubuh atas dapur. Kjee tak suka lauk berbaki dah beku dipanaskan dalam microwave. Ntahlah, pada Kjee tak sesedap dipanaskan atas dapur.
Kemudian Unclepali projek buat sambal mangga pauh muda dan ohhh masam and sedap. Kjee pulak terus rebus petai yang dihulurkan jiran semalam. Bestlah jiran tu. Tiap kali kait petai, mesti ada habuan untuk Kjee. Kelmarin dia beri jering muda. Ohhhh so very the sedap.
Alhamdullilah rezeki kami hari ini. Ingat nak goreng ikan jeruk tenggiri tapi tak jadi. Banyak sangat buat spoil selera. Hehehehe.
|
Masak lemak daging salai kitar semula |
hihihi... sy pun selalu kitar semula lagi2 bab telur celup kari... telur celup sambal, hehehe
ReplyDelete"Kjee tak suka lauk berbaki dah beku dipanaskan dalam microwave. Ntahlah, pada Kjee tak sesedap dipanaskan atas dapur."
ReplyDeletesetuju..
maka sampai sekarang saya takde microwave
he he he
lama tak makan petai celur
ReplyDeletesaya boleh makan semua jenis ulam
hehe
Wah sedap tu kak jee.
ReplyDeleteSaya tak masak hari ni sebab, pagi dah keluar gi hospital ada appt ultra-sound & mammogram, selamat berhujung minggu
takut pulak bila sebut kitar semula tu...hehehhe....kalau dgn telur mcm2 jenis kitar semula kita boleh buat kan kak gee....
ReplyDelete