Hari tu masa Bonda mertua datang berkunjung dan nampak banyak pokok betik sekeliling rumah Kjee, dia kata betik mengkal sedap goreng bersama belacan? Hmmm berkerut kening Kjee. Kalau betik mengkal tentu rasanya ada manis2 sikit kan? Boleh ker buat goreng belacan?
Siang tadi balik dari beli ayam yang Kjee berhajat nak buat sup biase2, ternampak pokok betik di sisi rumah. Suruh Unclepali pergi petik sebiji yang kecik.
Setelah sup ayam Kjee siap, Kjee pun projeklah dengan betik mengkal tadi. Masa menghiris sempat jugak masuk mulut. Alamak dah lebih dari mengkal. Rasanya manis sangat. Anyway oleh kerana dah tumbuk bahan2nya maka Kjee pun teruskan masak.
Kjee bubuh lebih cili api nak 'matikan sikit' rasa manisnya. Hasilnya? Well, okaylah. Kalau pokok betik berlembak sekeliling rumah, bolehlah cuba resipi ini. Tetapi kalau nak pergi redah cari betik mengkal, rasanya tak perlulah bersusah payah. Guna jer kangkung. Lagi sedap. Ataupun buat jer Betik muda masak bening. Kjee lagi suka. Hehehe.
Tetapi bagi yang suka nak cuba, jom lihat bahan2nya.
Bahan2
½ biji betik muda (dibuang kulit dan hiris atau sagat panjang2)
cili api (ikut kepedasan)
3 ulas bawang putih
belacan (sebesar ibu jari)
sos ikan/garam
serbuk perasa
Cara
Tumbuk halus cili dan bawang putih. Kemudian tumis dalam minyak yang sedikit hingga garing. Masukkan betik dan golek2kan sampai masak. Rasa garam (Kjee guna sos ikan) dan bubuh sedikit serbuk perasa kalau suka.
Selamat mencuba.
salam kak jeee....
ReplyDeleteIshh macam bess jeee kak,
Assalamualaikum...Mesti sedap resipi nie. Tengok gambar pun dah tau sedap.
ReplyDeleteMohon dipautkan blog saya di blog akak. Blog akak telah dipautkan.
http://assassincyber.blogspot.com
TQ
Salam kak jee...kalau syle mak saya..potong nipis-nipis....tumis kering letak cili padi...petai....ikan bilis....fuhhhhh terangkat...
ReplyDeleteErrrr tambahan...tapi kena guna buah yg belum masak....
ReplyDelete