Kjee beritahu dia, walaupun gagal masuk Grand Final tetapi penyertaannya dalam pertandingan itu, melonjakkan kembali namanya. Dan tidak mustahil meletakkannya semula di zaman kegemilangannya dulu. Bukan senang hendak kembali popular dalam sekelip mata.
Tetapi itu bukan bererti selama Farouk 'mendiamkan diri', dia tidak aktif dalam bidang seni. Cuma dia memilih penampilan yang low profile. Masa Kjee jumpa dia beberapa bulan yang lalu, nyata sekali diari Farouk memang padat terutama sekali di hujung minggu dan hujung tahun.
Kalau nak baca entry Kjee mengenai Farouk dulu, klik sini.
Untuk pengetahuan semua, Farouk banyak memenuhi undangan menjadi MC atau mengendalikan majlis2 korporat. Baik untuk hari keluarga mahupun untuk dinner shows. Alhamdullilah, rezekinya amat memuaskan, katanya.
Tetapi Kjee rasa selepas berakhirnya pertandingan itu, peserta2 yang menyerlah keterampilan mereka akan mendapat tempat semula di mata masyarakat. Itulah pentingnya kalau dijaga adap sopan ketika menyertai sesebuah racangan yang ditonton oleh seisi keluarga!
Ada peserta yang terlalu ghairah kerana sudah lama tidak beraksi depan kamera dan cuba menarik perhatian dengan gimik2 yang meloyakan. Namun nyata sekali yang low profile paling diminati!
Kalau sebelum ini kita tidak mengenaili siapa Soo Winci atau pun Tanuja, sekarang nama mereka menjadi sebutan.
Dalam hal ini Kjee tabik springggg kat Astro kerana menjadi peneraju kepada rancangan2 ala bakat dan juga pertandingan. Dengan adanya rancangan2 seperti itu (walaupun bukan idea asal) tetapi sekarang ini semakin bertambah2 bakat baru dalam bidang lawak dan sebagainya. Bintang2 lama yang sudah malap pun digilap kembali. Tahniah!
Khabarnya, rancangan Karoot Komedia menduduki tangga teratas rancangan tempatan yang dikeluarkan Astro. Kjee pun setuju sebab suka sangat rancangan itu!
Bersama isteri dan pengurusnya Lina |
Apapun tahniah kepada semua selebriti yang join masterchef..mesti lepasni diorang rindu nak masak ramai-ramai
ReplyDeleteharap2 makin bertambahlah rezeki mereka selepas ni. sebelum ni org mcm tutup mata je. kali ni baru terbukak mata.
ReplyDeleteRancangan tu semua mereka bayar lesen la kak. Sehati berdansa suma tu..so mk kena ikut format sini ie.uk
ReplyDeleteX sangka farok nie pandai memasak....malu ai...hehehe...semoga rezeki makin bertambah selepas nie..
ReplyDeleteSokong Kak Jee. Suka tengok Farouk mengacara rancangan Warung Kita kat Astro dulu. Menitik - nitik air liur tengok dia makan.
ReplyDelete