Monday, July 2, 2012

SAMBAL AYAM FAVORITE NADIA




Hari ni Kjee layan selera my princess. Dah dekat dua minggu dia tak makan nasi. Ratah lauk saja sebab nak jaga body. That's why apabila semalam dia kata dah lama tak makan sambal ayam, Kjee cepat2 buat. Maklum sementara sihat ni kan, seboleh2nya Kjee layan jer apa yang Nadia atau Unclepali nak makan.

Sambal ayam ni biase2 jer. Semua orang tahu buat cara sama yang Kjee buat. Cuma yang terlebih ialah sentuhan kasih dan sayang seorang ibu. Tanyalah anak2 korang, siapa masak paling sedap. Dia mesti kata mama atau ibu dia orang lah.

Bonda kita, walaupun masak nasi berlaukkan ikan goreng dan kicap pun kita kata paling sedap kan? Walaupun saban hari kita mungkin telah dihidangkan dengan makanan di hotel atau pun restoran yang sedap2, namun kita tetap merindui masakan ibu.

Sebelum airmata Kjee bercucuran teringatkan arwah bonda, Kjee share resipi sambal ayam yang Nadia kata paling sedap in the world. Hehehe berani ke dia nak kata tak sedap.

BAHAN2NYA:

1 ekor ayam kecik dibuang kulit dan potong 8
2 genggam cili kering (nak pedas tambah lagi)
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
½ mangkuk air asam jawa
sedikit gula

CARA:

Cili kering direbus bersama dua sudu minyak masak sehingga agak lembut. Kemudian kisar. Tujuan direbus bersama minyak adalah untuk melembutkan bijinya supaya cepat halus apabila dikisar. Tepikan.
Ayam digoreng separuh masak atau sedikit garing diluarnya. Tepikan.
Tumbuk 1 labu bawang besar bersama 4 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian tumis. Kjee tumis dalam separuh sahaja daripada minyak goreng ayam tadi. 
Apabila sudah wangi, masukkan cili kering yang telah dikisar dan perlahankan api. Masak sehingga terbit minyak. Masa ini, campakkan 1 lagi labu bawang besar yang dihiris bulat2 ke dalam kuali. Sebaik sahaja terbit minyak, masukkan air asam jawa dan biarkan ia reneh sehingga kering sedikit. Kemudian bubuh garam dan sedikit gula. Kalau nak bubuh serbuk perasa pun boleh.
Kacau hingga rata kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sehingga sambal dan ayam sebati antara satu sama lain. Pastikan sudah cukup rasa kemudian padamkan api.

Inilah cara Kjee masak sambal ayam yang menjadi kegemaran Nadia sampai dia ratah 3 potong masa makan tengah hari dan 2 potong lagi sebelah malam.

4 comments:

  1. Kak Jee, sedapnya.. Saya memang peminat setia sambal.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam Kjee,

    Boleh tak tolong ajar buatkan sandwich telur masin kegemaran Tan Sri P Ramlee.

    Tak de pun peserta Masterchef Selebriti yang buat tadi masa cabaran berkumpulan.

    Kjee mesti tau kan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, Kak Jee, terima kasihhhhhhhhh banyak-banyak!!! saya dah cuba resepi sambal ayam version Kak Jee ni, sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa alhamdulillah, anak-anak saya suka bebeno. Saya ikut sebijik macam resipi. Alhamdulillah, syukur. Nampak senangkan? tapi kena ada skill, klo tak rasa tu, mesti ada je yang tak kena. Terima kasih sekali lagi, semoga Allah memberikan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah buat Kak Jee sekeluarga di atas keikhlasan Kak Jee memberikan resepi, amin ya rabbal alamin.

    ReplyDelete
  4. assalam... anak2 saya pun suka makan ayam masak sambal macam nie.. dan kalau masak lauk nie, anak2 lebih suka ayah diaorang yang masak berbanding ibunya. lauk lain ibu master, tapi lauk nie air tangan ayah memaaaaannggg tak boleh lawan!

    ReplyDelete