Bukan senang nak cari mi goreng mamak sedap di Sungai Buloh. Kat Restoran Mami Tanjung, boleh diklasifikasikan sebagai sedap tetapi hanya kalau isteri taukenya yang masak. Kalau harap pekerjanya, memang tak sedap.
So masa balik dari minum petang tadi di Group Base, Unclepali singgah beli udang, sawi dan taugeh. Walaupun kami dah kekenyangan selepas hi-tea yang agak berat, lepas Maghrib tadi Unclepali tanya samada nak makan mi goreng mamak.
Kjee antara hendak dengan tidak sebab ada seperiuk serawa durian yang Kjee masak sebelum Maghrib tadi. Ingatkan nak makanlah dengan sekeping dua roti. Tetapi Unclepali terus bangun dan ke dapur bersama Nadia untuk masak.
Sebaik sahaja habis Buletin Utama, Mi goreng Mamak sudah siap! Kjee tengok muka Unclepali macam peserta Masterchef Selebriti menunggu kritikan juri. Apabila Kjee senyum, bukan main suka dia. Actually, dia sengih. Ekk lah kononnya sebab bini puji sedap.
Untuk mi goreng hari ni, Unclepali bubuh udang dan sotong. Dia tak bubuh cili sos sebab Kjee kata nak makan mi goreng pedas. So dia ketuk cili api dan campak ke dalam kuali, dia kata. Dia jugak guna sambal tumis nasi lemak yang memang sentiasa ada stok dalam peti ais.
Korang tengok jer lah resipi kat sini. Sikit lebih kurang macam itulah resipi Unclepali. Unclepali ni spesies manusia yang kalau suruh dia masak, takkan dapat rasa sama seperti yang dimasak sebelum ini.
Tetapi memanglah mi goreng hari ni, The best so far!!!
Kalau pinggan dah kering, bonda kata mesti curah sikit air. Petua jangan kering rezeki. |
Terbayang bayang keenakan mee goreng ni kak! Aisey man...tinggal pinggan kosong ngan sudu dan garpu je? Hehehe :)
ReplyDeletealaaaa...kak jee mmg wat saya mengidam dh nihh.....ssh laa camni saya pregnen duk jauh2 dr mesia....asal xleh tgk langsung gamba2 mkn2 dr mesia....sume wat kecur air liur...dh trtgk kat blog kak jee adussssss mengidam lg...ari tu dh tgk terong goreng sambal kak jee terus suh hubby pegi kedai oriental kat sini carik bahan2...sib baik ada....nihh mee goreng mamak lak....huaaaa kak jee mmg wat sya jelessssss
ReplyDeletesalam kak jee. tengok gambar pun dah tau sedap sungguh mee goreng mamak unclepali ni. mengancam sangat. terliur dibuatnya.
ReplyDeletememang nampak sedapppp sgt. lagi terliur bila tgk udang...alahaiiiiii laparrrrrr
ReplyDeletealahaiiii seronoknya bila suami menyediakan mee goreng istimewa buat isteri tercinta..mmng sedapnya lain macam kan...keikhlasan memasak tu yg buat mee unclepali sedap sngt..betulkan KJee..
ReplyDeletealahai bilalah dapat nk merasa airtangan kakjee,unclepali ngan nadia lagi ek?? rindu kakjee sehh!
ReplyDeleteLapar pulak tengok mee goreng mlm2 ni...
ReplyDeleteka jieeeeeeeeee... tergoda ni...
ReplyDeletetengok gambar pun dah buat saya terliur...
ReplyDeleteTgok gmbor pun dah meleleh ayor lior
ReplyDeleteassalamualaikum kak jee...sedapnya tengok gambar mee ni..saya tengah makan mee ni waktu tengok blog akak..terus rasa macam mee saya x sedap..mee kedai mamak ni ada sotong..huhu
ReplyDeletenampak sedapnyeee..sy mintak izin salin resepi ya...tq.
ReplyDelete