DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, August 31, 2012

LUNCH DI HARI MERDEKA 2012




Hari ni Kjee masak Kari ayam bersama kentang, kangkung goreng belacan, goreng ikan tenggiri jeruk sementara Nadia buat sambal tempoyak mentah untuk digandingkan dengan petai jeruk. Memang kena sangat gandingan lauk ini. Makan tak pandang kiri kanan. Senyap jer sambil ngappp. Hehehe.



Mujur Mak mertua tinggal jauh. Kalau dekat pasti udah tak nampak beliau lagi. Eh kenapa kalau orang makan sedap2, dia kata 'Kalau Mak Mertua lalu pun tak perasan?'. Eh bukan ke kalau kita makan, mak mertua pasti duduk semeja makan. Takkan nak dera dia dan hanya dihidangkannya makan lepas kita makan kan? Macam mana boleh timbul dailog camtu, Tuhan jer yang tahu kan? Hehehe.

Kangkung Goreng Belacan. Resipi Disini

Petai jeruk dengan sambal mentah tempoyak

Ikan tenggiri masin jeruk yang bersepai bila goreng


Anyway, Kjee teringin nak makan kari ayam ni sejak bulan puasa hari tu. Tapi ntah kenapa tak kesampaian untuk memasaknya. Semalam Unclepali beli ayam baru sembelih kat Paya Jaras. RM16 seekor. Kalau harga camtu, pasti ayamnya besar. Sekilo RM6.80. Maknanya lebih dari dua kilo.

Separuh Nadia buat Rosemary Roast Chicken semalam. Dan bakinya Kjee buatlah kari ayam ni. Kjee rasa sedap sangat kari yang Kjee masak hari ni. Ewah...siapa lagi nak puji kan? Or maybe dah teringin sangat nak makan sebab tu, rasanya tekak ni happy sangat.

Gandingan lauknya memang kow. Kangkung goreng belacan, ikan tengiri masin jeruk (yang berendam minyak dalam botol) dan petai jeruk bersama sambal tempoyak mentah. Tak perlu lauk lain lagi. Cuma Kjee musykil setiap kali goreng ikan tenggiri jeruk masin. Kalau goreng mesti isinya bersepai. Dari sekeping terus hancur2. Tetapi kalau makan bersama nasi putih dan kari ayam, mestilah pennngsaaan!!

Okaylah. Ini rezeki Hari Merdeka kami sekeluarga. Masih ada berbaki lauk untuk dinner nanti. Alhamdullilah.

Oh ya. Nasib baik ingat. Hari tu ada yang tanya Kjee camner nak buat petai jeruk. Senang jer. Kopek petai tanpa buang kulit ari atau kulit dalam yang warna putih tu. Jerang air panas sampai mendidih. Bubuh petai dalam bekas kaca (botol nescafe atau yg sewaktu dengannya) atau bekas tauhu faa pun boleh. Curah air mendidih sampai tutup paras petai. Campakkan sekeping asam gelugor. Biarkan air tu sejuk. Pastu tutup dan simpan dalam peti ais. Dua tiga hari dah boleh makan. Oh lupa lak. Lepas dua hari, toskan air tu dan simpan petai tu dalam bekas yang bersih dalam peti ais. Tahan lama.


Kari Ayam. Resipi klik sini

MERDEKA MERDEKA MERDEKA!!

Foto ehsan The Star Online



Thursday, August 30, 2012

PERNIKAHAN HARUS DIHEBAHKAN BUKAN UNTUK MENUNJUK







Hari ni Kjee teringat lak nak story pasal nikah kahwin. Bulan Syawal ini dua orang anak sedara Kjee akan bernikah. Hari tu masa jalan Raya di rumah Mak Long kami, kedua2 sepupu Kjee sibuk mengedarkan kad jemputan kahwin. Masing2, nampak excited suruh sedara mara attend sebab yang dikahwinkan anak sulong masing2.



Kelakar Kjee dengar sepupu Kjee, Zamani bercerita dengan sepupu sorang lagi yang bernama Ita. Dua2 bakal kahwinkan anak mereka Sabtu ni. Kedengaran Zamani kata: "Lepas majlis kat rumah pengantin perempuan, aku lari ke rumah kau pulak ya Ita. Minggu depan kau jangan pulak lupa datang reception anak aku," kata Zamani yang akan kahwinkan anak lelakinya. Ita pulak kahwinkan anak perempuan.

Hmmm seronok kan kalau dapat terima menantu. Sapa tak suka. Lepas terima menantu, Insya Allah setahun kemudian boleh timang cucu pulak.

Nak kahwinkan anak di zaman ini tidaklah murah. Hari tu Nadia tanya RM30,000 cukup ker? Kjee hanya angkat bahu sebab tak ada pengalaman. Kalau dia kahwin nanti barulah ada pengalaman. Anyway, selama ini Nadia dah kata kalau dia kahwin, dia hanya nak buat majlis nikah di mesjid dan a small kenduri nak bagitahu sedara mara yang dia sudah menjadi isteri orang.

Ya betul itu yang afdal. Pertama Nikah dan kedua kenduri untuk war2kan majlis pernikahan. Buatlah majlis ikut kemampuan. Jangan nanti, anak dah berderet2, hutang Along masih belum langsai!

Nadia punyai rasional sendiri kenapa dia hanya mahu majlis kecil2an untuk war2kan pernikahannya kelak. Semuanya kerana tidak mahu pembaziran. Duit yang dikatakannya lebih menjurus ke arah pembaziran, sebenarnya lebih elok digunakan pasangan pengantin baru untuk memulakan penghidupan.

Kjee fahamlah. Kalau baru kahwin, semuanya harus dibeli baru. Tapi masa zaman Kjee dulu, segala kelengkapan rumah sudah siap Kjee beli. Suami hanya masuk rumah cuci kaki saja. Tapi Kjee ada jugak dengar anak2 kengkawan yang buat macam Kjee. Tetapi pembelian dibeli secara kongsi dengan bakal suami. Hah itu pun bagus jugak kan. Jangan tunggu sampai last minute.

Korang nak tahu kena tetiba sahaja Kjee buat entry ini. Satu sebab dua anak sedara Kjee dah nak bernikah. Dan kedua, nak story betapa pentingnya, pernikahan seseorang itu diwar2kan supaya tidak timbul fitnah sekiranya, 'perut sudah ada isi' tetapi jodoh perkahwinan tidak panjang untuk menyaksikan kelahiran bayi itu.

Ini bukan kes terpinggir. Sudah banyak berlaku baik di kalangan artis mahupun orang biasa. Bercinta bagai nak rak, bernikah senyap2 pastu bila mengandung sebulan dua, tetiba tiada persefahaman dan berlakulah perpisahan.

Apabila sudah berpisah dan pernikahan (mungkin) tidak sempat di war2kan atau terpaksa dirahsia kerana beberapa sebab (antaranya menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat atau nikah di sempadan), maka janin yang bernyawa dalam perut mesti dibenarkan hidup. Menggugurkannya satu dosa besar, sama besar dengan membunuh.

Tetapi kekadang, dalam beberapa kes terpencil, kandungan itu sengaja dipelihara untuk menjadikan bukti dan  'kenangan' suatu kisah percintaan yang agung!

Panjang lebar Kjee bebel. Tetapi Kjee rasa itu mungkin telah terjadi pada seorang artis dimana anak yang dilahirkan 'menjadi mangsa keadaan'. Sana sini orang menunding jari dan menuduh anak itu anak luar nikah. Tetapi ibunya mempertahankan tindakannya menzahirkan bayi itu ke dunia. Apa yang berlaku, biarlah rahsia dia, keluarga dan Allah swt.

Kalau sudah sedemikian kenyataannya, korang tak payahlah pandang serong kepadanya lagi. Kjee buat rumusan, anak itu anak sah. Cuma perkahwinan ibu dan ayahnya tidak dapat dipertahankan. Wallahualam.

foto2 ehsan google

Wednesday, August 29, 2012

APA ADA PADA NAMA? MACAM2 ADA!


Ini anak sulong Que yang namanya juga berpangkalkan Ratu - google


Pernahkah korang terbayang dapat nama2 pelik seperti Tumpang, Kutip, Pungut dan sebagainya. Kalau nama2 itu untuk puak ethnik di Sabah dan Sarawak ataupun Sabah, kira boleh diterima jugaklah kan? Begitu jugak dengan nama yang boleh mendatangkan aib seperti Rozina yang bererti Penzina Wanita.



Maaflah. Kjee sebenarnya kurang arif mengenai nama2 seperti itu. Tetapi masa Kjee muda2 dulu, arwah bapak yang bekerja di Jabatan Pendaftaran Negara pernah bercerita kononnya, ada peruntukan dibawah undang2 bagi mereka yang hendak menukar nama atas sebab2 tertentu.

Masa itu Kjee taklah banyak menyoal arwah bapak. Tetapi jika tidak silap, beliau pernah menyebut mengenai nama2 seperti Rozina dan sebagainya.

Kisah nama ini menjadi hangat beberapa hari lalu, apabila pelakon Que Haidar dan isteri separuh omputihnya Linda Jasmine, dikatakan tidak sensitif dengan pemilihan nama anak. Anak terbaru mereka diberi nama Ratu Cleopatra yang dikatakan quote and unquote "menyamai nama ratu Firaun semasa pemerintahan kerajaan Mesir Purba iaitu Ratu Cleopatra VII".




Que menafikan sambil berkata pemilihan tersebut dibuat atas persetujuan dengan isterinya dan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada mereka dibuat tanpa sebarang usul periksa.

Dalam pada itu, Que memberitahu apa yang lebih penting anak yang dilahirkan itu adalah seorang Islam dan tumpuannya kini adalah untuk membesarkannya dengan didikan agama yang kuat supaya menjadi seorang Muslim yang sejati.

Que berkata, dia tidak terlalu memberikan perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh masyarakat terhadap perkara itu sebaliknya ingin terus berusaha untuk membesarkan anak-anak.
"Saya sendiri yang iqamatkan anak-anak saya dan mereka adalah seorang Islam. Apa yang lebih penting bagaimana anak-anak saya dibesarkan dan bukannya pada nama," katanya. - Mstar

Apapun, Kjee rasa  seharusnya adakan garis panduan yang khusus untuk nama2 yang menjadi pilihan ibu bapa untuk anak2 mereka yang hendak didaftarkan.

Anak saudara Kjee yang sulung dilahirkan dari ibunya yang berdarah Raja (dan menggunakan pangkal Raja) dengan abang Kjee, (orang kebanyakan). Justru namanya didaftarkan sebagai Putri iaitu lumrah bagi anak2 yang  dilahirkan daripada ibu bapa yang sedemikian. Kalau lelaki, dibubuhnya Megat dan sebagainya mengikut Negeri.

Tetapi kalau anak kita diberi nama Ratu di pangkal namanya, rasa2nya ia kurang sesuai. Ratu bererti Raja Wanita. Kalau begitu, Kjee rasa satu hari nanti, ada yang berani bubuh gelaran Datuk, Tan Sri mahupun Tun kepada nama anak2 mereka sewenang2nya, sebab tiada undang2 yang boleh menyekatnya!

Kjee faham perasaan Que dan Linda. Mereka mungkin merasakan anak perempuan mereka itu terlalu istimewa di mata dan kehidupan mereka. Dan cara mereka mempamerkan rasa kasih dan sayang kepada anak itu, nama tersebut dipilih. 

Mungkin selepas ini kalau anak lelaki pula dilahirkan, Kjee tidak akan merasa hairan kalau ada yang membubuh nama King Alexander The Great atau King Solomon (Sulaiman). Oppps.

LONTONG JAWA YANG SEDAP DAN MUDAH DIBUAT




Lontong Jawa suatu kemestian di rumah Kjee di Hari Raya. Sebenarnya, kalau tak Raya pun Kjee suka buat. Tapi Kjee hanya buat Lontong Jawa di rumah Kjee. Kalau balik kampung tak buat sebab my MIL kata tak payah buat sebab dia orang tak reti makan.

Ya ke tak reti makan? Bukak mulut ngapp jer lah kan? Dia orang tu belum tahu lagi sedap ke tidak Lontong Jawa ni. Apapun, Kjee tak minat nak ajar dia orang makan. Kalau dah ajar nanti, setiap tahun Kjee kena buat. betul tak? Hehehe.

Anyway, Lontong Jawa ni adalah suatu hidangan yang cukup mudah dibuat dan senang dimakan. Tak perlu ada lauk2 sampingan seperti serunding kelapa ataupun kuah kacang ataupun sambal kerang, misalnya serta telor rebus. Murah jer budjetnya.



It's a one dish meal. Curahkan saja atas nasi impit (samada yang dibuat guna daun pisang) Adabi ataupun Nona. Sedap2 sangat2. Kalau masak Lontong Jawa ni, Kjee mesti buat banyak2 sebab penghuni rumah Kjee suka makan berulang2 sampai lah sebelum tidur malam. Enak banget!

Hari ni Kjee bubuh potongan tempe. Selalunya tak bubuh tapi bubuh pun sodappp! Dan selalunya Kjee bubuh petola bersama pucuk belinjau tetapi hari ni tak bubuh. Sebab tak ada stok.

So Kjee puas hati bubuh terong panjang, kobis dan tempe. Dan rahsianya, Lontong Jawa MESTI dibuat pedas2. Kalau tak pedas, tak sedap!

Kalau korang nak try buat dan hidangkan kepada tetamu, resipi di sini. Tak banyak kerenah. Anak2 remaja pun boleh tolong masak.




Tuesday, August 28, 2012

KENANGAN PAHIT DAN MANIS HARI MERDEKA






Tanggal 31, bulan Lapan, 57. Penyanyi orinya Kjee dah lupa tapi setiap kali menjelang tarikh keramat tu, kami adik beradik terkinja2 menyanyi lagu itu dengan penuh semangat sekali. Especially apabila diberi nafas baru oleh Sudirman Haji Arshad.



Kjee ada banyak kenangan manis pasal Hari Merdeka. Dan banyak jugak kenangan yang tak berapa manis. 

Yang manis, Kjee bangga dapat seorang adik, Merdeka Fazilah yang dilahirkan pada Hari Merdeka, tiga tahun selepas negara kita merdeka. Walaupun, dia sudah kembali menyambut panggilan Ilahi setahun yang lalu, namun kenangan bersamanya menyambut hari jadinya masa kami kecik2 dulu cukup segar dalam ingatan.

Yang paling Kjee tak dapat lupa ialah gelagat bapak yang buat 'birthday cake dari periuk' untuk adik Kjee, Fazilah. Masa itu, kami tinggal di Teluk Intan dan mak telah pulang ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Bapak tak ada duit nak beli kek. So malam itu, sewaktu kami sudah tidur, dia ke dapur senyap2 dan buat kek birthday untuk Ilah.

Memang keluarga sebelah bapak terer buat kek siap dengan icing dan bunga yang diperbuat dari gula icing. Malah, kalau mak ada pun, dia akan buat kek dan bapak dan emak icingkan kek itu.

Esok, kami bangun pagi, Ilah menjerit tengok kek yang cantik untuknya. siap ada lilin. Bapak suruh tiup lilin tapi bila Ila mintak pisau untuk potong kek, bapak tak izin. Dia kata tunggu mak balik dulu. Lepas tu, kek terus disimpan dalam peti ais.

Bila mak balik baru bocor rahsia kek itu sebenarnya periuk aluminium yang diterbalikkan dan dihias dengan icing!!! Kemudian mak cepat2 buat kek baru. Hehehe begitulah kreatif bapak. Tak mahu kecikkan hati anak bongsu kesayangannya.



Apabila sudah kembali ke Kuala Lumpur, bapak juga paling sibuk di pagi Hari Merdeka. Lepas subuh, kami sudah keluar rumah naik bas ke Dataran Merdeka. Dulu orang panggil Padang Selangor Club. Kami kena ikut dia tengok perarakkan Hari Merdeka. Dulu perarakkan kereta berhias dipanggil Float.

Punyalah boring. Punyalah kami menyampah kena bangun pagi di hari cuti pastu berderet2 naik bas. Orang punyalah ramai. Panas pulak tu. Saban tahun, itulah routine kami sekeluarga!!! Bapak memang cukup patriotik!

Kemudian apabila Kjee dah kerja, jadi wartawan, ntah apalah pulak nasib kena lalui routine yang sama. Pagi2 buta kena bangun dan cover Hari Merdeka. Kalau tidak di depan Selangor Club, ditugaskan pulak interview man on the street. Tanya pandangan mereka mengenai sambutan Hari Merdeka. Bla bla bla.

Korang tahu tak Kjee pernah sama2 berarak di Hari Merdeka? Bukan sekali tapi dua kali!! Kali pertama dengan grup SENIMAN. Panasnya tak terkira. Serik sangat2 tapi apabila bertugas di Majalah Jelita, sekali lagi Kjee dipilih join grup Jelita untuk berarak.

Tetapi Kjee cerdik sikit dah masa itu. Kjee syorkan masa meeting agar disediakan payung sorang satu untuk berarak. Pada payung itu, dicopkan logo Jelita. Kononnya untuk bagi publisiti pada Majalah kami. Ewah, cantiknya kami berarak pagi itu sambil berpayung. Selamat sikitlah badan kami dari panas pagi yang terik. Kahkahkah.

Kjee pernah bersumpah kalau ada anak, aku tak akan paksa dia bangun pagi2 dan lalui apa yang aku lalui masa kecik2 dulu. Tapi Kjee tetap bangun pagi bukan  untuk ke Dataran Merdeka tetapi lepak depan TV tengok perarakkan yang cukup mengimbau kenangan manis masa kecik.

Begitulah serba sedikit pengalaman manis dan pahit Kjee apabila orang bercerita mengenai Hari Merdeka. Dah hiaskan halaman rumah dengan Jalur Gemilang? Opppss Kjee belum. 

Tetapi jangan sekali2 kita perlekehkan usaha pejuang2 kemerdekaan negara kita seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Dato Onn Jaafar, Tun Tan Cheng Lock dan ramai lagi.

Pertahankanlah maruah Kemerdekaan negara kita hingga ke titisan darah terakhir!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

semua gambar ehsan google

Friday, August 24, 2012

FIRST RAYA FOR RIYAD, RA'ED AND RIZQ




Foto dari album Putri Alia Farina




AL FATIHAH BUAT UMI NOR FARHANA aka FARAH






Assalamualaikum. Tengah hari tadi Kjee dapat panggilan telefon dengan berita sedih, Umi Nor Farhana Ahmad Effendy atau Farah yang menderita kanser hati telah pulang ke Rahmatullah, awal pagi tadi. Panggilan telefon dari kakaknya Kjee terima ketika jenazah dalam perjalanan untuk disemadikan di Terengganu. 

Ketika entry ini ditulis, jenazah allahyarham mungkin telah selamat disemadikan di kampung bondanya di Terengganu.

Ramai pembaca blog Kjee telah menyumbang derma untuk membeli supplimen Transfer Factor untuk membantu Farah sembuh. Klik sini. Tetapi nyata sekali Allah swt lebih menyayanginya. 

Dengan kesempatan ini, Kjee bagi pihak keluarga Allahyarham ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan wang ringgit kepada beliau. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian semua.

Mudah2an keluarganya terutama sekali ibunya, Kak Rohani dan ayahnya abang Ahmad Affendy redha dengan pemergian Farah.

AlFatihah. 





Thursday, August 23, 2012

SALAM LEBARAN DARI KJEE, UNCLEPALI DAN NADIA











Dan lima hari kita masuk ke bulan Syawal. Hari ini baru ada mood nak menulis. Hari2 lain melayan kemalasan.

Tahun ini Hari Raya paling sibuk dalam hidup kami tiga beranak. Petang Raya (Sabtu) pulang ke Kampung Ulu Jempul di Pahang. Esok petang kembali ke KL. Tak sampai 24 jam di kampung. Alhamdullilah perjalanan pergi dan balik lancar walaupun kami dah bersiap sedia untuk sangkut dalam kesesakan lalulintas dan berbuka puasa di dalam kereta.


Kak Paridah, kakak sulong Unclepali

Kak Fatimah @Saadiah bersama anak2 beliau. Seorang lagi pergi jalan2.

Raya kedua, kami ziarah bonda di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang. Hujan renyai2 ketika itu. Kemudian kami terus ke Jeram, Selangor untuk ziarahi abang angkat Kjee, pengarah dan penyanyi Hj Zainal Othman dan keluarga beliau. Kami dijamu dengan Laksa Johor yang sedap sangat, sate dan lauk pauk Hari Raya yang lain.


Haji Zainal Othman dan Hajah Rahmah




Dari Jeram, kami 'menghantar nyawa' join orang lain meredah kesesakan lalu lintas untuk menziarahi Mak Der (ibu tiri) Unclepali di Sungai Besar, Selangor. Tak tahulah samada dalam jajahan Kuala Selangor ataupun Tanjung Karang.


Fauzi, Unclepali dan Shahdi

Unclepali bersama dua adik dan adik iparnya (kiri)
Kami bersama keluarga Mak Der

Unclepali bersama adik perempuan bongsunya Nor Azelin

Kjee tak ingat bila kali terakhir kami ke sana. Tetapi ada sekali tu kami pergi, balik kehampaan sebab Unclepali dah terlupa mana rumahnya. Dulu sebelah rumah ada surau. Disitu ayah Unclepali menghembuskan nafas akhir di surau itu ketika menunggu azan subuh.. Kerana tak jumpa surau, maka kita pun tak taulah camner nak cari rumah Mak Der.

Tetiba masa kami pergi, surau dah tak ada. Khabarnya tuan tanah robohkan. Alahai...surau pun sanggup dirobohkan.

Anyway, dapatlah Unclepali bertemu adik2nya Shahdi, Fauzi dan Nor Azelin (sorang lagi Andi tak balik kampung) serta ibu tirinya. Dalam perjalanan balik KL, kami sangkut dalm jem yang amat teruk. Macam serik nak ke sana musim Raya lagi!

Esoknya, kami ke Melaka pulak, ziarah adik Kjee, Faridah. Heran yer, dua kakak Unclepali punya nama sama seperti adik beradik Kjee iaiatu Pazilah dan Paridah (ejaan jer lain. Adik2 Kjee hurufnya F). Yang lelaki bongsu bernama Fauzi. Hmmm Fauziah jer tak ada. Tak per. nama kita eksklusif. Hehehe.


Bersama Faridah dan suaminya Yusof

Ibu saudara kesayangan Nadia
Kami smapai di Melaka jam 12 tengah hari dan dijamu adik makan mi kari. Sedap sangat. Adik Kjee ni memang pandai masak sebab dia tinggal bersama Bonda hingga ke akhir hayat Bonda.

Lepas zohor kami bergeraka kembali ke KL. Sebelum tu, ronda satu round bandar Melaka (suatu kemestian apabila ke Melaka) dan sampai di Air Keroh, jalan tersangatlah sesak sampai Seremban. Lepas tu, line clear. Unclepali pecut sampai Sg Buloh pukul 9 malam.

Itu jer. Selamat Hari Raya semua. Maaf Zahir Batin. Kjee puasa penuh so Kjee sambut sebulan Raya tau!!



Hobi Nadia...amik foto dia sendiri


Friday, August 17, 2012

BERTEMU ARTIS2 SEPERJUANGAN SEJAK ZAMAN TV HITAM PUTIH




Dato Aziz Satar, Hj Wazata dan Hj Tawil mengetuai bacaan Tahlil dan doa selamat





Tiada kata2 dapat Kjee luahkan apabila ditemukan dengan rakan2 artis seperjuangan sepanjang penglibatan Kjee sebagai anak seni sejak awal 70-an. Sejak drama RTM masih hitam putih. Sejak zaman Potret Pekerti lagi! Ramai yang Kjee tak jumpa hampir 25 tahun!

Terpaksa menahan sebak melihat wajah2 seperti Hj Tawil, Haji Hisham Ahmad Tajuddin, Razali Buyong, Hamid Ghurka, Kamal Pendek, Julie Dahlan, Sharifah Aminah, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Dato Sani Abdullah, Zulkifli Zain dan isterinya Normala Omar, Dato Baharuddin Hj Omar, Haji Wazata Zain, Shamsuddin Lamin, Abu Bakar Omar, Julie Dahlan, Abu Bakar Juah, Margaret Gan dan ramai lagi yang Kjee tak sempat nak sapa.

Bersama Razali Buyong

Hj Hisham Ahmad Tajuddin

Dato Sani Abdullah dan Dato Ahmad Tarmimi Siregar


Majlis yang diadakan di Saloma Bistro anjuran Persatuan Kebajikan Artis2 Veteran Malaysia bukan sahaja untuk merai serta menemukan artis2 veteran tetapi juga untuk tahlil Presiden pertama persatuan ini iatu Allahyarham Dato Ismail Hudson, yang pulang ke rahmatullah baru2 ini.

Sedih dan pilu apabila kedua2 balu Allahyarham turut hadir dan duduk bersebelahan.

Bersama Margaret Gan

Bersama Dato Aziz Satar

Bersama Hamid Ghurka


Jawatan Presiden kini pangku oleh Dato Aziz Satar. Walaupun ramai gempar dengan berita kesihatan Dato Aziz baru2 ini tetapi nyata sekali beliau bukan seseorang yang mudah mengaku kalah. Semua lega melihat kesihatan Dato Aziz yang sama seperti dulu.

Bagaimanapun, berita sedih yang kami kongsi bersama semalam ialah, Dato Yahya Sulong kini dimasukkan ke hospital. Dan khabarnya sedang koma. Begitu juga dengan seniman Kuswadinata yang khabarnya juga dimasukkan ke hospital. 

Mudah2an kedua2 seniman veteran ini segera sembuh. Doa juga dipanjatkan buat Seniman Tan Sri Jins Shamsuddin yang kini juga tidak sihat.


Kak Julie masih mampu senyum walaupun penglihatan sudah kabur

Zulkifli Zain dan isterinya Normala. Mala juga pernah 6 bulan buta sebab kencing manis. Kini sudah  ok.

Selain itu, Kjee terkejut apabila produser Julie Dahlan masuk ke dalam dalam dewan sambil dipimpin seorang wanita. Kak Julie kelihatan terpinga2. Apabila tiba depan meja Kjee, dia hanya menguntum senyuman dan terus pergi ke mejanya berhampiran.

Selepas berbuka puasa, Kjee telah mendekatinya, mencium tangannya. Kak Julie masih terpinga2. Kjee bisikkan nama Kjee. Kemudian dia bangun. Kami berpelukan. Kjee Julie rupa2nya sudah rabun. Mengalami masalah kencing manis. Sedihnya mendengar berita seperti itu dari seorang produser wanita yang satu ketika dulu digelar Produser Iron Lady!!

Kjee ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada persatuan kerana menghulurkan duit Raya kepada Kjee dan juga kira-kira 30 artis veteran lain yang uzur.

Terima kasih Persatuan Kebajikan Artis Veteran. Lumayan betul duit Raya!



Thursday, August 16, 2012

ANTARA KETUPAT SATE, KETUPAT BAWANG DAN KETUPAT DAUN PALAS


dari kiri, ketupat sate, ketupat bawang dan ketupat daun palas

DAILOG SEMALAM




KJEE : 
Abang, kat you tube ada orang ajar camner nak buat kelonsong ketupat nasi dan ketupat daun palas tau! Dah ramai orang pandai. Abang pandai ker?

UNCLEPALI: 
Pandai!

NADIA:
Ya lah tu. Tak pernah tengok Papa buat pun!

UNCLEPALI:
(SENGIH)
Pandailah... lepas tengok kat You Tube nanti...

KJEE & NADIA:
(SERENTAK)
Hampeh!!!








Masa Kjee kecik or rather muda2 dulu, arwah mak memang pernah ajar buat ketupat nasi. Maklumlah dia anak toke sate. So mestilah tahu atau kena anyam ketupat untuk bapaknya buat jualan. Orang niaga sate dulu2 semuanya jual ketupat nasi atau digelar ketupat sate. Tak macam orang sekarang yang buat nasi impit dalam plastik.

Ingat lagi Kjee, bilik air di bahagian dapur rumah datuk di Kpg Baru, penuh dengan daun kelapa. Yang warna kuning dan hijau. Kuning tu pucuk daun kelapa . Kekadang seram jugak nak masuk bilik air yang gelap tu. Takut ada ular ataupun lipan!!

Korang tahu tak yang ketupat nasi ni ada banyak jenis. Tapi Kjee tahu dua saja iaitu ketupat sate dan ketupat bawang. Khabarnya ada jugak ketupat udang. Tapi Kjee dah tak ingat rupanya.

Ketupat sate yang empat segi sementara ketupat bawang yang ada banyak buncu. (lihat gambar). Orang sekarang dah jarang2 buat ketupat daun kelapa untuk dimakan dengan sate sebab buatnya renyah. Kena masak sampai 4 jam! Justru mereka hanya buat ketupat dalam plastik!



Masa Kjee kecik2 dulu, selain buat ketupat nasi, bonda jugak buat ketupat pulut tetapi dalam kelonsong ketupat bawang. Dia isi dengan beras pulut dan rebus dalam santan! Sedap sangat.

Kjee dah lupa macam mana nak anyam ketupat guna daun kelapa. Nak belajar pun dah malas sebab di Pasar banyak dijual kelonsong ketupat ini.

Dan apabila berkahwin dengan Unclepali yang berasal dari Kedah tetapi menetap di Pahang, Kjee pun dapatlah makan ketupat daun palas buatan Bonda mertua ataupun yang ditempahnya. Itu favorite Kjee. Ada yang bubuh kacang merah bersama kelapa dan ada jugak yang kosong.

Yang diletak kacang merah dan kelapa, khabarnya cepat basi. Justru, untuk Hari Raya, jarang ada yang bubuh kacang dan kelapa. 

Tetapi Kjee tak faham kenapa ada sesetengah orang Pahang, goreng hingga garing ketupat pulut daun palas tu baru makan. Kjee tengok mereka begitu seronok bila dapat ketupat goreng ini. Tapi di sebelah keluarga Unclepali, tiada pula yang makan ketupat palas goreng ini. Mungkin selera orang Pahang ori kot.




Kalau sesiapa berhajat nak buat sate, Raya ni, bolehlah cuba resipi keluarga Kjee. Ini resipi Majid Sate. Kalau korang orang Kuala Lumpur yang jati, khususnya orang Kampung Baru, pasti kenal Majid Sate. Beliau pernah digelar King of Malaysian Sate. Arwah adalah datuk Kjee. Resipi, klik sini.





Tuesday, August 14, 2012

PILIHAN LAGU2 RAYA FAVORITE KJEE


















IKUT JADUAL CADANGAN PLUS ELAK KESESAKAN


PETALING JAYA: Plus Ekspressway Bhd (PLUS) pada Isnin mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) kepada penggunanya bagi mengurangkan kesesakan di lebuhraya menjelang musim perayaan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi berkata, pelan perjalanan yang diatur oleh ini akan membantu orang ramai merancang perjalanan mereka dalam menghadapi 1.4 juta kenderaan yang dijangka berada di lebuhraya PLUS pada waktu puncak nanti.

"Jumlah ini adalah peningkatan 30 peratus berbanding 1.1 juta kenderaan sehari yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan pada hari biasa.

"Jika semua kenderaan memasuki lebuhraya serentak sudah pastilah kesesakan teruk akan berlaku...sebab itu kita rangka jadual TTA dengan mengagihkan trafik secara berperingkat," katanya pada sidang media yang diadakan di Persada PLUS dekat sini, Isnin.

Menurut Mohammad Fuad, TTA membantu dengan pengagihan trafik mengikut masa dan destinasi tertentu.

Katanya, jadual TTA yang dicadangkan itu ialah pengguna di Lembah Klang yang akan menuju ke Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Johor diminta memasuki lebuhraya Utara-Selatan sebelum pukul 12 tengahari.
Bagi mereka yang menuju ke Kuala Kangsar, Changkat Jering dan Taiping disarankan memasuki lebuhraya antara pukul 12 tengahari hingga 3 petang.

"Mereka yang menuju ke destinasi lebih dekat seperti Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng, Tampin dan Alor Gajah (melalui Simpang Ampat) bolehlah memasuki lebuhraya antara pukul 3 hingga 6 petang," katanya.

Mohammad Fuad juga berkata, waktu paling sesuai untuk pengguna dari Lembah Klang ke Tapah, Bidor, Sungkai, Slim River, Tanjung Malim, Senawang, Port Dickson dan Seremban memasuki lebuhraya ialah selepas pukul 6 petang.

Menurut Mohammad Fuad lagi, TTA yang dikeluarkan PLUS adalah untuk pengguna yang menggunakan lebuhrayanya pada waktu puncak iaitu dari 16, 17, 18, 30 dan 31 Ogos ini.




Mengulas lanjut, beliau berkata lebih kurang 50 peratus pengguna lebuh raya telah mematuhi TTA cadangan PLUS pada Aidilfitri tahun lepas dan ia merupakan peningkatan sejak diperkenalkan pada 2007.

Katanya, kadar pematuhan yang tinggi terhadap jadual TTA akan berjaya mengurangkan kesesakan sekali gus melancarkan perjalanan dan selesa kepada pengguna.

Beliau menambah, bagi menggalakkan orang ramai bekerjasama mematuhi jadual ini sebanyak 50,000 jadual telah dicetak untuk diagihkan kepada orang ramai.

Sementara itu PLUS turut mencadangkan waktu memasuki Tambak Johor dan Linkedua serta Jambatan P.Pinang mengikut plat kenderaan.

"Kenderaan yang nombor plat diakhiri nombor ganjil disarankan memasuki laluan ini pada setiap jam ganjil seperti pukul 9, 11, 1 dan 3 petang.

"Kenderaan bernombor plat genap pula masuk ke lebuhraya pada jam genap seperti pukul 4, 6, 8 dan 10," jelasnya.