Sunday, June 17, 2012

YANG MENGARUT TAK PAYAHLAH MASUK KAROOT KOMEDIA




Semalam seorang sahabat seperjuangan Kjee dalam bidang kewartawanan call. Dia ternampak status Kjee dalam FB nak layan rancangan komidi "Karoot Komedia" di Astro Warna. Memang sejak akhir2 ni sejak Kjee berlanggan balik Astro sebab kat Kpg Sg Pelong tak ada Unifi Kjee dah tak miss tengok Astro Warna.




Bukan Kjee jer. Malah, pengkritik2 utama dalam umah Kjee siapa lagi kalau tidak Unclepali dan Nadia pun sama2 menonton dan ketawa terbahak2 mengalahkan Kjee. Yang tak gemar tengok Dikir Barat, macam Kjee, sekarang dah suka. Hehehe.

Astro Warna antara jejak langkah terbaik Astro. Stesyen TV lain cuba nak cungkil bakat lawak baru tapi kureng berhasil. Tetapi idea2 genius di belakang Astro muncul dengan pertandingan mencungkil bakat lawak seperti Raja Lawak kemudian Maharaja Lawak. 

Mula2 dulu Kjee musykil jugak dengan lambakan pak2 lawak yang dihasilkan Astro. Bimbang jadi macam Akademi Fantasia. Seorang dua sahaja yang menyerlah. Yang lain, sampah! Ketika itu Kjee tidak fikir Astro sebenarnya telah rangka banyak rancangan untuk pelawak2 kelahiran mereka, sekali gus menerbitkan satu channel khas Astro Warna.

Tahniah Astro. Sorry dulu kita gelar awak Asteruk! Tapi makin lama makin kureng sikit teruk!  Adanya channel Astro Ria, ramai pelawak baik yang bukan dilahirkan Astro atau pun oleh stesyen TV lain, sudah boleh hidup. Dulu2, pelawak hanya duduk di tangga tercorot dalam industri seni tanahair.


In other words, pelawak sekarang sudah boleh cari makan! So sesiapa yang ada anak dara yang berkenan dengan pelawak2 tanahair, jangan gundah gulana. Tak kebuluran anak dan cucu2 awak nanti bersuamikan pelawak. Hehehe.

Unclepali yang seringkali pandang rendah bakat2 lawak tempatan, kini dah bukak mulut kata pelawak kita sama standard dengan pelawak antarabangsa. Cara lawak spontan mereka, superb! Padan muka. Itulah kalau suka benar pandang rendah bakat tempatan. Ini tidak ditujukan kepada suami Kjee sorang tau!

Berbalik kepada Karoot Komedia yang terbaru Jumaat lepas. Kenapa dia orang tambah X, takklah diketahui. Apakah Karoot Komedia X itu sedang dijuruskan kepada pertandingan pulak selepas Super Spontan?

Anyway, Kjee tak suka pelakon lawak Karoot Komedia asal seperti Jep dan Jehan dikeluarkan. Kedua2nya pelakon lawak yang berbakat besar dan sudah sinomin dengan rancangan itu. Apakah mereka dikeluarkan atas sebab2 nak kembangkan bakat mereka untuk rancangan lain ataupun masalah peribadi.

Bercakap pasal masalah peribadi yang juga merangkumi masalah disiplin, ingin Kjee sentuh sikit pasal citer yang Kjee dapat dari sahabat Kjee (yang Kjee perkenal di awal2 entry ni tadi). Dia meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan pemilihan pelakon baru Izzara Ayesya (ehh betul ke nama dia Kjee tulis ni).

"Awak tahu Jee, dia datang recording dua tiga jam lambat! Pelakon2 lawak lain yang lebih veteran, melanguk tunggu kehadiran dia. Sampai2 jer recording terus start. Sebab itu, dialog dia hanya sebutir dua jer. Pelawak2 lain tak sempat nak rehearse dengan dia.

"Sudahlah rancangan itu dibuat secara spontan. Walaupun ada skrip, ianya hanya garis panduan. Yang lain semua add-lib (dialog spontan). Terkebil2 dia tengok pelakon lain bawak watak mereka. Yang 'mengarut' sebenarnya dia!!" kata sahabat Kjee tu.

Patutlah Kjee tengok dia tu macam wall paper jer malam tu. Jolokan Wall paper dulu biasa Kjee dan frens gunakan untuk mereka yang kehadirannya tidak ubah macam wall paper (kertas dinding) atau langsir. Duduk diam2 tengok orang berbual atau beraksi!

Dan menjela2lah sahabat Kjee berhujjah. Katanya harap muka cantik jer. Nama dia meletop pun sebab bernasib baik dapat watak dalam drama yang meletop! Ewah.

Anyway, tahniah sekali lagi kepada Astro. Idea2 genius di sebalik Channel Astro Ria haruslah sentiasa memikirkan rancangan2 baru untuk mengenengahkan bakat2 yang Astro lahirkan.

Gabungan pelawak lama dan baru juga cukup bernas. Yang baru harus menimba ilmu dari yang lama. Jangan lah tunjuk sombong. Ilmu lawak bukan boleh dipelajari di sekolah atau Universiti! 









9 comments:

  1. setuju sangat2 dgn pendapat kawan kak jee tu :)

    ReplyDelete
  2. yea..terasa 'kehilangan' jihan n jep..obvious sgt disitu..

    ReplyDelete
  3. Saya pon kecewa dgn izara aisyah! die kat oh my english sgt best. tapi persembahan die kat karoot komedia tu, mmg sgt mengecewakan!! serupa die takde je kat situ.
    btw kak jee, X yg ditambah kat karoot komedia tu maksudnya musim kedua. yg membawa erti Xtra, Xtreme dan ape2 saje X. hehehehe.. ade sabri terangkan masa episod pertama karoot komedia X. :)

    ReplyDelete
  4. o...yg berdiri terpinga2 takde dialog tu...dia ke? patut la tak berfungsi langsung!

    ReplyDelete
  5. sakit perut saya masa episod ni
    sakit perut tengok johan dan ebi yus
    izzara tu jd patung je masa tu
    xde pun takpe

    ReplyDelete
  6. idea asal ni sebenarnya dari rancangan Opera Van Java.. konsep yg sama di mana ada lagu dan ada tukang karut serta awak2 nya. Rancangan ni ada dalam Pakej BINTANG. Lawak pun spontan. Cuma di olah mengikut kesesuaian masyarakat malaysia (jgn dituduh maling ya udah kan).

    Jep memang best... kadang2 gelak spontan dia pun kita dah boleh gelak... jep, ebi yus dan johan mmg gabungan mantop...

    ReplyDelete
  7. sy pun same kak jee...xsuka langsung tgok patung tu dok situ x fungsi pun elok xde.Karoot komedia yg lame best pelakon2nye...sayang jihan n jep xde...yg first karoot komedia X mmg xbest...ramai sangat tp yg baru ni ok best cuma patung tu jee..menyemak je..kak jee kan hehehe.....

    ReplyDelete
  8. setuju ngan kak jee dan semua komen2 di atas,.saya pon x minta Izara ni,..dia ni x lawak lansung,..x sesuai utk rncngan KK,.utk jd daya penarik je kot,sbb lawa kan..

    ReplyDelete
  9. lagi best opera van java la...


    terbaek...

    ReplyDelete