|
Gulai tunjang |
Hari ni Kjee letih sangat. Banyak sangat kerja. Pastu cuaca tersangatlah terik. So bila panas, vitamin M meluap2. Ingatkan nak gi buka puasa kat luar tapi last minute ubah fikliran sebab kat luar panas.
So tadi Kjee ajak Unclepali pergi kedai Minang favorite kami di jalan besar Paya Jaras. Kedai Minang kat sebelah kedai serbanika Taufik Cemerlang (or something like that). Kedai Minang ni memang fav Kjee. Lauk pauk dia simple tak sedap air tangan tukang masaknya.
|
Kentang goreng campur2 |
|
Ikan dan telor tenggiri masak lemak lada api |
Tadi Kjee first time nampak dia orang jual tunjang masak gulai. Kemudian nampak pulak masak lemak cili api ikan bersama telor sekali! Unclepali macam biasa mesti capai pucuk ubi masak lemak. Then Kjee kaup pulak kentang goreng campur2. Campur sotong, campur udang, campur ikan masin dan jugak ada kacang panjang. Ala2 goreng berlado gitu.
Dah cukuplah kan? Hmmm Unclepali mana boleh tengok ikan goreng. So dia cepat2 amik seekor ikan kembong (kot) goreng berlado.
|
Ikan goreng berlado |
|
Pucuk ubi masak lemak |
Semua itu harganya...percaya tak? RM20 sahaja!! Kalau nak masak sendiri tak berbaloi.
Pastu Kjee ajaklah Unclepali jalan2 (kononlah) kat Kuang dan Kundang. Nak tengok orang meniaga di tepi2 jalan. Ewah tetiba teringin pulak nak makan pecal. Sampai mesjid Kundang, Unclepali turun dan cari. Tak sampai 10 minit dia kembali. "Ini hali luu ada ong!" kata Unclepali. Harga RM3.50. Alahai sikit jer. Mahal. Kalau kat Taman melawati dulu RM2.50. Masa Nadia tengah hidang tadi Kjee nampak ada 3 potong nasi impit. Isyhhh mana ada orang bubuh nasi impit. Agaknya itulah yang jadi mahal. Hehehe.
|
Pecel yang secoit RM3.50 |
Tunjang tuh apa kak jee?huhuhu
ReplyDeleteTunjang bahagian tendon lembu. Kenyal dan sedap sgt.
ReplyDeletesaya suka gulai tunjang, setiap kali makan makanan minang wajib ada gulai tunjang..
ReplyDeletesaya setuju dgn Kak Jee, RM20 bolehkah kita masak sndiri semua tu, memang murahlah, berbaloi 5 lauk RM20..
saya pun suka Kedai Minang tu Kak Jee. RM20 eh? sgt berbaloi-baloi.
ReplyDeleteHai Kak Jee..selamat berpuasa..kalau kat tempat saya (Tanjong Karang) memang ada nasi himpit kat dlm pecal.. Orang yg niaga kat sini (Tanjong Karang) pun memang akan isi nasi himpit tu dlm pecal..jadi saya pun memang dh terbiasa mkn pecal dgn nasi himpit..maybe lain tempat lain isian nye..ape pun pecal memang sedappppp!!!
ReplyDelete