Tuesday, August 14, 2012

IKUT JADUAL CADANGAN PLUS ELAK KESESAKAN


PETALING JAYA: Plus Ekspressway Bhd (PLUS) pada Isnin mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) kepada penggunanya bagi mengurangkan kesesakan di lebuhraya menjelang musim perayaan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi berkata, pelan perjalanan yang diatur oleh ini akan membantu orang ramai merancang perjalanan mereka dalam menghadapi 1.4 juta kenderaan yang dijangka berada di lebuhraya PLUS pada waktu puncak nanti.

"Jumlah ini adalah peningkatan 30 peratus berbanding 1.1 juta kenderaan sehari yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan pada hari biasa.

"Jika semua kenderaan memasuki lebuhraya serentak sudah pastilah kesesakan teruk akan berlaku...sebab itu kita rangka jadual TTA dengan mengagihkan trafik secara berperingkat," katanya pada sidang media yang diadakan di Persada PLUS dekat sini, Isnin.

Menurut Mohammad Fuad, TTA membantu dengan pengagihan trafik mengikut masa dan destinasi tertentu.

Katanya, jadual TTA yang dicadangkan itu ialah pengguna di Lembah Klang yang akan menuju ke Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Johor diminta memasuki lebuhraya Utara-Selatan sebelum pukul 12 tengahari.
Bagi mereka yang menuju ke Kuala Kangsar, Changkat Jering dan Taiping disarankan memasuki lebuhraya antara pukul 12 tengahari hingga 3 petang.

"Mereka yang menuju ke destinasi lebih dekat seperti Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng, Tampin dan Alor Gajah (melalui Simpang Ampat) bolehlah memasuki lebuhraya antara pukul 3 hingga 6 petang," katanya.

Mohammad Fuad juga berkata, waktu paling sesuai untuk pengguna dari Lembah Klang ke Tapah, Bidor, Sungkai, Slim River, Tanjung Malim, Senawang, Port Dickson dan Seremban memasuki lebuhraya ialah selepas pukul 6 petang.

Menurut Mohammad Fuad lagi, TTA yang dikeluarkan PLUS adalah untuk pengguna yang menggunakan lebuhrayanya pada waktu puncak iaitu dari 16, 17, 18, 30 dan 31 Ogos ini.




Mengulas lanjut, beliau berkata lebih kurang 50 peratus pengguna lebuh raya telah mematuhi TTA cadangan PLUS pada Aidilfitri tahun lepas dan ia merupakan peningkatan sejak diperkenalkan pada 2007.

Katanya, kadar pematuhan yang tinggi terhadap jadual TTA akan berjaya mengurangkan kesesakan sekali gus melancarkan perjalanan dan selesa kepada pengguna.

Beliau menambah, bagi menggalakkan orang ramai bekerjasama mematuhi jadual ini sebanyak 50,000 jadual telah dicetak untuk diagihkan kepada orang ramai.

Sementara itu PLUS turut mencadangkan waktu memasuki Tambak Johor dan Linkedua serta Jambatan P.Pinang mengikut plat kenderaan.

"Kenderaan yang nombor plat diakhiri nombor ganjil disarankan memasuki laluan ini pada setiap jam ganjil seperti pukul 9, 11, 1 dan 3 petang.

"Kenderaan bernombor plat genap pula masuk ke lebuhraya pada jam genap seperti pukul 4, 6, 8 dan 10," jelasnya.



Related Posts:

  • AWAS PEMILIK KERETA MYVIKjee baru jer guna kereta Perodua Alza. Tup2 Kjee ternampak entry ni dalam blog Media Permatang Pauh  Aduh! Takkan nak kena tukar kereta lain. Baru lapan bulan Kjee guna kereta Alza ni. Bagi Kjee,  Alza dan MYV… Read More
  • TEKA TEKI BUTTER TAK HALAL TERJAWAB Apabila Kjee menulis mengenai kesangsian banyak pihak apabila tercetus isu butter Golden Churn tidak halal pada 9 Jun lalu, Kjee menerima info dan email dari 'beberapa pihak yang mendakwa' diri mereka boleh sahkan produk itu… Read More
  • TNB DAH MAI DAH! Asalamualaikum...assalamualaikum...asssalamualaikum. Tiga kali. Ingatkan ditujukan kepada rumah sebelah. Tapi apabila berterusan, Kjee terus jawab Walaikumsalam dari dalam rumah.  Isyhh sapa pulak  tu yang datang … Read More
  • 14 TUNTUTAN BUKAN ISLAM YANG MEMBIMBANGKAN! Kjee ingin berkongsi tulisan ini untuk renungan semua. Kjee membaca entry ini ketika menjenguk di blog rahanahkusayang.blogspot.com. Mohon share Puan Rahanah dan penulis asalnya Dr Haji Ridhuan Tee Abdullah. Hanya sekada… Read More
  • GOLDEN CHURN HARAM!!!! Jakim Sahkan Mentega 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' Tidak HalalKUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Isnin mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Mala… Read More

0 comments:

Post a Comment