Wednesday, July 18, 2012

DAGING TETEL BUAT KARI SAMA KENTANG



NAK RESIPI KLIK SINI





Kari daging tetel. Korang tahu ke apa itu daging tetel? Ianya adalah cebisan potongan daging yang dijual oleh pejual daging tempatan. Daging beku yang diimport tiada tetel. Tetel ini terjadi apabila penjual daging itu 'membersihkan' bahagian2 daging seperti batang pinang ataupun daging pejal.

Mereka membersihkan daging itu daripada urat2 dan lemak supaya dapat jual daging yang sudah bersih dengan harga yang lebih mahal. Tetapi kalau korang nak tahulah, daging tetel ni punyalah sedap sebab ada urat2 dan sedikit lemak2. Kalau direbus sempurna, iaitu lembut sangat2 (Kjee guna pressure cooker) ia sedap dibuat apa jua jenis lauk termasuk daging goreng berlado!

Tetapi perlu diingat, daging tetal tidaklah elok untuk kesihatan sebab ia mengandungi lemak2. Memanglah lemak2 yang melekat pada daging tetel tu sedap sangat2 tetapi..hmmmm sendiri mau ingatlah. 

NAK RESIPI KLIK SINI 
Kjee jarang jaraaaang beli daging tetel. Bukan kerana nak jaga sangat kesihatan tetapi sebab susah nak jumpa yang betul2 cantik.

Hari tu semasa Kjee lalu kat gerai jual daging di Kuang, Kjee singgah dan nampak penjualnya tengah bersihkan daging tetel. Dia bubuh selonggok dalam satu pinggan alluminium. Harganya RM22 sekilo, katanya apabila Kjee tanya.

Mahalnya! Sikit lebih kurang harga daging batang pinang, kata Kjee. Dia kata ini bukan sebarang tetel. Tetel pilihan sebab dia memang sengaja buat tetel ni. Bukan cebisan daging yang dibersihkan. Ohhh cam tu ker? Kjee bayar selonggok RM23.50. Diskaun 50 sen jadi RM23.

So pagi tadi rancang nak buat Sambal Goreng Pengantin. Tetapi Unclepali kata nak makan kari daging sama kentang. Selain itu, Kjee buat lauk Terung Goreng Berlada bersama Udang Kering Garing, sambal belacan dan petai jeruk. Kjee jugak goreng keropok ikan. Selalunya kalau buat kari, Kjee kawankan dengan papadom.

Itu jer rezeki kami sekeluarga hari ini. Alhamdullilah.









7 comments:

  1. Assalam kJee.. mmm.. sedapnyerrr.. nyum nyum.. pastu kuah kari tu buat cecah ngan roti jala pun sedapp..

    ReplyDelete
  2. pergh...lazatnya..

    ReplyDelete
  3. One of d most unhealthy food... pnh cuba nk makan tp tk tertelan..

    ReplyDelete
  4. daging tetel ni favourite kita kalau masak asam pedas melaka, bulan puasa ni bubuh dalam bubur lambuk, wallaaaaaaaa.. lain kali bolehlah masak kari macam gambar di atas :-))))

    ReplyDelete
  5. Memang suka makan.. Tapi tak boleh makan banyak sangat.. Kak Jee buat saya terliur.. :)

    ReplyDelete
  6. betul K Jee.. susah nak dapat tetel yg baik..

    sedap nya lahai menu pilihan k jee.. terliur dah ni hehehe

    ReplyDelete
  7. sedapnyer kak jee...teringat mak slalu msak kari daging tetel nihh dia xletak kentang tapi dia slalu letak rebung atau umbut kelapa....perggghhh rindu ler plak duk jauh2 nihh....

    ReplyDelete