Tiap kali Kjee kata nak belajar buat cream puffs, dia kata susah. Kalau nak makan, order jer, nanti dia buat. Ya lah tu. Sampai ke akhir hayatnya, Kjee tak kesempatan belajar. Cuma resipi tulisan tangannya ada Kjee simpan tapi entah mana Kjee letak masa pindah hari tu.
Ini yang Unclepali buat selepas Kjee nak pengsannn! Hehehe |
Anyway, hari tu Kjee surf blog Yat Maria Easybakes. Terbeliak mata Kjee apabila dia letak heading...Durian Puffs, To Die For. Kjee nekad nak belajar buat cream puffs ini walaupun apa terjadi. Ewah!!
Sos kastad duriannya Kjee buat semalam dan simpan dalam fridge. Hari ni, Kjee guna ayat power ajak Unclepali ke dapur tolong Kjee buat. Badan Kjee masih belum sihat sepenuhnya. So yang berpeluh2, yang terlari2 dari fridge ke table top stove dan oven, of course siapa lagi kan kalau bukan Unclepali. Hehehe.
Penatlah, katanya setelah buat putaran terakhir doh cream puffs tu. Kesian kena dera. Bila lagi nak dera...bonda dia kan tak ada. Pergi Umrah semalam. Hehehe.
So jadilah my Durian Custard Sos Cream Puffs, recipe courtesy of Yat Maria, Easy bakes. Klik sini. Banyak lagi blog lain jugak ada buat cream puffs. Terserah korang nak pilih resipi siapa. Untuk inti kastadnya, cubalah campur ngan durian. Kan sekarang ni musim durian.
Okay, tumpang lalu. Kjee dan Unclepali tengah duduk depan teevee sambil...satu untuk awak, satu untuk saya...ada lagi ke untuk Nadia nanti? Opppps.
Kita baru sebut-sebut nak wat cream puff lepas tengok Dato' Fazley buat... tup tup, Kjee dah on dulu... caaayalah Kjee! Sos kastad durian lak tu.. I like!
ReplyDeleteBeen toying with theidea nak buat lama dah MF. Tapi tak berani sebab my late sis kata susah. Hmmm tak ler susah sangat kan.
ReplyDeleteTak de la susah sangat cuma kalau tak cukup bakarnya, dia pancit. Kita pun selalu kena. Tapi kita tak serik... kita redaahhhhh je! Rasa memang sedap, rupa je kenkadang tersergam indah, kenkadang kemek! Hahahaha... Tapi masuk perut, dah tak nampak rupa bentuk dah!
ReplyDeletekjee nak tanya milk tu guna susu pekat ke fresh milk ke susu cair??? tq
ReplyDeleteKjee guna low fat fresh milk. susu cair pun boleh.
ReplyDeletealahai sedapnya.. kenapala tak de bakat memasak..
ReplyDelete