Ella Sah Bergelar Isteri Kepada Azhar
KLANG: Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, sah bergelar isteri kepada juruterbang syarikat Firefly, Azhar Ghazali, 30-an dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang di sini kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin.
Ella dan Azhar sebelum itu telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.
Ella dan Azhar kelihatan sedondon dengan persalinan berwarna krim rekaan Saiful Baharim.
Manakala majlis resepsi mereka akan diadakan pada 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Ella dan Azhar berkenalan sejak sembilan tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius sejak tiga tahun kebelakangan ini. - ehsan mSar Online
tahniah ella...
ReplyDeletehttp://skuterlady.blogspot.com/
Alhamdulillah....moga perkahwinan mereka dirahmati Allah sentiasa
ReplyDeleteTahniahhh,,,akhir kawin dh ella,,moga bahgia ke anak cucu;aminnn
ReplyDeletetahniah ella ...sweet sgt dia..
ReplyDeleteSyukur kepada ALLAH kerana telah mempertemukan Ella dengan jodohnya..semoga kekal hingga akhir hayat..amin.
ReplyDeletemoga bahagia milik ella
ReplyDeleteselamat pengantin baru
knapa saya seram ja tengok pic ella nie.....aishhhh
ReplyDeletetanniah Ella dan suami
ReplyDelete