Thursday, August 16, 2012

ANTARA KETUPAT SATE, KETUPAT BAWANG DAN KETUPAT DAUN PALAS


dari kiri, ketupat sate, ketupat bawang dan ketupat daun palas

DAILOG SEMALAM




KJEE : 
Abang, kat you tube ada orang ajar camner nak buat kelonsong ketupat nasi dan ketupat daun palas tau! Dah ramai orang pandai. Abang pandai ker?

UNCLEPALI: 
Pandai!

NADIA:
Ya lah tu. Tak pernah tengok Papa buat pun!

UNCLEPALI:
(SENGIH)
Pandailah... lepas tengok kat You Tube nanti...

KJEE & NADIA:
(SERENTAK)
Hampeh!!!








Masa Kjee kecik or rather muda2 dulu, arwah mak memang pernah ajar buat ketupat nasi. Maklumlah dia anak toke sate. So mestilah tahu atau kena anyam ketupat untuk bapaknya buat jualan. Orang niaga sate dulu2 semuanya jual ketupat nasi atau digelar ketupat sate. Tak macam orang sekarang yang buat nasi impit dalam plastik.

Ingat lagi Kjee, bilik air di bahagian dapur rumah datuk di Kpg Baru, penuh dengan daun kelapa. Yang warna kuning dan hijau. Kuning tu pucuk daun kelapa . Kekadang seram jugak nak masuk bilik air yang gelap tu. Takut ada ular ataupun lipan!!

Korang tahu tak yang ketupat nasi ni ada banyak jenis. Tapi Kjee tahu dua saja iaitu ketupat sate dan ketupat bawang. Khabarnya ada jugak ketupat udang. Tapi Kjee dah tak ingat rupanya.

Ketupat sate yang empat segi sementara ketupat bawang yang ada banyak buncu. (lihat gambar). Orang sekarang dah jarang2 buat ketupat daun kelapa untuk dimakan dengan sate sebab buatnya renyah. Kena masak sampai 4 jam! Justru mereka hanya buat ketupat dalam plastik!



Masa Kjee kecik2 dulu, selain buat ketupat nasi, bonda jugak buat ketupat pulut tetapi dalam kelonsong ketupat bawang. Dia isi dengan beras pulut dan rebus dalam santan! Sedap sangat.

Kjee dah lupa macam mana nak anyam ketupat guna daun kelapa. Nak belajar pun dah malas sebab di Pasar banyak dijual kelonsong ketupat ini.

Dan apabila berkahwin dengan Unclepali yang berasal dari Kedah tetapi menetap di Pahang, Kjee pun dapatlah makan ketupat daun palas buatan Bonda mertua ataupun yang ditempahnya. Itu favorite Kjee. Ada yang bubuh kacang merah bersama kelapa dan ada jugak yang kosong.

Yang diletak kacang merah dan kelapa, khabarnya cepat basi. Justru, untuk Hari Raya, jarang ada yang bubuh kacang dan kelapa. 

Tetapi Kjee tak faham kenapa ada sesetengah orang Pahang, goreng hingga garing ketupat pulut daun palas tu baru makan. Kjee tengok mereka begitu seronok bila dapat ketupat goreng ini. Tapi di sebelah keluarga Unclepali, tiada pula yang makan ketupat palas goreng ini. Mungkin selera orang Pahang ori kot.




Kalau sesiapa berhajat nak buat sate, Raya ni, bolehlah cuba resipi keluarga Kjee. Ini resipi Majid Sate. Kalau korang orang Kuala Lumpur yang jati, khususnya orang Kampung Baru, pasti kenal Majid Sate. Beliau pernah digelar King of Malaysian Sate. Arwah adalah datuk Kjee. Resipi, klik sini.





16 comments:

  1. kak jee... dalam gambar 3 ketupat tu... mula mula ketupat jantung... bukan ketupat sate.. ketupat sate dier macam bantal yang kat sofa tu .. empat segi sama...

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Gee,

    kak gee nak tumpang tanya sikit. Majid satay dengan ismail satay tu ada ikatan persaudaraan ke?

    ReplyDelete
  3. Ismail Satay tu menantu Majid Satay. Isteri pertama dia anak Majid Satay. Namanya Salmah dan kakak kepada arawah Bonda Kjee.

    ReplyDelete
  4. Salam, Kak Jee. Kalau dalam family saya ada tiga jenis ketupat nasi iaitu ketupat sate (bentuknya leper), ketupat bawang (samalah macam gambar Kak Jee tu, bentuknya bulat sikit) & ketupat pasar (yang Kak Jee panggil ketupat sate). Kadang-kadang lain negeri lain panggilannya kan.. Macam Kak Jee, saya kahwin dengan suami yang makanan hari rayanya ialah ketupat palas, saya pun suka yang goreng, yang katanya style orang Pantai Timur. Tapi saya ni memang semua makanlah.. semua sedap di tekak saya ni, hehe.

    Nak ucapkan juga Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Kak Jee, Nadia & UnclePali.. jauh atau dekat beraya nanti, hati2 di jalanan ya, Wassalam.

    ReplyDelete
  5. saya pulak walaupun orang kedah tapi tk pas jugak nak balut ketupat palas tu,huhu,asyik balut jadi ketupat betina je...kalo ketupat betina bila direbus ketupas tu akanmasuk air sebabtak kemas,kalo ketupatjantan ketupat tu akan padat,kemas dan elok,..jadi lmabat la basi....tp saya tak tau la pulaknapa dipanggil ketupat betina n jantan...tapi tula sebutan dlm family saya yang pakar watketupat,cuma saya jela kak gee,hmm pakar makan je...

    ReplyDelete
  6. oooo...kiranya kak jee dengan family ismail satay tu sedara lah ya. saya ni biasa makan satay ismail satay (yg dekat datuk keramat tu) kak jee. kebetulan masa bercuti di sydney bulan lepas saya jumpa aunty zaidah (zaidah satay) anak ismail satay tu.dia ada cerita asal usul ismail satay. ada dia sebut majid satay cuma saya tak ingat pertaliannya. bila kak jee sebut majid satay tu yang saya terus teringat nak tanya kak jee. kalau resepi aunty zaidah dan ismail satay tu resepi asal majid satay, mmg saya puji sedap sangatttttt.....

    ReplyDelete
  7. salam kak gie
    hanim suka ketupat bawang tapi sayangnya tak pandai nak menganyam. Dulu arwah ayah ajar tapi tak juga menjadi. Alih2 makan nasi impit segera ja lah. he he he he he ............

    selamat hari raya kak gie .........

    ReplyDelete
  8. salam k. jee. aruah mak long saya pandai buat ketupat kerbau, ketupat ketam.. rupa dia mcm kerbau kenit.. each raya beliau akan buat kan sorang satu (kami tiga beradik), nanti beliau akan suruh kita 'sembelih' nanti boleh makan.. oh my..takan nak makan sayang sbb unik..tak penah jumpa.. so kami simpan sampai basi.. :( now tak sapa yang pandai buat macam tu lagi.. al-fatihah buat roh beliau.

    p/s: k. jee take good care of your health k, esp during raya days.

    and takut terlupa (sebab sure sibuk) Selamat Hari Raya Aidil Fitri, minal aidin wal faidzin.

    daripada kami sekeluarga,
    Zaph, suami, Blacky, Belle, Lady, Baby, Sox, Abboud, Fluffy, Spacey, Nino, Nina, Salem, Tupai, April, Edward C, Jacob B, Hachiko, Bintang, Chomel, Benjy, Mu'ezza, Mia & Moira.
    (yes, anak meow2 kami meriah k. jee .. ni kami tgh tunggu Chomel beranak .. lepas ni terus ikat...)

    ReplyDelete
  9. Ketupat jantung boleh dianyam melekat ke pelepah daun. Ketupat sate empat segi dan nipis, selalunya menjadi pilihan bila daun pendek. Ketupat bawang nampak cantik tapi bila potong tak lawa. Ketupat ketam dan kerbau saya masih buat tapi dengan riben atau straw, untuk hiasan dan bukan untuk dimakan. Ketupat palas pulak ada jantan dan betina nya....saya suka kalau berisi kacang...Saya masih boleh mengayam tapi biarkan yang muda muda menganyam dan merebus...saya makan jer....

    ReplyDelete
  10. ketupat goreng?...erkkk..tak pernah liat pun..kt kg pun tak ada..dah pupus gamoknye..

    tp sy suke ketuput daun palas lg... dulu mase kecik2 selalu pergi masuk hutan mencari daun palas..

    oh...memori lama...

    selamat hari raya kjee... semoga sihat selalu.

    ReplyDelete
  11. sya slalu tolong mak buat ketupat daun palas kak jee....almaklum kat kota bharu kan ketupat daun palas kan paling femes...slalu kalu mak buat tu dia letak dlm inti serunding daging....slalu itulaa tempahan dan kegemaran org2 kelantan....thn nihh dh pindah duk jauh sini xdpt nk merasa buat ketupat lg....sya paling kompius bila tgk mak buat ketupat tu kejap jer zup zap zup zap...dh seratus biji dia siap...sya nihh 50biji pun xsmpai lg...hahhaaaaa mmg tgn xterer lg walau dh duk tulun mak dr zaman skolah lg....hihiiii

    ReplyDelete
  12. Teringin nak belajar buat ketupat etam dan kerbau.Biasanya buat ketupat burung je.

    ReplyDelete
  13. saya org penang yg every raya patutnya ada ketupat palas. tp sbb x pandai buat maka kami buat ketupat guna daun pisang. so rupa dah mcm lemang.

    mama jee..ni kalo mak tau mama jee bg resepi majid satay, mesti dia soh buat. dia selalu dok habaq yg mana2 dia pi mkn satay, x sesedap Majid Satay. the best ever lah pada dia.
    selamat hari raya mama jee, uncle pali & nadia

    hana

    ReplyDelete
  14. kak jee...saya reti buat ketupat bawang je..ketupat sate tak reti..kadang2 salah pusing..padahal mak sy ckp ketupat sate lagi senang..hehe..
    selamat hari raya kak jee dan sekeluarga

    ReplyDelete
  15. Scarlet, kalau dah boleh anyam burung, kerbau cuma kena tambah 2 set kaki sahaja lagi. Sebagaimana burung, kerbau pun start dari kaki, dapatkan 4 kaki teranyam, yang lainnya sama jer.... selepas leher ada 4 helai daun, bolehlah repeat anyaman badan dikepala to complete it.

    ReplyDelete
  16. Nk bungkus ketupat palas pas subuh..:-)

    ReplyDelete