Sunday, July 1, 2012

KARIPAP PUSING KU YANG PERTAMA




Ini semua angkara Master Chef Selebriti. Kalau tidak, sampai ke akhir hayat kot Kjee tak cuba bakat ewah bakat ker menerai buat karipap pusing! Pasal makan karipap pusing, Kjee memang duduk depan. Kalau singgah gerai kuih, walaupun tak pesan kat Unclepali, dia tahu yang karipap pusing favorite isteri dia.




Memang lama dah Kjee nak buat tapi Kjee rasa mesti nak leceh nak buat sebab tu tak berani. Kjee hanya berani tengok lepas satu blog ke satu blog masakan intai resipi karipap pusing. Walaupun ada yang ajar step By step, tapi Kjee masih tak yakin.

Malam tadi selepas menonton Master Chef Selebriti, dan tengok budak2 tu buat karipap pusing, akhirnya Kjee pasang niat. Kjee mesti buat esok pagi. Dan memang betul. Hari ini Kjee berjaya buat!

Eh eleh. Tak susah mana sebenarnya. Leceh sikit jer tapi mudah sangat2! Lepas ni dah tak mau buat karipap biasa dah. Serius ni!



Kjee dapat resipi ni setelah Kjee google. Kjee jumpa fotopage Naz Rinn Chan yang ajar step by step dan cara dia nampak macam senang sangat.  Hmm dah ada resipi dan cara mudah, apa tunggu lagi kan? 

So lepas lunch tadi, Kjee pun projeklah dengan bantuan my princess. Sebelum lunch tadi Kjee dah sediakan inti sardin. Bukan sebab itu fav Dato Siti Nurhaliza tapi fav chenta hati kita. Berhantu dia kalau jumpa sardin.

Tapi setelah doh karipap siap, Kjee mula rasa tak senang. Sebabnya? Doh minyaKnya terlalu keras. Kjee semak balik resipi. Eh betul pulak. Unclepali suruh Kjee teruskan buat sebab mungkin itulah cara buat karipap pusing.



Kjee mula stress. Doh tu agak keras. Camna nak bentuk? Akhirnya, Kjee buang semua doh minyak itu dan buat baru, tambah air. Unclepali tak tahu sebab Kjee baru perasan minyak masak dah habis. Suruh dia pergi beli. Bila dia balik, karipap dah siap!

So kepada mereka yang tak pernah berani cuba buat karipap pusing, janganlah risau. Walaupun karipap pusing Kjee first try ni tak lawa, tetapi ia sedap sangat2. Ranggup dan kami bertiga puas hati sangat! Kjee yakin kali kedua dan seterusnya nanti, cantiklah sikit pada hari ini.


Ini inti resipi Kjee
Bahan2

1 tin sardin
1 labu bawang besar
3 biji cili merah
5 biji api
sedikit minyak
2 biji kentang didadu dan rebus hingga empuk

Bawang dan cili ditumbuk halus. Kemudian tumis. Bila dah garing, masukkan sedikit kuah sardin dan masak beberapa minit. Kemudian masukkan ikan sardin yang sudah dibuangnya. Jangan dihancurkan sangat. Kemudian masukkan kentang dan kacau hingga rata. Apabila sudah naik wap, bubuh sedikit garam dan padam api. Sejukkan.

Okay jom ta tengok resipi pastri Naz Rinn Chan.

Bahan2nya
1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam (Kjee guna 3/4 cawan air suam)

Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

2. Doh marjerin
150gm tepung gandum
100gm marjerin

sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

Untuk buat pastri karipap step by step Naz Rinn Chan, klik sini. Halalkan Kjee ambik resipi ni ya Naz Rinn. Dan Kjee izinkan Kjee share dengan kawan2. Terima kasih.










13 comments:

  1. Sedap..blh cuba ni. Angkara masterchef, arini laku karipap pusing inti sardin ni...

    ReplyDelete
  2. aduh.....mengiurkan!!!

    ReplyDelete
  3. 1st time buat pun macam kat kedai dah rupa. nani 1st time buat herot2 rupa karipap tu.

    ReplyDelete
  4. Salam kak. Macam mana karipap ni boleh ada lapisan-lapisan pada kulitnya?

    ReplyDelete
  5. Kjee sendiri tidak menjangka akan menjadi berlapis2 mcm yang Kjee buat tu. Kjee tawakkal jer ikut resipi step by step Naz Rinn Chan.

    ReplyDelete
  6. hehhehe.. ni mesti penangan master chef semalam ni kak jee..

    ReplyDelete
  7. Salam.... Betul nie, tema master chef nie.... sedapnya.....

    ReplyDelete
  8. Jarang jumpa karipap yang berlapis-lapis ni. Tu ke sebabnya dipanggil karipap pusing?

    ReplyDelete
  9. Salam... Blog masakan paling best yg pernah saya jumpa! Tiap kali kami sajikan resepi dari kak gee utk suami dan family moga pahalanya sampai pada kak gee cause tak kedekut ilmu!

    ReplyDelete
  10. kak jie jengah lah blog laman dapur helen..wow nikee dah try rinn resepi karipap ni sedapkan..

    ReplyDelete
  11. cantik la karipap pusing tu kak gee

    ReplyDelete
  12. Salam

    Saya Ahmad dari pihak pengurusan Dato Fazley ingin berterima kasih kepada Kak Jee untuk post ini.

    Kami ada projek blog dan ingin sangat berkerjasama dengan pihak Kak Jee. Seandainya berminat dan ingin tahu dengan lebih lanjut, harap dapat email saya kembali di info@fazleyyaakob.com

    ReplyDelete