Tuesday, July 3, 2012

ERRA KATA OKAY SO TAK PAYAH MENYIBUK



Dua tiga hari sekali, pasti ada cerita pasal Erra Fazira dalam akhbar. Walaupun tiada album ataupun filem baru, namun penangan Erra begitu kuat sekali yer. Peminat yang menyayanginya begitu ramai, justru setiap perkembangan terbaru aktres jelita itu terus diikuti dengan penuh rasa saspen.



Apapun, jom doakan apa yang dijadikan bahan berita dalam akhbar atau blog, tidak benar. 

Tak perlulah buat sebarang spekulasi. Tuan punya badan kata okay, so kita terima berita itu sebagai okay jer lah. Kalau esok lusa, lain pulak ceritanya, kita kena terima jugak. Rumahtangga dia bukan kita. So, siapa kita nak buat spekulasi apa2.

Dibawah ni, Kjee C&P dari mStar Online.



Erra Fazira Akui Tertekan, Tetap Enggan 'Buka Mulut'

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

Erra Fazira tetap dengan prinsip tidak akan sesekali berkongsi mengenai kisah rumahtangganya kepada umum kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan. Foto MUHAMAD SYAMIL.



SHAH ALAM: Pelakon jelita, Erra Fazira tetap berpegang teguh dengan prinsip tidak akan berkongsi mengenai kisah rumah tangganya kepada umum kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

Erra berkata, dia akan terus berdiam diri kerana bimbang kenyataannya nanti akan disalah ertikan oleh sesetengah pihak yang akan membawa kepada masalah yang lebih besar.

"Saya akan terus berpegang kepada kata-kata saya sebelum ini dan akan terus berdiam diri daripada meluahkan mengenai perihal rumah tangga saya," ujarnya selepas ditemui semasa pelancaran drama bersiri Mana Hilangnya Juwita di sini, Isnin.

Tambah Erra, dia juga belum bersedia untuk membuka mulut dengan isu yang sedang hebat diperkatakan itu dan akan bertahan selagi terdaya.

"Tiada rumah tangga yang sempurna dan begitu juga saya dan itu adalah perkara biasa bagi pasangan yang berkahwin," ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan rumah tangga yang dibina Erra bersama suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin dikatakan goyah apabila timbul pelbagai dakwaan yang mengaitkan pasangan itu.

Dalam pada itu, mengulas mengenai status yang ditinggalkan di laman Twitter miliknya baru-baru ini yang berbunyi "suatu hari saya akan bersuara", Erra memberitahu ia adalah sekadar luahan biasa bagi seorang manusia.

Ujar Erra, perkara itu terjadi apabila dia sangat tertekan dengan pelbagai tohmahan dan cakap-cakap kurang enak mengenai dirinya dan suami sehingga menyebabkan dia tertulis luahan itu.

"Saya kelihatan kuat tetapi ada kalanya saya tewas dengan emosi kerana tertekan dengan keadaan sekeliling namun nasib baik saya cepat sedar akan tindakan itu," katanya.

Sementara itu, Erra memberitahu, dia tidak lagi mengambil peduli dengan tohmahan yang dilemparkan sebaliknya memberikan fokus kepada kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Dia kini sibuk dengan pelbagai aktiviti sehingga menyebabkan dia tiada masa untuk melayan cerita-cerita kurang enak berkaitan dirinya.

"Sekarang sangat sibuk dengan undangan lakonan dan rasanya itu adalah cara paling baik untuk tidak berfikir mengenai kekecohan yang berlaku," katanya.

Erra bakal muncul dalam drama bersiri Mana Hilangnya Juwita di samping pelakon antaranya seperti Lisa Surihani, Datin Umi Aida dan Zahiril Adzim.

Ia bakal menemui peminat pada 9 Julai ini, pukul 10 malam di saluran Astro Ria.

Related Posts:

  • AISHAH LEBIH RAPAT DENGAN ANAK2 SELEPAS BERCERAIOleh KEMALIA OTHMANAishahKUALA LUMPUR: Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah mengakui penceraiannya dengan Faizal Sazali Zulkifli pada Mei lalu memberi impak besar dalam kehidupannya bersama anak-anak.Kata Aishah, … Read More
  • YASMIN HANI DAH JADI ISTERI SHA'ARIN Selamat pengantin Baru diucapkan kepada pelakon Yasmin Hani Richardson dan bekas anggota Black Rose Sha'arin Mohammad Razali. Semoga kekal ke akhir hayat. Sha'arin tetap memilih pelakon sebagai isteri setelah berpisah deng… Read More
  • RINDU WAJAH AYU UMI DI ZAMAN REMAJANYA...   DULU  Ada orang kata Umi Aida telah menjalani satu transformasi plastik. Kjee siarkan gambar2 ini supaya kita semua boleh bezakan. Betul ker? Mekap dan juga usia boleh ubahkan wajah seseorang, hmmm? KINI … Read More
  • SAZZY, NAZRIL DAN BUAH HATI MEREKA foto mstar Comelnya Iman Lilly dan Tiara Rose, baby kembar aktres Sazzy Falak dan suaminya Nazril Idrus. Siapa sangka Sazzy yang kecil molek mampu melalui penghamilan selama 9 bulan untuk sepasang anak kembar. Itulah kuasa… Read More
  • AARON DAH MOHON JADI PENDUDUK TETAP MALAYSIA! Buka TV1 muka dia, TV2, TV3, Astro...mesti ada muka Aaron Aziz. Kekadang Kjee rasa pelik jugak. Aaron ni asyik berlakon kat Malaysia, bila masa dia balik kampung halamannya di Singapura. innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f8… Read More

8 comments:

  1. sometime hal rumahtangga ni biarlah rahsia...dalam islam pun x kasi ckp hal2 mcm ni...takut nnt bercherita makin teruk plak...moga K.erra & EE kekal bahagia IA @.@

    ReplyDelete
  2. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    ReplyDelete
  3. saya minat EF dan juga EA..
    MOGA MEREKA BAHAGIA

    ReplyDelete
  4. Salam, ya memang betul kisah rumahtangga biarlah rahsia. Kalo orang bercerita dengan kita pun just dgr aje jangan ditokok tambah atau diceritakan kepada orang lain. Itu prinsip saya. Kita jangan lah terlalu menyebok pasal rumahtangga orang lain, kerana rumahtangga kita, anak-anak, keturunan kita belum tentu tahu macam mana nanti.Kerana sebagai umat dan hambanya kita pasti diduga. Kalo dgr cerita pasal rumahtangga seseorang tu bermasalah cepat2lah berdoa agar jodoh mereka berkekalani. Itu kan lebih baik. Semuga Erra dan Emran kekal hingga ke akhir hayat. Saya sayang pasangan ini.

    ReplyDelete
  5. Semoga rumahtangga Erra kekal bahagia..

    ReplyDelete
  6. salam,akak mmg minat kat Erra dari dulu sampai la ne.harap Erra dn puteri kesayangan sentiasa berbahgia walau ape pun dugaan.semuga Erra di Rahmati ALLAH SAW.

    ReplyDelete
  7. Wahai Peminat Erra... Manusia hanya merancang...Allah yang tentukan. Emran bukan milik Erra seorang.. dia milik Allah so Allah ada perancangNya sendiri. Tak payah pening pening..

    Elyn

    ReplyDelete