Dan ini pandangan Kjee setelah menunggu hingga ke Grand Finale rancangan Master Chef Selebriti malam tadi. Makan malam kami tergesa2 sahaja sebab nak rebut balik rumah tepat jam 9 malam.
Anyway, buat apa nak bohong kalau Kjee kata sedikit pun tiada rasa gementar untuk mengetahui keputusan. Kalau tidak silap Kjee, dua minggu lepas ada seorang fren di Facebook yang terang2 tulis begini: " Ya betul Juliza akan keluar. Masuk final nanti Dato Fazley dan Angah! Kawan kepada anak saudara suami saya, kerja di Astro!".
Kalau dia hantar sms kepada rakan2nya Kjee pasti taklah boleh dikatakan keputusan bocor. Tetapi ditulisnya di FB seolah2 'mematikan api yang baru hendak semarak'. Ketika itu, semua seakan2 saspen siapa yang akan muncul di final nanti.
Berbalik kepada rancangan malam tadi. Maaflah Zainal Alam Kadir. Would appreciate if you could have thought of a better way to end the program. Sebagai penerbit, Kjee mungkin faham Alam terikat dengan beberapa terma dan syarat yang ditetapkan oleh pemegang francais rancangan itu.
But at least, you could had done some detailed pre-production. Sekurang2nya Alam jaga budak2nya di bahagian production, untuk memasti rancangan itu berjalan lancar! Jangan membuat penonton marah2 apabila Dato Fazley terlari dari satu dapur ke dapur lain. Satu sebab dapurnya rosak dan kedua jarak antara satu dapur dengan dapur yang lain agak jauh.
Dessert Dato Fazley |
Kjee tak pernah masuk dapur hotel tetapi selalu tengok rancangan masakan omputih yang dibuat di hotel2. Setiap chef ada tugas di dapur masing2. Ada yang buat pastri, main meal dan manisan. Justru dapurnya berjauhan untuk 'mengelak berlaga punggung'.
Dan apabila disuruh peserta malam tadi buat a '3-course meal', janganlah kalutkan mereka. Walaupun mahu dipaparkan pertandingan akhir dalam dapur hotel yang sebenarnya, 'mock-up' lah mana yang patut. Jangan bagi susah peserta dan juga budak2 kamera.
Sebab itulah Kjee kata, Juara malam tadi sememangnya milik Dato Fazley!!! He went through all stress. Kjee pun stress sangat bila tengok dia menyediakan tiga jenis makanan itu dengan keadaan dapur yang jaraknya macam 'Paris and London'.
But Dato Fazley took it all in his stride! Sambil senyum dia kata, judul makanannya makan diri. Satu dapur kat London dan satu lagi di Paris.
Kjee kurang setuju dengan komen konon Angah patut menang kerana dia buat makanan Asia. Temanya makanan Asia bukan Malaysia!! Di situ Angah dah gagal.
Starter Angah |
Tak salah dia buat popia sebagai starter. Tetapi kalau hendak menepati makanan Asia, Angah harus buat homework malam sebelumnya. Vietnam dan Thailand ada popia mereka. So satu bab dia boleh dekat menjadi juara kalau dia buat popia ala negara Asia.
And then...maaf Angah. Kjee minat awak jugak tau... dia buat daging salai dengan sos air asam. Okaylah itu makanan Malaysia. Tapi Angah tak rasa pelik ke yang orang tak makan Daging Salai dengan Nasi berwarna (sorry tak ingat nasi apa). Hilang point lagi. Dan mungkin dia hanya dapat point untuk dessert atau manisan sebagai markah kesian dari juri.
Dato Fazley buat Western bukan kerana pilihannya sendiri. Memang dia terer masak Western, tetapi nasibnya untuk dapat sediakan makanan Western setelah memenangi antara satu tema misteri.
Dan walaupun melalui pelbagai stress ( bayangkan kalau peserta yang mulut longkang masuk final...tentu amik kesempatan buat kecuh) , Dato Fazley mempamerkan karektornya yang cool and a true gentleman, berjaya selesaikan tugasannya dengan baik.
Walupun dipaparkan komen2 juri yang tidak terlalu puas hati dengan persembahan dua2 peserta, tetapi pemenang mesti dipilih. It could be between The Best Amongst the Best atau pun The Best Amongst The Worst!
"SEPATUTNYA KJEE TIDAK TONTON JUNIOR MASTERCHEF AUSTRALIA DUA HARI LEPAS. MASIH TIDAK LUPA KEHEBATAN ANAK2 KECIL ITU BERBANDING DENGAN SEMUA PESERTA MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA!!".
Untuk Dato Fazley, Congrats jadi juara. Sekurang2nya kalau Astro nak buat rancangan masakan dan tampilkan anda sebagai hos, Kjee rasa seronok nak follow. Sedap mata memandang, sedap telinga nak dengar dan Kjee pasti makanan yang anda pamerkan nanti, tentu sedap untuk dimakan.
Oppsss sorry. RUMAH DAH SIAP, PAHAT MASIH BERBUNYI.
SEMUA GAMBAR KJEE GOOGLE
kita pun sokong dato' fazley menang..mmg all his hardwork paid off kan! he is really a superman! hebat segala segi..untungla wifenye kan kakjee dapat suami cam dato' fadzley ni..alahai!
ReplyDeleteIna, abang kita pun nama sama tapi ejaan lain... dia PAZELI. Jugak pandai masak dan cool macam Dato Fazley. Well almost lah...
ReplyDeleteRUGI TAK TGK MALAM TADI.HUHU
ReplyDeleteKak Jee, saye tetap rs syukur coz yg msuk final bkn org yg ht bsuk, mulut longkang & kliru dri jntan or ppuan. Hahaha. Congrate Dato Fazley.... Jgkaan benar belaka.
ReplyDeletesetuju sagt2 Kjee!
ReplyDeletekjee..mmg patut pun dpt suami hebat cam unclepali..hehe!!
ReplyDeletesetuju snagat dengan komen kakjee.
ReplyDeletedari mula start masterchef, sy memang dah nampak yang Dato Fazley akan mara ke final. Knowledge dia tentang masakan luas. Sangat berbaloii...
Hubby ajak keluar pun sanggup tolak sebab nak tengok final masterchef hahahahha
tu la kjee mmg tak suspen sbb dh tau sapa yg menang.....kalo angah menang mmg tak patut sbb dato fadzley terseksa nk buat kerja...kesiannn...nasib dia cool je....suka tgk dato'
ReplyDeletesalam...maaf nk komen ckit....sy rasa org dalaman astro mengetahui siapa yg akan keluar kerana rancangan ini telah dirakam terlebih awal beberapa lama spt masterchef sebelum ini....sori klu ada slah silap...
ReplyDeletebetul kata Kak Jee.... ada lagi yang di lepas pandang... walaupun Angah tak menang sepatutnya kena la juga tunjuk sumbangan Angah kepada badan kebajikan yang di pilih. Kan wakil badan kebajikan terbut ada malam tu.....
ReplyDeleteSalaam Kjee...
ReplyDeleteKita baru tengok rancangan tu tadi. Kita rekodkan. Semalam tak sempat tengok sebab dok hantar dan fetch anak dari tuition. Tapi walau kita tak tengok pun, kita rasa kita dah tahu siapa yang akan menang. Really respect kat Dato' Fazley. Muka dia tak nampak panik. Kalau kitalah, crew nak interview masa masak tu, harus kita marah! Ahahaha... tu sebab kita tak bolah masuk competition... wait my blood go upstairs! Hahahaha....
p/s : Psst Kjee... siapa dia 'peserta yang mulut longkang' tu? *wink*
kesian tgk Dato, Fazley termengah2 lari sana sini.
ReplyDeletetp mmg blh agak Dato' Fazley akan menang
ok lah tu kan...dato fazley juara, angah naib juara...suka kedua-duanya sebab masak dgn ikhlas...tak perlu eks...
ReplyDeleteBerbaloi dia menang..
ReplyDelete