Wednesday, July 4, 2012

SEDAP DIRATAH BEGITU SAJA




Dua minggu lepas Kjee buat tapi tak puas makan. Masa itu Kjee jamu abang Fauzee dan keluarganya. Ingatkan dah banyaklah Kjee buat tapi rupa2nya habis sekelip mata. Kjee punyalah ralat. Malu pun ada tetapi tak sangka anak2 sedara Kjee yang kenit2 pun suka makan.

So hari ni tanpa dirancang Kjee buat lagi. Dekat rumah Kjee di Sungai Pelong ni, bahan2 seperti tempe dan tahu senang nak dapat.

Walaupun hari ni Kjee usaha menyiapkan bahan2 sorang2 sebab Nadia gi kuliah, berhasillah jugak. Dapatlah hantar sepiring ke rumah dua jiran sebelah.

Renyah nak siapkan semua ni


Resipinya sama cam dulu. Klik sini. Cuma kali ini, Kjee guna daging dan juga udang kecil2. Itu jer yang ada. 

Masa makan tadi teringat pulak kalau arwah Bonda buat, dia bubuh hati ayam dan pedal atau hati lembu dan perut towel yang telah dihiris2. Hmm sedapnya.

Sambal Goreng Jawa atau Lodeh Jawa Kering ni, memang sedap diratah begitu sahaja.


Related Posts:

  • NADIA BUKA PUASA DENGAN BUBUR LAMBUK SPECIAL MAMA Masa peserta MasterChef Celebrity masak bubur lambuk hari tu, terkejut Kjee apabila mereka terpaksa menggunakan dekat 20 jenis rempah. Banyaknya. Nak masak kari ke nak masak bubur! Nadia senyum pandang Kjee sam… Read More
  • HIDANGAN UNTUK BERBUKA... HANYA SEKADAR IDEA Resipi klik sini Hari ni Kjee macam teringin pulak nak masak Daging Kaprau. Kaprau tu daun Selasih dalam bahasa Thai. Tapi Kjee tak pasti daun mereka sama dengan daun Selasih atau daun Kemangi kita. Sebabnya, Kapr… Read More
  • LAUK BIDAN TERJUN UNTUK BERBUKA HARI INI Hari ni Kjee tak rancang nak masak. Tapi kita hanya mampu merancang. Menjelang waktu berbuka, terhidang tiga jenis lauk diatas meja. Alhamdullilah, menu simple sahaja. Beginilah rupanya lauk bidan terjun. Daging goreng kuny… Read More
  • RENDANG DAGING KELANTAN Dah lama tak buat rendang. Tiba2 apabila nampak daging yang UnclePali beli kat semalam, terus terfikir nak buat rendang tapi ikut resipi Rendang Ayam Kelantan. Kjee tak pernah buat resipi tu guna daging. Tak dapat… Read More
  • UNCLEPALI'S GRILL LAMB CHOPS Tonight's dinner was prepared partly by UnclePali. He made grilled lamb chops and mashed potato. Kjee pulak buat black pepper sauce dan campur mayo dalam mix vege yang dicelur. The result? Awesome. Kami makan berd… Read More

5 comments:

  1. alamak..buat saya terliur la petang2 gini
    paling suka yg ada petai dan hati ayam
    best sgt

    ReplyDelete
  2. kakjeeeee....feveret saya ni. suka nya... camne nak buat ni...asek duk telan air liur ajer ni. adessss

    ReplyDelete
  3. adoi kak jee...kalau dapat kat kite, bagi semangkuk pon boleh habis ni...suke sangat lauk mcm ni,

    ReplyDelete
  4. Yummy yummy...
    Maaf out of topic sket Kjee. Kat mana Kjee beli pinggan2 ala2 hotel mcm dlm gambar kat atas tu? Thx in advance

    ReplyDelete
  5. Salam Eszek,
    Ada banyak tempat yang jual. Kalau di KL, cuba ke Royel, Ampang Point. Kjee beli di situ. Ada yang mintak Kjee tolong belikan tapi Kjee takut tak larat nak bayar duit posnya sebab berat sangat.

    ReplyDelete