Saturday, August 4, 2012

CHEETAM DAH GENG NGAN SNOWY





CheeTam buli Snowy

Mula2 CheeTam muncul dalam rumah Kjee kira2 sebulan lalu, Snowy punyalah merajuk. Kekadang Kjee rasa Snowy ni macam racist sebab dia putih melepak dan CheeTam, pulak hitam legam.



Punyalah susah nak pujuk Snowy terima CheeTam. Nampak jer kelibat CheeTam, Snowy terus angkat kaki dan blah. Kekadang sampai jauh malam dia duduk kat luar. Jenuh memujuk, dia buat selamba jer tak nak masak rumah.

Ada satu ketika tu, Kjee hampir give up. Rasa2 macam nak 'hantar CheeTam elsewhere' demi Snowy. Tetapi Kjee tak berani beritahu Unclepali atau Nadia. Mesti dia orang tak setuju. Lagipun, dua lawan satu. Gerenti Kjee kalah.

Beli mainan mahal2, kotak jugak yang dikerjakannya







Anyway, nasib baiklah Ginger lembut sikit hatinya. Pelan2 dia mendekati CheeTam. Satu hari Kjee terkejut nampak Ginger menjilat CheeTam! Dan yang paling mengejutkan, tiga hari lepas Kjee tengok CheeTam sedang menghisap susu Ginger. Isyhhh Ginger ni jantanlah!!! Tapi Kjee rasa Ginger pasrah sebab kesiankan si kenit tu.

Anyway sejak beberapa hari lepas Snowy dah mula kendur. Agaknya dia kesian tengok CheeTam terhegeh2 ikut kaki dia. Semalam Kjee nampak Snow menjilat badan CheeTam. Puanylah Kjee happy.

CheeTam pulak, Snowy dah bagi muka, naik kepala!

Sekarang kami keluarga yang sangat bahagia.


Penat. Malas layan CheeTam. Pose.



11 comments:

  1. kucing pun pandai nak berbaik-baik..
    teringat kucing saya yang dah mati..Koko..sangat suka berkawan, dengan kucing kecik pun siap disusukan padahal dia tu jantan

    ReplyDelete
  2. Seronok ye kjee bila kita melayan telatah kucing2 kesayangan kita...kalau tak de kucing terasa sunyi je idup. kat umah saya ade sekoq kucing nama nye Opok...siap ade fb lagi...hehehe

    ReplyDelete
  3. comel2 jer kucing tu....suka yang color putih tu...putih sangat2...kihkih

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Cepat betul nampak CheeTam besar..dah nmpk sihat sangat berbanding gambar yg mula2 Kak Jee ambil dulu.

    Hanita, Klang.

    ReplyDelete
  5. CheeTam kuat sgt mkn. Kejap2 lapar. Camnrr x cpt besar.

    ReplyDelete
  6. yang putih tu sy suke..comel je..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak jee, sya punya kucing kesemuanya da mati mcmne kak jee punya kucing sihat walafiat...sya suka yg putih tu..

    ReplyDelete
  8. wkumsalam, kucing kjee pun ramai dah mati. berpuluh dah sejak kjee bela kucing. mati sakit, mati accident....sampai hari ni Kjee selalu mcm serik nk bela tapi mana boleh tahan kan.

    ReplyDelete
  9. Mcm mana buat bg diorang ok kjee? Si siam sy ni taknak langsung kasi can kat ank kucing yg sy ambil kat tpt kerja kesian tgk budak tu asik kena pukul. Nak lepas kat luar takut nanti kena langgar ngan kereta.

    ReplyDelete