Beef ala Classic |
Isyhhh mana ada cakap tak mo makan kat luar. Kjee hanya tak nak makan style buffet sebab kami tiga beranak tak kuat makan. Membazir jer kalau bufffet sampai beratus2 henget se kepala. Kalau boleh tapau bawak balik rumah untuk sahur okay jugak kan?
Braised Lamb Shank |
Serius ni. Kami tiga beranak hanya mengadap apa jer yang ada masa berbuka. Pastu our next meal is sahur. Dan sahur selalunya kami hanya minum Nutrastart. Kjee heran ada yang balik rumah lepas Terawih boleh makan dan makan dan makan. Pastu sahur makan lagi. Eh korang letak makanan tu kat bahagian mana perut tu hah?
Anyway, ni nak citer hal semalam. Kami gi berbuka di Arima Western and Classic di Taman Keramat. Sekarang dah jarang2 kami tiga beranak makan di situ sebab dah tinggal jauh. Tetapi dalam sebulan, adalah dua kali. Kalau tidak, seminggu sekali kami landing sana. Makanannya memang menepati citarasa Kjee dan famili yang cerewet ni.
Tengah hari semalam Kjee dah siap2 call owner dia, Arie. Kalau korang nak add dia kat facebook, dia guna nama Nicer Arie. Order siap2 sebab hari2 gerai western tu memang penuh. So kami sampai 10 minit sebelum azan maghrib, jer makanan dah ada atas meja.
Olio Aglio..ini gambar hari tu. foto malam tadi tak jadi. hehehe |
Semalam Kjee teringin nak makan Beef ala Classic. Kjee suka sangat sebab ada banyak sangat cendawan. Dan sosnya juga superb. Chicken ala Classic pun ada. Cara masak dan presentationnya sama.
Unclepali pulak order Braised Lamb Shank yang enak banget, ibu2 dan bapak2. Kjee kecur gak tengok tapi tak mo tambah kolestrol lagi. Nanti masuk spital. Rasa Braised Lamb Shank di situ sebiji cam di Secret Resipi tapi harganya taklah sebiji. Lebih murah, gua cakap lu. Tapi walaupun Kjee was2 nak mintak sikit makanan Unclepali semalam, Kjee tetap cilok sikit sosnya yang hmmm sedap tu.
Semalam Nadia masih tak sihat. Dia demam dan tekaknya bengkak (tonsils) so dia order spaghetti olio aglio. Kalau dah demam, pasti ada jer yang tak kena. Kami berdua tukang tolong dia habiskan spag dia sementara dia tolong Kjee habiskan Beef ala Classic Kjee.
Kjee jugak order side dish kesukaan kami bertiga iaitu garlic bread dan mushroom soup. Dan air pulak, Nadia nak minum Tea O Ais, Kjee Selasih Biru dan Unclepali Air Tembikai Laici.
Arie ni agak generous dalam menghidangkan makanannya. Susah betul nak habiskan. Banyak lagi menu yang sedap2 di situ. Ada Grilled Salmon, Fish and Chips, Chicken Chop, Lamb Chop, Mixed Grilled, Grilled Sausage dan macam2 lagi. Menu terbaru mereka Chicken Spag Bolognaise.
Harga sangat berpatutan walaupun rasanya sama dengan yang disediakan di hotel2. Bil kami semalam RM64 jer.
Harga sangat berpatutan walaupun rasanya sama dengan yang disediakan di hotel2. Bil kami semalam RM64 jer.
Sesiapa yang berhajat nak kunjung tempat Arie, Kjee nasihatkan korang supaya call atau sms dulu 0126679620 buat reservations. Kalau tidak, lepas terawih baru makanan sampai. Isyhhh idaklah. Gurau jer.
Adesss!
ReplyDeletesangat terliur lah kakjee.hihihi
air biru tu menarik hatiii ;')
Biar betul rm64 je kakjee?bestnyaaaaaaaaa
ReplyDeleteYa betul norina. Murah sgt. Rasa dan presentation cam kat hotel tapi harga gerai. Achaner tu. Hehehe
ReplyDeletesalam k.jee..dh lama dh kita x ke arima classic nih! aritu pestaim kita pi makan kt fiske steakhouse @ medan selera AU2(depan kilang2..kedainye cam rumah kaca tu)..sedap & murah gak reganye!
ReplyDeleteDr Ina, kjee pernah mkn kat steak hse friskies tu. Tak kena ngan my tekak.
ReplyDeleteKjee, berbuka makan sket je.. tak senak nak magrib & terawih, pas terawih ada space kosong lagi hehe..
ReplyDelete