Tuesday, August 28, 2012

KENANGAN PAHIT DAN MANIS HARI MERDEKA






Tanggal 31, bulan Lapan, 57. Penyanyi orinya Kjee dah lupa tapi setiap kali menjelang tarikh keramat tu, kami adik beradik terkinja2 menyanyi lagu itu dengan penuh semangat sekali. Especially apabila diberi nafas baru oleh Sudirman Haji Arshad.



Kjee ada banyak kenangan manis pasal Hari Merdeka. Dan banyak jugak kenangan yang tak berapa manis. 

Yang manis, Kjee bangga dapat seorang adik, Merdeka Fazilah yang dilahirkan pada Hari Merdeka, tiga tahun selepas negara kita merdeka. Walaupun, dia sudah kembali menyambut panggilan Ilahi setahun yang lalu, namun kenangan bersamanya menyambut hari jadinya masa kami kecik2 dulu cukup segar dalam ingatan.

Yang paling Kjee tak dapat lupa ialah gelagat bapak yang buat 'birthday cake dari periuk' untuk adik Kjee, Fazilah. Masa itu, kami tinggal di Teluk Intan dan mak telah pulang ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Bapak tak ada duit nak beli kek. So malam itu, sewaktu kami sudah tidur, dia ke dapur senyap2 dan buat kek birthday untuk Ilah.

Memang keluarga sebelah bapak terer buat kek siap dengan icing dan bunga yang diperbuat dari gula icing. Malah, kalau mak ada pun, dia akan buat kek dan bapak dan emak icingkan kek itu.

Esok, kami bangun pagi, Ilah menjerit tengok kek yang cantik untuknya. siap ada lilin. Bapak suruh tiup lilin tapi bila Ila mintak pisau untuk potong kek, bapak tak izin. Dia kata tunggu mak balik dulu. Lepas tu, kek terus disimpan dalam peti ais.

Bila mak balik baru bocor rahsia kek itu sebenarnya periuk aluminium yang diterbalikkan dan dihias dengan icing!!! Kemudian mak cepat2 buat kek baru. Hehehe begitulah kreatif bapak. Tak mahu kecikkan hati anak bongsu kesayangannya.



Apabila sudah kembali ke Kuala Lumpur, bapak juga paling sibuk di pagi Hari Merdeka. Lepas subuh, kami sudah keluar rumah naik bas ke Dataran Merdeka. Dulu orang panggil Padang Selangor Club. Kami kena ikut dia tengok perarakkan Hari Merdeka. Dulu perarakkan kereta berhias dipanggil Float.

Punyalah boring. Punyalah kami menyampah kena bangun pagi di hari cuti pastu berderet2 naik bas. Orang punyalah ramai. Panas pulak tu. Saban tahun, itulah routine kami sekeluarga!!! Bapak memang cukup patriotik!

Kemudian apabila Kjee dah kerja, jadi wartawan, ntah apalah pulak nasib kena lalui routine yang sama. Pagi2 buta kena bangun dan cover Hari Merdeka. Kalau tidak di depan Selangor Club, ditugaskan pulak interview man on the street. Tanya pandangan mereka mengenai sambutan Hari Merdeka. Bla bla bla.

Korang tahu tak Kjee pernah sama2 berarak di Hari Merdeka? Bukan sekali tapi dua kali!! Kali pertama dengan grup SENIMAN. Panasnya tak terkira. Serik sangat2 tapi apabila bertugas di Majalah Jelita, sekali lagi Kjee dipilih join grup Jelita untuk berarak.

Tetapi Kjee cerdik sikit dah masa itu. Kjee syorkan masa meeting agar disediakan payung sorang satu untuk berarak. Pada payung itu, dicopkan logo Jelita. Kononnya untuk bagi publisiti pada Majalah kami. Ewah, cantiknya kami berarak pagi itu sambil berpayung. Selamat sikitlah badan kami dari panas pagi yang terik. Kahkahkah.

Kjee pernah bersumpah kalau ada anak, aku tak akan paksa dia bangun pagi2 dan lalui apa yang aku lalui masa kecik2 dulu. Tapi Kjee tetap bangun pagi bukan  untuk ke Dataran Merdeka tetapi lepak depan TV tengok perarakkan yang cukup mengimbau kenangan manis masa kecik.

Begitulah serba sedikit pengalaman manis dan pahit Kjee apabila orang bercerita mengenai Hari Merdeka. Dah hiaskan halaman rumah dengan Jalur Gemilang? Opppss Kjee belum. 

Tetapi jangan sekali2 kita perlekehkan usaha pejuang2 kemerdekaan negara kita seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Dato Onn Jaafar, Tun Tan Cheng Lock dan ramai lagi.

Pertahankanlah maruah Kemerdekaan negara kita hingga ke titisan darah terakhir!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

semua gambar ehsan google

Related Posts:

  • HAPPY BIRTHDAY MY BETTER HALF! Gambar terbaru kami on UnclePali's bday Hari ini my beloved husband dah bertambah usianya. Pazeli better known as UnclePali is 45. My Better Half BUKAN my other Other Half. Hehehe. Ramai bertanya kenapa nama dia… Read More
  • FIKIRANKU KEMBALI TENANG... Ya betul. Fikiran ku yang berserabut hampir sebulan lamanya, nampaknya akan kembali tenang. Ramai kengkawan mesej tanya kenapa tak ceria macam dulu. Setiap posting macam sedih jer. Hah? Mahunya tak sedih. Dan Kjee ra… Read More
  • HAPPY BIRTHDAY MY PRINCESS Dua puluh lima tahun lalu, Kjee teringin sangat mahu dia lahir pada Chinese New Year. Tetapi, dia tak sabar nak tunggu. Dua hari sebelum CNY 1988, Farah-Nadia dilahirkan. Tetapi hari ini, 10 Februari 2013, impian Kjee me… Read More
  • JO, NASH DAN KJEE Nash - ehsan mStar Hari tu kalau tak silap Kjee, ada terbaca berita Jaafar Onn cari calon isteri. Apabila tersiar di Facebook, ramai yang menyuarakan hasrat ingin jadi calon bakal isteri JO. Tak tahulah samada JO dah … Read More
  • DATO SERI NAJIB - A TRUE AND FINE GENTLEMAN! Kena usik sikit dengan Kjee, merah padam muka Dato Seri!!  Apa yang kita dapat bayangkan kalau pandang wajah Dato Seri Najib di TV, gambar atau surat khabar? Mesti korang kata kulit putih melepak, bibir mer… Read More

2 comments:

  1. salam kjee. saya baru datang sini. selamat hari merdeka

    ReplyDelete
  2. huhu..sedihnya baca bab kek periuk tu
    mesti ayah kak jee sorang ayah yg penyayang

    ReplyDelete