Sayur Asem |
Sebaik sahaja kami masuk ke Jalan Raja Alang semalam, jalan menuju ke Restoran Wong solo tutup. Kami kena detour masuk Jalan Daud. Mujurlah Kjee anak jati Kpg Baru. So tahulah nak cilok ke mana untuk sampai ke restoran itu. Lagipun, rumah datuk Kjee di jalan yang sama. Sepelaung jer.
Set Empal Sapi |
Kami sampai awal sangat2. Sejam sebelum berbuka sebab ingatkan jalan jam. Tetapi ntah kenapa jalan semalam agak sunyi especially Jalan Kucing. Ketika buat reservations, Kjee dah order siap2 set Pecel Lela (ikan keli goreng garing) untuk Nadia, dua set Empal Sapi (daging goreng diketuk) each untuk Kjee dan Unclepali, Ayam Bakar untuk Sham dan Ayam Penyek untuk sesiapa yang ingin tambah. Selain itu, Kjee jugak order Sayur Asem.
Pecel Lele |
Kjee order Jus Poligami, Unclepali jus Bandung soda, Nadia Jus Avokado dan Sham air tembikai. Pasti semua pelik dengar jus Poligami kan? Ia campuran empat jenis buah termasuk betik dan mangga manis. Idea nak buat jus ini dari toke Restoran ini di Indonesia. Isterinya empat. so dia namakan jus campuran empat buah2an ini Jus Poligami. Hebat lelaki ini.
Kjee suka. I mean the juice not the you know what. Eh kalau my hubby mampu, why not!! Hehehe
Dari kiri - jus tembikai, poligami, avokado dan soda bandung |
Tak tahu nak citer apa pasal makanan dalam restoran ni sebab kami sekeluarga memang selalu ke situ. Kalau nak tau lagi klik sini.
Cuma bezanya dulu dan sekarang...portion lauk semakin 'kecut'. Hehehe. Harga set termasuk air mineral ialah RM10.90. Jus tu dalam lingkungan RM5+.
Set ayam bakar |
Set Ayam Penyek |
Wong Solo memang terbaik :D
ReplyDeletehurmmmmm....terliur dibuatnya..
ReplyDelete