Wednesday, July 18, 2012

SIAPA THE LATEST LELAKI IDAMAN MALAYA?




Tetiba sahaja semua wanita ingin memiliki lelaki sehebatnya. Kalau wajah tak se handsome pun tak apalah. Janji cool dan pandai masak!!!!






Hehehe Kjee rasa korang dapat teka siapa yang Kjee maksudkan kalau bukan lelaki pujaan Malaya terbaru sekarang iaitu Dato Fazley Yaacob!! Dulu orang gelar dia  Abang Asmara, sekarang mana2 Dato Fazley pergi, mesti orang dah beri dia gelaran baru -- Abang Masterchef!!

Agak2nya korang tahu tak bagaimana Dato Fazley boleh pandai masak. Setiap kali dia buat sesuatu masakan, dia akan kata, dia tidak pernah memasaknya...percubaan pertama dan sebagainya. Tetapi akhirnya muncul Juara!

Malam tadi Nadia tanya Kjee, bila masa Fazley belajar memasak. Hidup penuh kemewahan sejak dilahirkan, bila masa dia ke dapur? Tiap2 kali ada saja kejutan dari beliau.
Dan hari ini Kjee rasa semua sudah dapat tahu yang Abang MasterChef kita ni mengaku beliau sebenarnya suka menyibuk kat dapur!! Dan pastinya perihal dia suka menyibuk ini disemaikan sejak kecik lagi. Sebab itulah bondanya mengalirkan airmata ketika Fazley diumumkan sebagai Juara MasterChef Selebriti Malaysia, semalam.

Bukan Bondanya sahaja yang mengalirkan airmata tetapi isterinya, Azrene turut tidak dapat mengawal airmata. Sudah pasti, Fazley jugak suka 'menyibuk' di dapur ketika isterinya memasak. Dia mengakui tidak memasak tetapi setiap kali nampak orang masak, cara2 memasak itu akan segera terpahat dalam otaknya!!

Itulah sebenarnya RAHSIA bagaimana hendak menjadikan anak2 lelaki kita kita JEJAKA IDAMAN MALAYA. Ajak mereka menyibuk di dapur! Kjee pernah buat satu entry dulu, bahawasanya anak2 lelaki yang rajin menolong ibu mereka di dapur bukanlah PONDAN! Klik sini.

Tengok sahajalah Dato Fazley. Hidup penuh kemewahan sejak kecik, mendapat pendidikan akademik yang tinggi, hormat orang tua, sopan santun dan berbudi bahasa TETAPI mengaku suka menyibuk di dapur!

Zaman sudah berubah. Orang perempuan sudah tidak mementingkan luaran dan kemewahan sahaja pada seorang lelaki. Kalau dia ringan tangan dan pandai masak. pasti namanya menjadi sebutan. Setakat ini belum lagi kita dengar orang seperti Dato Fazley digelar PONDAN atau kena QUEEN CONTROL!

So ibu2 semua, mulai hujung minggu ini janganlah marah kalau anak2 lelaki korang menyibuk ketika korang terkial2 mengejar masa untuk menyediakan makanan untuk berbuka puasa. Suruh dia orang sama2 bergotong royong.

Mudah2an nanti, ibu2 mertua mereka akan kata kelak :"Pandai mak mertua kau didik suami kau...rajin ke dapur!!!"

So kalau yang berhasrat nak perkenalkan pak we korang kepada Bonda kelak, jangan terkejut apabila Bonda tanya "Pandai ke dia masak?" dan bukan lagi boy friend kau ni kerja apa?Kahkahkah.


Fazley dan isteri Azrene Soraya - foto2 ehsan mStar Online



8 comments:

  1. Tapi memang impressed lah dengan dia..

    Eh, masa tengok cerita chef Ismail tu (Siapa di dapur) ke apa tajuknya entah, wife dia macam tak bekerja je.

    ReplyDelete
  2. As salam Kjee. Alhamdulilah,Nora dikurniakan 5 org anak yang kesemuanya lelaki yang berumur di antara 19thn hingga 11 tahun. Semua anak2 telah Nora ajar sedari kecil menguruskan diri sendiri secara berperingkat peringkat hinggalah mereka boleh memasak sendiri malah ada yang dah boleh buat kek,cupcakes dan biskut. Masakan lain jgn ceritalah..terutama bab2 pasta ni mmg diaorg handal sampai kalau balik rumah opah mereka, itulah yg diminta opah mereka utk dimasak.
    Nora selalu menasihat anak2 Nora supaya bila besar nnti tak menyusahkan org. Hidup mati Nora dan suami belum tahu bila..sekurang2nya bila Nora,suami tiada, mereka boleh handle diri masing2 dan adik beradik tanpa menyusahkan orglain. Lagipun, Nora kata pd mereka, nnti kalau dah bujang, dah duduk sendiri,bolehlah urus segalanya tanpa bantuan orglain.Boleh masak,kemas rumah,bilk,basuh baju dsb. Bila dah kawin, boleh tolong2 isteri, nak2 kalau dua2 berkerja. Semuanya Nora terapkan dalam fikiran mereka. Alhamdulilah, bila anak2 Nora masuk asrama, tak de masalah langsung bab2 nak menguruskan diri ni. Kalau mereka semua ada kat rumah, masing2 tahu tugas mereka, Nora tengok dah siap semua. Kalau time Nora nak masak, merekalah yg tolong potong bawang,tumbuk cili,masak nasi dsbnya. Kalau tetamu datang, Nora tak payah suruh apa2..anak2 Nora dah tahu apa nak buat. Nora duduk layan tetamu, mereka buatkan air dan hidangan yg lain.
    Bukan Nora nak riak dan menunjuk2..tetapi itulah hakikatnya kalau kita ajar anak2 kita sedari awal tak kira anak lelaki atau perempuan. Yang senang nnti mereka juga..kita tumpang bangga aja bila org puji kita dan mintak cara mcmana ajar anak2 sebegitu rupa...syukur Allah mengurniakan anak2 Nora mereka yg mendengar kata...alhamdulilah..

    ReplyDelete
  3. Salam, Kak Jee. Saya dulu pernah baca tentang Dato' Fazley ni, beliau memang suka tolong maknya di dapur. Memang bakat tu dah adakan, nilah namanya bakat terpendam. Hebat!!

    ReplyDelete
  4. Fazley orang yang berilmu. Orang yang berilmu ape saja yang di-pegang akan jadi emas. Kalau tak jadi emas, jadi silver or bronze....;)
    Tapi kalo ilmu kosong, pegang emas pun boleh jadi najis. Saya pecaya dia banyak belajar memasak ketika dia di luar negara, study. He also has a very good attitude, helpful and willing to share ilmu dia.

    ReplyDelete
  5. Alahai kjee...! Anak bujang sorang saya tu memang suka ke dapur menyibuk bila saya masak. Selalu jugak marah... n ckap "nnti nk jadi chef ke?" Kalau ckp mcm tu x jadilah dia kedapur. Lepas ni rasanya nk biarkan je...

    ReplyDelete
  6. malangnya saya sangat tak suka ada org lain di dapor masa saya memasak...hilang konsentrasi...anak perempuan pun tak dibenarkan juga...nasibla depa...hehehe

    ReplyDelete
  7. Hehe.. anak saya baru 5 thn, boleh tahan menyibuknya bila saya masak atau deko kek. Menyibuknya dari baby sampai umur 2 thn, sambil masak terpaksa kendung dia.. Ada harapan neh :D

    ReplyDelete
  8. Dr Fazley memang handal memasak seperti abang sulung Nur. Kebetulan dia juga pernah menuntut di luar negara.

    Tak semua orang lelaki minat untuk mendalami ilmu masakan. Segalanya mesti bermula dengan minat dan barulah kita tahu yang ni sebenarnya ber'bakat'.. Itu pendapat peribadi saya.

    ReplyDelete