Friday, July 6, 2012

MIHUN SIAM BERSAMA KUAH




Memang tak plan nak buat mihun Siam hari ni. Bonda mertua Kjee dah dua hari tinggal di rumah Kjee sebab kami risau sudah seminggu beliau demam tak kebah2. So Unclepali balik kampung dan bawak bondanya ke sini.


Tengah hari tadi Kjee risau fikirkan apa yang harus dimasak untuk bonda sebab dah banyak hari beliau tak selera makan. Dah lama tak jamah nasi. Apabila Kjee tanya samada nak makan nasi, beliau geleng kepala. Kemudian Kjee tanya nak makan mihun? Terus beliau setuju.

Jadi untuk lunch tadi, Kjee masaklah mihun Siam. Kali ini Kjee turut buat kuahnya sekali. Bukan susah nak buat kuahnya. Kjee hanya lebihkan sikit bahan2 ketika menumis. Apabila sudah garing, Kjee keluarkan kira-kira 2 senduk rencah yang telah ditumis ke dalam periuk kecik. Kjee masukkan kira-kira ½ cawan air asam jawa dan jerang atas api. Kjee jugak bubuh ½ sudu besar gula. Didihkan. Jadilah kuahnya.



Hari ini Kjee tak bubuh kucai tapi sawi dan taugeh jer. Mana2 pun boleh.Tapi resipi orinya bubuh kucai. Dan hari ini Kjee buat terpedas. Bukan silap Kjee tapi rasanya cili kering yang Kjee guna tu, species pedas. Risaunya Kjee takut Bonda tak boleh makan. Tapi, Alhamdullilah bukan main selera lagi bonda makan. Unclepali pulak memang suka sangat makan mihun Siam. So, no complains.

Untuk resipi Mihun siam, cam biasa, korang klik sini yer. 

Ketika menghidang, curahkan kuahnya diatas. Boleh hiaskan guna apa sahaja yang korang suka. Tadi Kjee guna tahu yang telah digoreng dan dihiris ikut suka. Kjee juga buat telor dadar nipis dan hiris. Boleh jugak guna telor rebus.






4 comments:

  1. Salam.. Rajinnya Kak Jee ni.. Tentu menantu kesayangan ni...

    Kalaulah kami yang melihat gambar ni dapat menjamahnya.. alangkah nikmatnya.. :)

    Semoga ibu mertua Kak Jee cepat sembuh... Amin.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih doakan Bonda mertua Kjee segera sembuh. Kjee satu2nya menantu perempuannya. Unclepali adalah anak lelaki tunggalnya dan juga yang bongsu.
    Tak susah pun nak menyediakan menu ini. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Sama2 Kak Jee.. Barulah Nur tahu yang Unclepali rupa2nya anak tunggal.

    Bertuah Kak Jee kerana masih memiliki ibu mertua, Nur hanya sempat merasa kasih sayang arwah bonda mertua untuk tempoh yang sangat sekejap. Rindu sangat pada arwah.. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin.

    Ok kak, selamat malam... :)

    ReplyDelete
  4. Unclepali anak lelaki tunggal. Ada tiga kakak.

    ReplyDelete