Wednesday, August 8, 2012

ELLA AJAK CAROLINE TINGGAL BERSAMA






Wow begitu dedicated nya dua Mentor di musim ke-6 rancangan itu terhadap protege mereka. Musim2 yang lalu kita tak dengar pun cerita Mentor mengasah protege selepas berakhirnya rancangan itu.

Kalau Fauziah Dato Ahmad Daud sanggup meluangkan masa menghantar protegenya Zatul berulang alik mengikut kelas vokal untuk mantapkan nyanyiannya, Ella pula ada cara lain. Dia bawak sekali Caroline tinggal bersama2nya.

Selain sentiasa memastikan Caroline bergerak di landasan yang betul, mungkin mahu dijadikan Caroline teman. Maklumlah suami kan kerja sebagai juruterbang. Pasti selalu kena tinggal kan?

Korang bacalah story ni yang Kjee petik dari mStar Online.



Caroline Mula Terikut Tabiat Ella

PETALING JAYA: Juara program Mentor musim keenam, Caroline semakin terikut-ikut dengan Ella yang lebih gemar duduk di rumah jika tidak melakukan sebarang aktiviti.

Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel berkata, dia yang kini tinggal bersama mentornya itu turut terpengaruh dengan sikap dan personaliti penyanyi popular tersebut.

"Kak Ella gemar menghabiskan masa di rumah apabila dia tidak mempunyai sebarang aktiviti dan saya mula terbiasa dengan tabiatnya itu.

"Bagaimanapun kami sering melakukan pelbagai aktiviti di rumah bagi mengelakkan daripada kebosanan," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Caroline berkata, walaupun personaliti Ella kelihatan manja tetapi sebenarnya penyanyi lagu Permata Biru itu sangat bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap orang lain.

Ia merupakan sifat tersembunyi ratu rock negara itu yang mungkin tidak diketahui oleh masyarakat dan peminatnya.

"Mungkin apa yang orang nampak mengenai dirinya bukan mewakili siapa dia yang sebenarnya kerana Ella adalah seorang wanita yang sangat sensitif dan sentiasa mengambil berat terhadap orang lain," katanya.

Sementara itu, Caroline sedang menunggu untuk single pertamanya yang berjudulMelawan Arus Cintamu dimainkan di stesen radio tempatan dalam masa terdekat ini.

Dia juga tidak sabar untuk melihat reaksi pendengar terhadap lagu ciptaan komposer terkenal, Ajai itu.

Related Posts:

  • JAGA DIRI, KELUARGA, SOPSalam semua. Selain berdepan Pandemik Covid-19, negara sedang berdepan satu lagi musibah besar iaitu banjir.Jumlah kematian semakin meningkat. Jadi, jagalah keluarga dan diri sendiri. Banjir kali ini usahlah dianggap lagi seb… Read More
  • SELAMAT TAHUN BAHARU 2021      TIADA apa yang lebih penting daripada mendoakan agar tahun 2021 yang tiba esok akan menjadi tahun yang selamat bagi kita semua. Selamat dalam apa jua keadaan terutama sekali dari Pandemik yang … Read More
  • BUBUR NASI      Kjee makan cam ni bukanlah kerana Kjee tak sihat. Tetapi atas arahan doktor. Kjee kena ke HKL Isnin depan. So if Kjee hilang dari radar beberapa hari, faham-faham lah ya.     Apa… Read More
  • STEW TULANG/GARLIC BREAD      Sewaktu melangkah keluar dari mini mart Ladangku di Taman Melawati semalam, Kjee dah terbayang tulang lembu yang dibeli untuk buat Asam Pedas. Tetapi apabila masuk kereta, UnclePali kata esok b… Read More
  • REZEKI PERTAMA 2021      Sambil makan Penang Fried Kway Teow airtangan UnclePali tadi, Kjee kata. "Rasanya Penang Fried Kway Teow ini is the only one in Malaysia orang buat untuk breakfast pagi ini." My other half seny… Read More

3 comments:

  1. bagus le kalu ada pembimbing macam tu..semoga berjaya...

    ReplyDelete
  2. Asmkm kakjee

    Rakan seuniversity arwah adik kakjee telah meninggal dunia disebabkan kanser paru paru.
    Seorg dr pakar yg dihormati pengetahuannya, dedikasi dan humble pd pesakitnya. Nama arwah professor dr rokiah binti pendek. Meninggal pd 915 pagi di hari rabu 1ogos 2012.
    One of the best medical brain from such humble background only care to serves the civilnservant without a care to make money outside for personal gain. Hilang sudah org kita di usia yg muda 53.
    Sedkahkan fatihah untulnya

    ReplyDelete
  3. gempak siut nama org melayu skang.. mcm omputih.. hahahahaah..

    ReplyDelete