Sunday, July 1, 2012

BABAT MASAK LEMAK BEREMPAH





Ada orang panggil perut, perut towel atau Babat. Kalau dalam keadaan original, ia berwarna hitam. Hanya yang pandai sahaja tahu macam mana nak hilangkan 'keladak hitam' yang melekat pada perut towel ini.


Masa Kjee kecik2 dulu, macam2 kaedah digunakan arwah bonda untuk membersihkan babat ni. Tapi Kjee dah lupa cara2 dia. Ada jugak kedai minang yang jual lauk perut masak lemak guna babat hitam. Kjee tak selera nak makan kalau tengok kaler cam tu.

Tetapi entah apa teknologi digunakan sekarang, babat atau perut ini boleh dibeli sudah siap bersih dan menjadi putih melepak. Kjee beli babat ni di pasar malam Bandar Sungai Buloh dengan harga RM15 sekilo. Dah lama tak masak babat ni. Lebih mudah makan di kedai2 minang kan?

Anyway, babat ini tidak amempunyai rasa manis seperti daging ataupun ayam. Jadi kalau memasak lauk menggunakannya, kita harus mempelbagaikan bahan2 yang digunakan supaya timbul rasa sedap. Selain masak lemak, babat ini orang guna untuk buat kerabu dan jugak bubuh dalam lauk dalca.



Kjee beli sebab teringin nak makan kerabu babat bersama santan. Tetapi Nadia kata dia nak makan Babat ala2 masak gulai Pahang. Gulai Pahang seakan2 masak lemak tetapi ditambah rempah seperti ketumbar, jintan manis serta lengkuas dan serai.

Selalunya Kjee masak gulai Pahang guna ayam ataupun daging. Lihat sini untuk resipi. Sedap sangat kalau dibubuh kentang. Tapi kali ini untuk Gulai babat ni, Kjee tak bubuh kentang tapi campakkan belimbing. Dan kerana rasanya ketika hampir2 masak agak 'flat', Kjee bubuh sedikit gula. Hasilnya amat memuaskan. Kalau buat Gulai Pahang, kita mesti berani bubuh cili api dalam jumlah yang banyak. Lagi pedas lagi sedap!

Babat sangat liat dan memerlukan masa yang panjang untuk merebus. Kjee guna periuk tekanan atau pressure cooker dan merebus kira-kira ½ jam. Texture setelah merebus, haruslah lembut sehingga kita tidak perlu kunyah lama. Kjee kekadang telan jer. Hehehe.

Selamat mencuba.



6 comments:

  1. please la kak gee..kegemaran saya ni.pernah saya muntah hijau sebab tengok makcik basuh benda ni raya haji tahun lepas.baunya waktu diproses...masyaallah....mintak ampun!kalau tak silap dia cuci dengan soda.tapi bila dah masak lemak cili padi...perghh!!....mantop!

    ReplyDelete
  2. Kak Jee ... Arwah mak saya dulu cuci dengan kapur sireh untuk buang keladak hitam tu. Lumur kapur sireh tu & biarkan dalan setengah jam kemudian cuci - Nazura

    ReplyDelete
  3. kak jie.. rendam dalam air kapur..

    - tapi baunyer menag tak boleh tahan..

    huh.. meleleh air liup plk.. berpuasa nie kak jie...

    ReplyDelete
  4. Pernah cuci dengan kapur sireh, memang senang tanggal yang hitam tu, tapi dengar cerita ada juga yang cuci dengan 'karbaid' - yg biasanya digunakan buat meriam buluh tu - utk dapatkan hasil yang putih bersih terutama utk pasaran skala besar..

    ReplyDelete
  5. selalunya bapak saya yang bersihkan dan rebus babat ni.. mak tinggal masak je..

    n bapak bersihkan guna kapur sirih... sampai putih melepak..

    haritu mak n bapak datang rumah.. bawakan perut yg dah bersih siap rebus.. so harini saya try masak style kakjee.. cuma saya tak tahan pedas, just potong lada merah + hijau je..

    mmg sedap.. thanx kak jee

    ReplyDelete
  6. saya ni tengah terfikir2 apa nak masak dgn perut lembu yg baru saya keluarkan dari freezer.saja buka internet untuk cari resepi,ternampak your recipe kak jee. nak cuba resepi by today.i saw gambar belimbing buluh in yr masakan, saya ada yg kering. so nak try la.

    ReplyDelete